Wednesday, 25 May 2011

Kami yang terpisah...........

Pagi ni semangat pi keja. nak membeli brg2 nak masak hari ni, sebab kena ganti Fiza yg tiba2 kena pi fieldwork.

selain tu ada nak bersiap2 untuk ke meting TAWAS di Seri Kembangan.

Dan yang penting hari ni, nak semak keputusan enSuami, dapat pindah ke x.

Pagi tadi, dah lapangkan hati dalam solat Dhuha. Cakap kat Allah, redhalah keputusan yang bakal dilihat nanti. Kalau xdapat pindah, biar hati Nabilah lapang, hati Hasyim pun lapang. jangan Hasyim sedih. Mungkin ada hikmahnya.

Lepas membeli di kedai, masuk pejabat je, terus on komputer.

Web ni, IE je bo capai. Saya tolong semak la untuk enSuami.
Dah cakap semalam, nak jadi orang pertama tengok, huhu

Dan keputusannya....

Perkataan TIDAK DILULUSKAN tu lebih nampak dari Selangor yang dibesarkan.
Macam dah tau ja, apa yang penting yang nak dilihat.
Ok, terus sms kat enSuami, Syg, xdpt pindah.
Suami kata, Em hua hua hua [Apa la perasaan dia ya masa tu]
Selamba je balas, Xpa la syg, ada hikmahnya..

Nasib bek dah sedia mental pagi tadi. Xla rasa sedih sangat, huhu
Tapi orang cakap, selalu permohonan pertengahan tahun ni, xdapat.
ye ke? Ada sesape yang dapat pindah?

Tunggu hujung tahun plak la mohon...................


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)