Search This Blog

Monday, 16 August 2010

Berbuka @ de Palma Hotel

Majlis berbuka puasa ni adalah anjuran Darul Fuqaha untuk kutipan derma bagi Tabung Sekolahnya. Kitorg plak, pi makan atas tiket derma orang lain (orang yang bagi derma, tapi x pi makan). Sepatutnya boleh ajak ramai lagi, sebab tiket banyak. Tapi akhirnya dari rumah Nada, 4 orang (Dr.Kayu, KakTi, Nada, Acim), Alhamra' (Ain, Nabilah), dan anak angkat KakTi (3beradik)

Bertolak dari rumah 6.15 camtu, ingat nak jam dah, Alhamdulillah xteruk sangat. Jadi sempat sampai sebelum waktu berbuka.

Rupanya Hotel de Palma ni, hotel kerajaan Negeri. Jadi terjamin keHALALan semua makanan yang dihidangkan. Dan konsepnya pun Islamic, Alhamdulillah. Dengar pengumuman dari Kumpulan muzik, Solat Sunat Terawih diadakan setiap malam sepanjang Ramadan ni. Surau pun boleh tahan luas. Tambahan solat Jumaat pun dilangsungkan di surau ni. SubhanAllah!!!

Ini dia gambaran Surau Muslimat. Ada skrin. Malam Solat Terawih ni, dipimpin oleh ape nama, Sheikh pe Al-Fattani je ingat, hehe.. Ni dah siap nak balik dah ni, xnak sampai lewat. Solat terawih ni buat sampai 20rakaat.

Sampai ruang dewan makan tu, cara hidangan adalah bufet. Setiap tiang dalam dewan tu akan menjadi pondok bekalan makanan. Ada banyak jenis lah. Dibahagi ikut kategori makanan macam Pencuci mulut, Kuih-muih, Masakan Kampung, Minuman, Ala Carte, Barat. Kat luar dewan pun ada lagi pondok2 makanan. Fuuuuuuuuuuuh, berbaloi2...

Nabilah amek nasi minyak, tapi Ain yang boh. Banyak tu, nasi. Amek sotong, dengan tempe. Letak kuah masak lemak dan sedikit sambal belacan.

Ain, amek pa ntah. Banyak sangat ni.

Nabilah dok cari2 lauk udang ni. Tanya Nada Ain, kata xnampak lagi udang.
Kitorg dok kat meja no.21.

Nowseeheart, artis jemputan

Us Wan Sohor Bani Leman dengan anak2nya.

Pas2 semakin teruja tengok baby ni yang tembam, nak lagi amek gambar. Tapi dia xpandang ke kamera. Ehh, pas2 Us dukung dia tinggi2. Dia pegang kat tapak kaki ja, pastu anak dia keras macam patung. Ni masa keadaan tinggi la ni. Naktunggu dia alih ke sini, xjuga.. Dapat sipi je la

Lama2 dia dok tinggi camtu, suka plak dia. 1 dewan tengok Us wat cam2 kat anak dia. Orang lain pun ada amek gambar. Poyonye Nabilah jadi pencetus tu.

Cadangnya nak amek gambar Us Fauzi plak, tengok2 lepas Maghrib, dia balik sudaa, angkat semua 1family selepas isteri dia selesai solat Maghrib. Ooo, xdapat amek gambar Us Fauzi n Family

Ha ni stall2 yang ada kat luar dewan. Tengok tu Pakcik Kedai Buku Syabab pun ada...

Seekor kambing terkorban untuk jamuan hari ni...

Ha yang ni paling special. Pondok Nasi Kerabu, Nasi Dagang, akak ni pkai baju cam org perempuan dulu2 nak pi bendang je... Baju Kedah, Kain batik dengan topi kain batik, =)

Lepas solat Maghrib, turun dari lif, terus ke stall Yong Tau Foo. Makan Yong Tau Foo

Pas2 tengok Nada ngan adik2 angkat tu, amek udang, nak juga. Pi kluar amek udang dengan Ain plak.

Bukan pe, nak praktis sampai perfect makan udang, kopek kulit dengan garfu, sudu. Ok, lulus kali ni.

Aksi Us Wan Sohor masa dok rekod video semasa Pelajar Darul Fuqaha persembahkan Nasyid, dia pun pusing 1dewan rekod suasana.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers