Wednesday, 27 January 2016

Makeover Bekas Mister Potato jadi Bekas Baja Pokok

Assalamualaikum...

Isnin lepas, ada beli baja untuk pokok..
asalnya nak beli baja kopi saja..
tapi tauke cakap 4bungkus RM10.
boleh campur2 jenis..

Diorang jual, sebungkus RM3..
beli 4 RM10..
saya pun tengok la baja apa yang ada...

Macam2 pun ada, baja untuk bunga, untuk sayur-sayuran, untuk buah-buahan..
adoi, nak tambah yang mana ni..

So amek 4 dengan kopi, penggalak bunga, sayuran dan penggalak pertumbuhan..
dalam kepala tu dah terbayang dah macamana nak simpan nanti baja2 ni...
hehehe, macam biasa, bekas mister potato jadi bekas simpan baja...


Sebelum ni, memang dah guna, untuk letak baja kopi dan taik ayam..
kali ni bertambah lagi 3 jenis..
memandangkan ada banyak jenis baja, semestinya perlabelan diperlukan untuk mudah dikenalpasti.
kali ni beria sikit dari sebelum, hahaha.. 


Siap balut dengan wallpaper sticker yang guna untuk bekas2 di dapur..
alang2 dah ada, guna je la..
lagipun kalis air, sesuai dengan persekitaran penggunaan baja ni..
lagipun bekas ni akan diletakkan di luar rumah, berdekatan dengan pasu2..
ala, letak di koridor tingkp je...
tempat yang ada, yang sesuai, setakat ini...

Di luar rumah, memang tak ada apa2 perabot pun..
rak kasut pun tak ada lagi, huhu...


Label di plastik baja tu, saya gunting, dan lekat pada bekas..
guna salotape je...
pastu kebetulan terbaca, arahan di belakang tu...
tak sama rupanya arahan penggunaan...
ada satu yang seminggu sekali perlu ditabur baja...
baja untuk sayuran tu...
so tulis sikit di label tu, 1x1M [satu kali satu minggu] 1x2M [satu kali dua minggu];
ha gitu la maksudnya...


Selain letak baja, saya pernah kongsi letak pensil warna dan krayon Hafni..
pastu tahun lepas, saya dapat idea, untuk buat pembahagian kewangan kepada bulanan..
untuk perbelanjaan yang besar tapi sekali sekala, seperti renew roadtax motor dan kereta, servis kereta dan sedikit belanja untuk simpanan jangka panjang...

Bila dah bahagi ke bulanan, tidak la terasa terbeban sangat..
tak la seketui duit habis untuk sesuatu perkara kan...
tapi kena disiplin la [sangat] nak simpan setiap bulan...
ini baru percubaan pertama, masih dalam tempoh percubaan.
tak berani nak cakap banyak..
tapi saya suka cara ni, sekurang-kurangnya saya dah jelas/tahu tentang keperluan perbelanjaan seisi rumah..

Wallahualam..
entri simple2 je hari ni..
tak ada idea la nak update blog, wakakaka...

OK, babai....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

4 comments:

  1. wahhh.... kretip nih..x terfikir lak..kita ni dok longgok jer plastik baja dlm baldi..haha..nampak x kemalasan disitu..hehehe

    ReplyDelete
  2. rajinnya berkebun....kita tangan kayu. tanam pokok tak penahnya nak hidup. yang dah sedia hidup makin mati jadinya. adohaiiii...

    ReplyDelete
  3. tak terfikir pulak nak recycle bekas ni utk letak baja.. idea yang bagus. lepas ni saya follow ye. buat tempat simpan baja..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)