Thursday, 27 February 2014

MAJALAH SEKOLAH 2013 : SEMESTA Edisi ke-37

Assalamualaikum..
Hari ini nak tayang2 yang tak ada kaitan dengan rumah, hehe...

cerita pasal kerja2 sekolah enSuami.
tahun lepas, baru ja enSuami masuk sekolah ni dalam bulan Mac macam tu..
masuk2 terus dapat jawatan setiausaha/penyelaras majalah sekolah.
first time pegang jawatan penting macam ni, dia terkejut beruk, hehehe...

Tapi first time pegang, nampak macam berjaya..
dengan pnIsteri sekali kena heret buat kerja...
taip ucapan la, buat surat la, mentang2 la pnIsteri ni penah jadi kerani, laju je la buat kerja typing ni, kacang je saya jawab kat enSuami, cewahhh...
sebelum pi sekolah dia bagi kerja, bagitau kena buat apa2 itu ini, balik sekolah petang tu dah siap..

First time dapat jawatan, ada la beberapa idea bernas sikit.
esp kat cover majalah la...
enSuami kata nak design macam majalah betoi2...


Masa tu kebetulan ada majalah Pengantin kat rumah, saya amek tiru sebijik2..
siap ada code bar lagi, macam nak jual majalah lah katakan...
dapatla beberapa idea untuk hint title kat kulit majalah...
dah buat separuh, cikgu sekolah IT makeover lagi bagi nampak canggih...


Lepas tu enSuami nak tema kelip-kelip la plak..
dok Kuala Selangor la katakan...
saya pun xpenah pi lagi tgok kelip2 banyak2...


Amacam, nampak canggih tak?
enSuami balik sekolah tersenyum sampai ke telinga..
saya tengok pun pelik, apesal ni..
ghupenya hasil kerja dia dah siap...
Syoklah tuuuuuuu

Tup2 tahun ni kena jadi lagi, sebab hasilnya ramai yang suka.
macam boleh buat kerja, kena la pegang lagi jawatan ni..
dah tu, dah kering idea dah nak buat tema apa plak tahun ni?
nak kasi nampak canggih?
ni yang tak syok ni...

Tapi enSuami macam semangat je buat kerja..
baru2 ni pergi beli kamera untuk sekolah
senang untuk dokumentasi program2 sekolah.
buat masa ni, enSuami dah mula slot ambil gambar untuk kelas2..
yang ni la keja remeh yang melambatkan proses pembikinan majalah.
jadi untuk tahun ni, dia dah mula amek pengalaman tahun lepas untuk dijadikan panduan.
harap tahun ni dapat buat lebih baik lagi, insyaAllah..

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)