Wednesday, 13 January 2016

RESEPI : Quesadillas yang Sangat Senang

Assalamualaikum...

Saya baru je tau apa itu quesadillas..

Ada dulu tu, BFF saya ada tag saya di satu video di FB..
lepas tengok video tu, wow...
macam best je, macam senang je...



BBQ Chicken QuesadillasPin it for later: http://bzfd.it/1IH4Ki2
Posted by BuzzFeed Food on Thursday, December 3, 2015

Amacam, senang kan?
lepas tengok tu...
kami berdua senyap sepi...

Lepas tu terbaca di blog orang sebut quesadillas...
ehh, menatang apa quesadillas tu?

Pastu pi la google.. nak komen tanya, segan la plak...
oo guna roti tortilla...
macam kenal je, guna tortilla...
saya pun cari balik video FB tu..
baru perasan nama di video tu Quesadillas...

Ooo, macam ni ke...
boleh la nak try...
tapi kena beli tortilla la dulu...
sebelum ni, dok bungkus macam popia je...
buat macam ni lagi senang...

Bahan-bahan
2 keping Roti tortilla
1 labu Bawang besar, hiris biasa atau dadu
Isi dada ayam [ikut banyak mana suka]
Garam dan lada hitam
Sos BBQ
Mozarella, Cheddar
Daun sup / Daun ketumbar

Cara Masak

  1. Tumis bawang dengan sedikit minyak.. tak nak letak pun tak pe..
  2. dah layu, masukkan ayam.
  3. perasakan garam dan lada hitam (saya guna jenis serbuk)
  4. Tuang sos BBQ.
  5. Kacau rata sehingga sebati dan ayam masak.
  6. Ambil kuali nonstick/seramik/yang beli dari GoShop [pemanggang ajaib sebab petak-panjang, tak pasti muat tak tortilla tu] cuba la ye...
  7. letak sekeping tortilla. masukkan isi ayam. taburkan dengan daun sup. Topping dengan mozarella dan cheddar..
  8. Ambil sekeping lagi, dan tutup permukaan isi.
  9. Masak dengan api kecil sekali selama 10-15 minit dengan kuali bertutup. Kalau berani boleh balikkan selepas 5 minit pertama...



Saya guna minyak sikit je..
kalau guna ayam, daging kisar atau daging burger, nanti keluar minyak lagi dari isi daging tu..


Tumis bawang sehingga bau dan layu..


Masukkan isi ayam..
Kacau rata..


Pastu masukkan garam, serbuk lada hitam..


Sos BBQ ni baru je beli...
Kali ketiga dan keempat masak quesadillas, baru dapat merasa guna sos BBQ ni..
Beli di TESCO, bahagian botol2 sos tu. harga RM15++.
Kalau tak ada, boleh je ganti dengan sos cili ke, sos tiram ke..atau cili kisar tapi kena masak lama sikit la kalau  guna cili kisar..
Kali pertama masak guna sos tiram + kicap sikit, dah nak bagi nampak hitam2 punya pasal..
kali kedua, guna sos cili sahaja, tapi letak masa topping tortilla nanti...


Kali ketiga masak ni, baru nak cuba letak lobak merah yang diparut.
Dah gaul semua rata, rasa semua cukup, boleh tutup api.


Ambil kuali lain yang bersih.
letakkan sekeping tortilla..
belum buka api lagi tau...


Dalam video, mozarella letak atas..
tapi saya tukar letak bawah..
sebab saya tak berani nak terbalikkan..
kalau letak atas, mozarella tak cair, xjadi la getah2 tu...
terpulang kat korang nak buat camne...


Pastu masukkan inti ayam tadi..
Kali pertama saya guna daging burger, bersama sos tiram + kicap sikit, termasin gila..
kali kedua guna isi ayam, letak lada hitam dan garam saja, pastu tutup api...
masa di sini baru tambah sos cili atas isi ayam...


Yang dalam gambar ni sebab dah guna BBQ, saya pun terlupa nak letak sos cili dah..
nasib baik OK je..
daun sup, semestinya letak...
sebab aroma daun sup menstabilkan rasa pada tortilla ni..


Pastu akhir sekali dengan cheezy. tapi cheezy dan cheddar sama kah?
konpius dengan jenis-jenis keju omputih ni..
saya punya versi cecair yang makan dengan wedges tu...
dah orang tu letak macam kaler oren, saya pun letak je la apa yang saya ada, kaler oren2 jugak, wakaka..


Pastu tutup dengan satu lagi keping tortilla..
masak dengan api kecil sekali selama 10-15 minit..


Kali ni, terlebih cheezy tu la..
so dia jadi berat dan basah...
susah sikit nak angkat...
masa pun tak berapa nak lama kot..
sebelum-sebelum ni, yang bahagian bawah tu jadi keras, so bentuk dia maintain


Tapi kali ini, melentur je la...
tarik mozarella pun tak berapa nak nampak...
satu tangan nak pegang que, satu tangan nak pegang kamera, aduhhh...

Haa, gitu la quesadillas yang saya buat..
3 kali, untuk 6 keping..
sekali buat 2 keping je.
cukup untuk saya dan enSuami..
buat makan sarapan...

Yang kali keempat ni lain sikit...
tak pasti la namanya sama ke tak...

Baru2 ni saya tengok kat Astro, channel Food Network ke AFC tak pasti la..
show tu nama The Girl's Kitchen kot...
bahan2nya saya tak pasti, lupa dah...

Tapi kaedahnya step by step sebijik saya buat sama...
clue yang saya boleh fikir realistiknya, kuah tu kaler hijau..
saya google resepi pasta kuah hijau tu macam mana..
so jumpa di Blog AkuBukanMasterChef, spageti dengan kuah pesto.

