Search This Blog

Monday, 23 May 2011

hari Sabtu yang terisi!

Fiza ajak kemas umah dia.
Jadi penasihat setup perabot, dan barang2 lain.
Kebetulan Sabtu minggu ni, xdak program keja lagi, Nabilah pun setuju.

Ajak Yana sekali yang masih tinggal di rumah tanpa aktiviti.

First trip tu, kitorg mengangkut, barang2 dari umah sewa ke umah baru tu.

Dalam perjalanan ke sg. Buah tu, nampak plak gerai cendol.
Yana dah terliur.
Fiza pun offer, nak rasa ke? Nanti kita singgah.
Hoorey, dapat makan, yeyeh!

Lepas dah masukkan barang2 ke dalam umah, kami pun balik semula ke Bangi.

Plan dalam kepala ni, mula pi beli tikar getah kat Seksyen 4 Tambahan. Lina bgtau, kedai tu kedai basikal, tapi ada jual tikar getah jugak.
Kedua, nak pi amek kiriman pos laju Nabilah yang dah tertangguh seminggu.
Ketiga, nak makan cendol.
Keempat baru pi pasang tikar getah.
Nak buat keja, kena makan dulu kan.... Baru bertenaga, hihihi.

Lama kami tunggu di kedai basikal ni.
Tunggu turn untuk dilayan.
Ramai betul yang membaiki basikal.
Sambil2 tu sempat la tengok2.
Yana kata mahalnya basikal2, sampai RM1K lebih. Basikal budak2 je.
Kami yang tengok pun xtau nak komen. Kenapa ya mahal.

~Aunty tu tgh pasangkan roda basikal baby tu,~
Bila kami nak dilayan ni??? Lama dah berdiri.
Sambil2 tu dah ushar2 tikar getah mana yang nak dibeli.
Tuan rumah Fiza pesan, beli tikar ukuran 5kaki. 1 gulung setengah.
Belian tikar ni, bo tolak belanja sewa rumah.

Bab nak memilih, memang la susah.
Sebab tu kena ajak kawan2 untuk bagi pendapat.
Kami semua tertarik dengan pink. Fiza kata, Wei jangan, nanti Eric rimas.
Nabilah suggest color coklat, nampak neutral . Xpun hijau. Eric xsuka hijau.

Dah lama tunggu, Fiza teringat nak tya kat mana kedai jual manik2 nak tampal kat baju.
Kebetulan kedai tu pun kat sini jgk, nasib baik, Fiza tanya. Kalau x, rugi ja nak kena datang lagi ke sini.
Kami pun membeli manik2 plak. Lama juga nak memilih.
Xbanyak plak pilihan manik yang cantik2. Design yang khas untuk leher baju pun dah xda.
Dah habis kot.

Balik2 ke kedai tikar.
~Teruk x aunty ni kena keluarkan tikar satu2~
Lama jugk nak pilih ha..
Nak cari segulung yang belum buka lagi pun, akan mengehadkan pilihan.

~Akhirnya Fiza pilih biru yang sebelah pink pertama tu~
Masa ni, enSuami telefon.
enSuami : Ai, semangat Nabilah tolong2 Fiza ni?
Nabilah : Ai, apa salahnya, nak tolong kawan pun xleh ke? lagipun xdak program minggu ni. Ikut je la
enSuami : ye la, ye la....

Emmm, ok pe tolong orang.
Lagipun bagus nih.
Amek pengalaman orang utk dijadikan panduan.
Nanti untuk rumah sendiri, dah boleh plan nak setup camna.
Masa ni dapat info baru, tikar getah 5kaki, sama harga dengan 6kaki.
Aik, kenapa sama ya? Macam xadilkan?
Akhirnya Fiza beli yang 6kaki. Segulung dah cukup. 6kaki banyak yang xbuka lagi.
Sebenarnya xpenah ada pengalaman beli tikar getah, la ni baru tau.
Baguskan dah tau, nanti boleh berkira2, segulung RM185.00 Kami minta kurang dapat RM180.
Harga di Kuala Selangor, bagaimana pula????


Lepas setle tikar getah, terus ke Seksyen 10, PosLaju center.
Nak amek kiriman dari enSuami.

Prosesnya kena kasi resit tu kat kaunter.
Dia pi cari barang kat stor.
Pas2 nama dipanggil ke kaunter.

tengok jam, dah nak kol 2. Kami singgah umah untuk solat dulu.
Pas2 Fiza kata, kedai cendol tu tutup kol 3.
Cepat2 kami bersiap, walaupun dalam hati musykil, ye ke tutup kol 3, ramai je orang nak datang, rugi la klu tutup awal.

~Jom merasa cendol~
Lupa nak tengok apa nama penuh gerainya.
Ada jual laksa jugak.
ABC wajib ada.
Nabilah ngan Yana amek cendol pulut.
Fiza cendol biasa. Cendol tapai pun ada.

~Yana dan Fiza mula menikmati cendol, slurrppppppp~
Dah sampai umah, terus bersemangat nak pasang tikar getah.
Kami stat dalam kol 3.30 ptg, dalam kol 5 siap semua 1 rumah.
Ada 2 bilik tidur, 1ruangtamu yg besar, 1bilik air, 1 tandas, 1ruang dapur yang luas.

~Rumah yang telah siap dipasang tikar getah. Puas hati kan. Selesa diduduki~
Wah, bestnya dah ada umah sewa.
Boleh berdua dengan suami.
Dating sambil menonton tv, hihihi.
Saya pun mengimpikannya, emmm

Malam tu, tampal manik plak.
Nabilah xdak pengalaman buat sendiri. Penah tengok je Nada buat.

Pas2 sket2, kami gunting dan tampal.
Pas2 Nabilah cakap letak iron kat atas berlapik dengan kain lain.
Fiza tya, kenapa iron kat sebelah atas manik, sedangkan gam dia dibelakang?
Adoi, ceq xtau la. Tengok Nada buat, iron kat depan, huhuhu..


Akhirnya kami decide, iron dulu, kat atas.
Dah lekat semua manik2 tu kat kain, kami iron plak kat belah belakang kain, bagi gam tu cair habis.
Bijak kan, huhahuha......

~Cantik plak tengok baju Eric ni bila dah siap, bersilau2~

~Fiza decide untuk begitu di kaki jubahnya~
Nabilah cadang letak rama2 yang dah dibeli tu kat ekor kain (design koget) dia.
Bila jalan2, nampak rama2 gitu.
Dia xmo... Emmm ada kelas pe letak rama2 camtu.
tengok sket fesyen orang lain, Fiza.............

.....Nabilah ni, mengarut je ke........

 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers