Monday, 23 August 2010

Majlis Berbuka ADNS Bangi @ Seksyen 15

Majlis berbuka puasa ni diadakan di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar baru Bangi. Asalnya kitorg hanya menjemput orang2 ja. Kami staf belum lagi la dijemput. Ingat x pergi dah. Tapi sehari sebelum majlis, YB jemput, Staf mesti la pergi, xmunakesabah katanya kalau xpergi. Orang kite kene ade la.

Makanan banyak sangat. Kuih-muih, ada popia, kuih sagu, kohsui, kurma lagi Masa berbuka tu, makan yang ringan2 dulu. Lepas Solat Maghrib, baru la makan nasi. Asalnya pergi dengan Nada, dan Aisyah (adik Nada). Tapi dekat2 nak buka posa, Nada hilang. Tidak dapat dikesan. Tengok keta pun xdak, maknanya memang dia dah kuar ni. Bila tanya hari ni, pi mana menghilang hari tu? Dia kata sakit hati, bergaduh dengan Pokcik dia, pasal cikgu MARA tu la...Aduyyai bila nak setle isu ni. Kalau nak isteri yang bekerjaya hebat kenapa tidak dicari dari awal orang yang mempunyai ciri2 tersebut. Kalau sudah tidak dapat untuk menerima diri seadanya, patut lagi ke meneruskan niat untuk berkahwin? (Nabilah pun turut terlibat kot)
Suasana hias letak peralatan jamuan semuanya berasaskan warna tema, HIJAU. Nabilah xdak baju warna hijau, jadi xdapat nak meraikan majlis la dengan warna tema tu.

Em ape ni ye, senget plak. Popia kot dengan kuih cara berlauk.

Menu makan nasi, Nasi minyak ke beriani ntah. Ayam masak merah. Daging masak rendang kot. Sedap jugak daging ni, tapi daging yang tanggal keping2 mcm ni, orang kata daging import, betul ke ye?
Lepas setle makan. lauk banyak lagi lebih. Apa lagi, keja orang pompuan la bungkus2 makanan lebih untuk dibawa pulang. Nabilah tolong sket2 ja.. Nabilah kata kat kakMariah, Mengantuk la tengok lauk banyak. Pas2 mengantuk pun xdpt ditahan lagi. nabilah tido kat 2 kerusi. Pas2 tukar ke meja plak. Sedar2, semua orang perempuan dah xdak. Tinggal Nabilah sorang kat meja tu dengan pekerja laki katering tu. Diorg pun tengah mengemas sebelah Nabilah. Almak seb bek dah jaga kalau x, camna depa nak kejut Nabilah nanti. Cepat2 capai beg nak pi toilet.

Masuk toilet tengok cermin besar, yeyeh! Nada xdak, xdak orang nak klik gambar Nabilah. So amek la gambar sendiri kat depan cermin, hehe. Banyak kali amek, awat xjadi comel mcm orang lain amek? Emmmmmmm,
Bila masuk dewan nak dengar ceramah lepas terawih, Aisyah minta klik gambar dia.. So, apa lagi mesti la berbalas kan kan kan... Plez click me, oso=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)