Resepi asal kuah pesto ni guna daun basil segar..
tapi saya tak ada daun basil, yang ada rosemary dan pudina je..
macam tak sesuaiii je, rosemary baunya kuat gila...
sesuai untuk daging panggang je kot..
tak berani la nak pakai rosemary...

So saya tukar dengan brokoli!
brokoli pun hijau jugak kan...
yang penting brokoli pun banyak khasiat yang baik...
saya tambah sikit dengan lobak merah..
kalau kali pertama nak cuba, sesuai la guna brokoli dulu..
sebab kita dah biasa makan buat masak sayur..
takut terkejut je rasa basil macam mana, sebab rasa herba sahaja...


Brokoli dan lobak merah saya rebus dulu bagi masak dan lembut..
resepi asal, tak ada masak2...
terus blend semua bahan, pastu tuang gaul dengan spageti, terus makan...
lepas dah rebus, toskan dulu, biar sejuk sekejap..
sebab nak kisar dengan blender tak leh panas2kan...
Dalam gambar, ada seulas bawang putih, berapa biji kacang gajus [kebetulan jiran bagi petang semalam, buah tangan balik Umrah]


Sementara nak tunggu brokoli sejuk, meh kita buat isi nya pula..
Kali ni guna sosej ayam lak..
sebab isi ayam dah habis..
dua hari berturut-turut, sarapan makan quesadillas...
omputih lah sangat, wakakaka...

untuk isi sosej ni, saya hanya letak garam dan sos BBQ tu je...
pastu tutup api.


Bahan dalam penapis tadi masuk dalam blender..
memandangkan saya tak ada lemon, saya gantikan dengan yellow mustard...
sekali beli dengan sos BBQ hari tu...
rasanya pun memang masam-tajam-tajam, sebab ada cuka...


Pastu masukkan serbuk lada hitam...
saya ada letak air sikit, sebab guna blender.
kalau guna food processor, tak perlu air kot....
just tambah minyak zaitun je ikut resepi asal...


Waaa, tak jadi hijau pun, sebab ada lobak dan yellow mustard ni, huhuhu....
Cara nak buat, ada step by step...


Amek loyang yang sesuai..
loyang yang saya guna ni, muat2 saiz tortilla tu...
kalau nak buat banyak, boleh guna loyang lebar lagi...


Step pertama, ratakan loyang tu dengan kuah tadi...
saya letak sikit je, sebab kuah tu dapat sikit je tadi..
risau takut tak cukup, huhu...
janji ada lapis... loyang tu tak digris apa2 pun, terus je tuang kuah..


Pastu amek tortilla...
letak atas pinggan atau papan canai...


Letak isi tadi...
bahagikan sesiap untuk beberapa keping, supaya sama banyak...
pastu tabur daun sup...


Tuang sikit lagi kuah tadi, dalam 2SB...


Pastu letak mozarella... atau apa2 keju yang ada...


kemudian gulung je sampai habis...
bahagian tepinya tetap lubang, bukan balut macam popia tau...


Pastu angkat dengan cermat, letak atas kuah tadi..
bahagian lipatan tu, letak sebelah bawah, supaya nampak kemas dan tak terbuka...


Buat lagi step yang sama, sampai habis...
susun rapat-rapat macam dalam gambar...


Dan akhir tu, tuang lagi lebihan kuah sampai habis...
kalau bahagian bawah tadi, tak letak banyak pun tak pe, sebab nanti sedikit-sebanyak mesti meleleh ke bawah juga kan..


Pastu tabur la dengan daun sup, mozarella lagi...
untuk topping quesadillas versi bakar ni...
baru nampak menyelerakan...


Habis sudah stok.. wraps dan mozarella..
8 keping, dengan 4kali eksperimen dapur untuk quesadillas..
senang ahti, tunggu 2-3 bulan nanti, makan lagi, ahaksss...


Saya bakar dengan suhu 180C selama 20 minit.
panaskan oven 10minit sebelum, api atas bawah...


Sarapan pagi dengan air milo...
buat minum petang, OK jugak kot...
dinner bagi orang yang tak nak makan nasi ker...


Kalau masak macam ni, saya rajin untuk sarapan je...
tak pun masak western pada hujung minggu..
nak elak jemu makan nasi, emmm...

Masa masak tu, banyak kali dok fikir, apa la rasanya nanti..
makan ke enSuami saya tuh?
bab2 keju, western ni, dia tak berapa nak berahi..
pnIsteri nye saja yang suka masak itu ini, saja nak cuba2...
bila tanya, OK tak rasa nya.. emm OK...
OK je, sedap ke tak sedap, takut OK dia tu, sekadar boleh la nak makan kan.. sebab saya tak rasa lagi masa tu..
bila tanya sedap ke tak, baru nak cakap emm OK, sedap arr...
habis la makan pagi tu...
nasib baik boleh makan...
takut gak, kot pandai2 tukar bahan, jadi apa kang nanti...
tapi OK je, sedap la jugak..
senang pun senang..

Kalau rajin nanti, boleh cuba versi basil pula..
korang try la sendiri nanti, baru tau rasanya macam mana...
sedappppp, nyummmmmmm






~IKLAN NHSHOP~

4 comments:

  1. Replies
    1. cpt2, baiki oven hani, rugi oo xrasa, kekeke..

      Delete
  2. perut tgh lapar ni sedanya la cik nabula masak..boleh masuk dlm list resipi ni hehe..minggu etri memasak yek :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm dah xtau nak update apa..
      share resepi je la..huhuhu

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)