Search This Blog

Sunday, 8 May 2011

Selangor akan Miskin???

Ceramah Umum Isu Semasa @ Sabak Bernam

Kami pi ceramah umum ni di Sabak Bernam. Anjuran Dewan Muslimat Sabak Bernam sempena Muktamar Muslimat Negeri Selangor, keesokan harinya.

Kawasan ceramah adalah di BNO, Bagan Nakhoda Omar, =)

Ceramah dimulakan dengan Ketua Pemuda Sabak bernam, Us Salehin bin Mukhyi.

Us Salehin cakap, hatinya kuat mengatakan, Najib adalah PM terakhir BN-UMNO.
Lepas ni, PM muka baru dari PR.
Ye, Nabilah pun nak kata macamtu jugak.
Sebab perkataan keramat R-A-H-M-A-N tu dah sampai ke penamatnya.
Inilah masa untuk kita merubah corak pimpinan di Malaysia.
Takbir, Allahuakbar!

Pastu, Ustazah Wan Hasrina pulak berucap.
Memulakan ceramah pada malam ni...
PM nak rampas selangor semula.
Walau dengan apa cara sekalipun.
Depa kata, kerajaan PR menzalimi rakyat Selangor.
Kami mahu membela rakyat Selangor yang teraniaya.
Tindakan mereka, 80 000 pengundi baru telah terdaftar di Selangor dalam tempoh 3 bulan sahaja Januari sehingga Mac yang lepas.
Purata ni, 1 rumah, 8-9 orang pengundi baru.
Logik ke?
Sebab, hak mengundi telah diberi kepada orang yang bukan warganegara juga.

Pengalaman Nabilah hari2, ada adik yang baru layak nak mendaftar sebagai pengundi, ada 2 kad pengenalan, gara-gara nak PRK kat kampung dia.
Pas2 sape yang mendaftar dalam SPR, dapat RM200, huhu..
Banyakkan duit kerajaan habis.
Duit sapa tu??? Duit rakyat....

Untuk Us Idris, Nabilah ada rekod ceramah dia.
Masa Ustazah Hasrina, Nabilah lupa nak rekod.
*xguna gadget yang ada, xda makna betoi...

Tapi, alhamdulillah bijak sebelum terlambat, kekekeke.
masa awal tu, Ustaz cerita pasal PR kat Sarawak haritu.
Ada 1 kg, Kg Pasir, beberapa ratus meter (>< 600m) dari bandar Miri, tempat pelantar minyak Petronas tu, dah 30 tahun kampung tu wujud, tapi xda letrik.
Sebulan perbelanjaan sebanyak 200-300 ringgit untuk generator letrik, kalau x, bergelap la depa.
Ustaz Idris kata, rumah panjang depa dah penuh dah dengan bendera2 PAS dan PKR, DAP ni.
Pas2 ada cogankata besaq, "TANAH UNTUK KEHIDUPAN, BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN".
Ustaz kata, orang Iban pun tau nak tuntut tanah depa balik, tunggu masa ja...
Orang Iban tu kata, Ustaz, cepat2lah Pakatan Rakyat menang di Sarawak.
Kalau menang di sini, kami mau tukar kampung ni, Kampung Pasir jadi Kampung PAS.

Semua orang bertakbir, ALLAHUAKBAR!!!
Ceramah seterusnya, boleh dengar ni,
*Maaf untuk kualiti MP3, yang kejap2 ada suara penaja, huhu



 
Pastu Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pun, bercerita pasal Fitnah Video Seks Anwar tu.
Takutnya dengar....
Takut dengan bala kemurkaan Allah.
Boleh dengar ceramahnya, di sini.
*Maaf untuk kualiti MP3, yang kejap2 ada suara penaja, huhu


Ok, harap kita semua tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik dan memerangi pejuang2 agama Allah yang ikhlas. Na'uzubillah hi min zalik!

Kalau nak dengar ceramah, best lagi kalau dapat dok bersila kat padang macam ni, baru ada feel tengok ceramah, hehehe =)




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers