Tuesday, 10 August 2010

Masak2, Makan2 @ Penang

Jamuan kat umah BChiq, nak buat Chicken Chop. Camna tuh? Wah, ni peluang nak belajaq ni.. Dont miss it, ha...

Mulanya lepas sampai pagi tu, Nabilah tidoq la yang pentingnya. Pas2, BChiq gerak, suh ikut dia p Carrefour beli barang masak. "La, xmau p ah.. Dah la xmandi lg, xdak baju plak tu." "La, pakai baju kak Azida la, xmau?" Ayah plak dok suh pi jugak, beli barang. Malasnya hai, xreti org nak tidoq, mengantuk. Emm, akhirnya bangun jugak pi mandi. Sudah mandi tu, kak Azida sua la baju dia, nak bg. Kchiq xmau la amek. Pakai balik baju semalam, huahua..segan nak pakai baju orang, tihihi..

Pi Carrefour, BChiq yang memilih barang. Nabilah dok tgok2 benda lain, sebelum masuk Carrefour, tgok2 handset.. Ooo, ini dah cerita kat Wak dlm sms, emm....

Pas2 balik, oo sekejap. Sebelum p Carrefour, kami singgah makan nasi ayam dlu, CikTam dia lapaq, xmakan pagi lg. Coq cempedak Kak Azida goreng tu, dia xdan makan, habis sudaa.. Bangun lambat sebab tidoq lambat. Masa ni kami berempat ja keluaq, tinggal Along, BTam ngan ayah kat umah.

Ok kita trus kepada menu Chicken Chop. sepatutnya nak beli drumstick saja, tp kat Carrefour xdak plak stok tu. Pas2, pi amek drumstick yang marinated punya. Dah tersedia peram rempah. So balik tu, terus sisih la isi dengan tulang.

BChiq buat mcm ni, dia sisih isi, smpi kat hujung tu, pas2 katok tulang yang besaq tu, tinggal hujung sket ja sebagai pemegang. Pas2 BChiq ketuk2 lagi dengan lesung kat isi dia. Tanya pasaipa buat camtu, BChiq kata, "isi kat peha ni, liat sket nak masak. Katuk2 ni, nak bagi dia cepat masak la..."


Pas2 dia ada beli cendawan kering, balik rendam, pastu hiris panjang2 camni...Agak2 sedap ka eh?

Pastu dia masak cendawan tu dengan bawang putih. Pastu boh sos pe ntah ni, Thai mari...

Plum sauce, emmm

Tgok, gaya chef buat reja..ui penat camni.. Serba satu dia buat.. ingat lagi, klu dia masak kat umah, Nabilah statik di sinki.. Keja basuh perkakas ja... Banyak betoi, klu xbasuh trus, penuh sinki dibuatnya..

1. BChiq amek ayam, dia celup tepung gandum.
2. Lepas salut dengan tepung, dia pi rendam dalam telur plak.
3. Lepas telur, baru pi kat bread crumbs.
 
4. Pastu masuk dalam kuali, goreng sampai isi masak.

Keja Nabilah masa tu selain klik gambar, nabilah goreng kentang...
Sekali masak, 1 kentang masuk mulut, yeh..tihihi


Chicken Chop yang dah tersedia dalam pinggan..

Masa untuk makan!!!
Yang berlebai tu, abg Firdaus. Nabilah baru sudah solat Isyak, xstat makan lagi, pastu makan dengan mak, berdua..

Ayah dah kekenyangan lepas buka posa, kami ja baru nak makan. Tunggu mak, lama sangat. Malam, masuk Isyak, baru sampai...


Along buat muka sedih, huhu... Tunggu tok dia xmai lagi...

Lepas makan kat umah BChiq selesai, kami pi umah BChaq plak. Dengaq cerita, Kak Murni masak nasi ayam. Ayam lagi.....

Kami semua kenyang dah, tapi xsampai ati nak keciwa kan kak Murni. Dah la dia ready dari awal lg. Pas2 xmakan lagi, sbb tunggu kami semua. So makan la sket.

Masa ajak abg Firdaus tu, Kak Murni tanya la, "ni nak merasa ja ka nak makan betoi2 ka? Nak yang rasa2 atau yang 4ringgit setengah punya?" abgFirdaus blur nak jawab, tp dia kata, "emm bagi dlu rasa2, satni klu best kita bli la yg 4ringgit setengah punya.." "Awat xbeli truih, 4ringgit setengah?", Kak Murni tya.. Kami semua gelak2...
Masa mak cedok nasi ni, mak kata, "Awat yg xkena dgn nasi ni?xserupa nasi ayam pon?" Emm xberapa nak kuning. "First time mak, buat nasi ayam. xtau la camna rasa" kata Kak Murni.

Pas2, dah kenyang, tidoq la. Lewat la jgk bangun subuh pagi tu. Asalnya dah bangun awal masa ayah nak solat malam tu, tp tidoq balik, huhu.

Esoknya bangun, tengok adik2 ku yang hero semua tu, terbungkam tidoq kat ruang tamu.. Mai kita candid sket..tihihi...
CikTam yang pkai kain pelikat, BTam pakai short, pas2 CikTeh terlindung sket dengan bantal2...

Ni ruang tamu umah BChaq pada hari2 besa tanpa manusia yang sedang tidoq, hehe...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)