Search This Blog

Monday 24 February 2014

MAJALAH SEKOLAH 2013 : Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum..
Lepas saya kongsi ucapan KPM, ramai yang tanya pasal ucapan Menteri Pendidikan.

Ok, kat sini saya kongsi lagi ucapan Menteri Pendidikan pada yang masih mencari..
Kesian kat cikgu2 ni...
Cepat buat sampai siap ye..
Chayok2x....

Boleh copy paste kat sini ja.
Maaf saya tak sempat nak attach apa2 dokumen doc atau pdf.

Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Satu Malaysia

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas usaha dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan dalam usaha mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan negara sepanjang tahun lalu dan sebahagian tahun ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada warga pendidik keseluruhannya secara berterusan akan menjadi faktor penentu kepada pencapaian kejayaan Wawasan 2020 kerana pendidikan adalah nadi utama kepada pembangunan modal insan yang akan menjamin kejayaan wawasan tersebut.

Pendidikan merupakan proses perkembangan ilmu pengetahuan serta pembentukan sahsiah generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Ilmu pengetahuan merupakan elemen penting kepada kehidupan masyarakat masa kini. Kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa menjadi teras yang berkualiti dan berkemampuan. Sejajar dengan itu, generasi muda hari ini harus berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad dalam menjayakan matlamat bagi menyediakan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia kepada seluruh lapisan rakyat di negara kita. Akhir kata, tahniah kepada Sidang Redaksi dan semua pihak yang terlibat berkolaborasi menjayakan penerbitan Majalah ****** Edisi ke-** sekolah.

Sekian, terima kasih.

“SELAMAT MAJU JAYA”



TAN SRI MUHYIDDIN B. HJ MOHD YASSIN
Menteri Pendidikan Malaysia


kalau tak dapat copy, boleh tinggalkan emel, nanti saya emel semula..
harap dapat membantu sedikit sebanyak mehnah remeh temeh nak siapkan majalah sekolah...


4 comments:

  1. Salam, yang ni untuk tahun 2014 punya?

    ReplyDelete
  2. Maaf cikgu, yang ni untuk tahun 2013. yang 2014, belum buat lagi..

    kalau ada, insyaAllah saya akan update kemudian..

    ReplyDelete
  3. salam. yang 2015 ada tak? dah puas cari tapi tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf inez..
      enSuami saya ckp ucapan2 tu selalunya dah ada kat kedai cetak..
      mgkin ada sek2 lain dah buat, sebab tu pihak kedai dah ada salinan..
      jd kami pun tak cari ucapan2 tu, hehehe

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers