Assalamualaikum
Dalam senarai target kami, memasang lantai kayu adalah misi yang kedua...
Dalam plan setakat ni, bilik ini akan dijadikan sebagai bilik study, ruang kerja, mini library dan juga bilik solat..
apa orang kata sekarang? SOHO? Small office, home office kan?
okey nanti nak panggil SOHO lepas ni...
Masa proses renovate tahun lepas, enSuami sengaja tinggalkan bilik ni daripada pasang tiles...
masa tu dia dah cakap dah, macam teringin nak pasang lantai kayu.
kebetulan juga bajet juga agak membataskan..
dalam 5 bulan ni, bilik tu jadi bilik stor.
semua barang longgok kat situ.
lantainya pun berdebu habis...
kalau nak masuk cari barang, saya pakai selipar, sebab geli rasa kesat2 habuk tu, hihi.
Lama dah dok sabar, tengok bilik tu, nak mengamuk je rasa...
meroyan sorang2, hehe
bila la nak kemas bilik ni, bila la nak kemas, bila la nak siap jadi bilik...
soalan yang tiada kesudahan kalau tak da apa2 tindakan...
Bila masuk awal tahun ni, saya target bulan Februari kena habiskan semua kerja yang tertangguh ni..
biarlah kalau terpaksa ikat perut pun dua tiga bulan ni...
kalau dok bersuka ria, rumah macam tongkang pecah, buat ape macam tu...
nak ajak orang datang rumah pun malu...
ruang tamu tak ada sofa..
dapur ternganga, tak dak pintu...
toleh sebelah, ada stor plak sumbat segala mak nenek dalam tu...
setiap ruang serba tak kena, huhu...
Okey, kebetulan ada kawan cikgu sekolah enSuami pun nak pasang lanti kayu.
cuma lama dok terpendam, belum tercapai lagi.
dia ada kenalan sorang yang boleh pasang lantai kayu.
kami pun terus sms tanya dengan enSudin, namanya...
Ukuran anggaran bilik diberi.
dia pun kira2..
sebelum tu, saya tanya juga, jenis apa, atau jenama apa lantai yang dia guna...
sebab ada survey2 juga...
tak banyak review yang saya jumpa...
mungkin masa google haritu sekejap sangat kot...
ada kakak dalam grup FB NHR, siap review yang negatif lagi...
buat saya ragu2 nak pakai...
punca utama mestilah AIR...
tapi dia ada cakap juga mungkin sebab yang dia murah saja.
murah tu nak kata berapa RM, xtau la...
Tapi bagi yang pernah pasang lantai kayu ni kata, memang ada yang murah, tapi selalunya customer akan berkenan yang hat mahai punya...
kalau kita2 yang perempuan mesti nak tengok corak2 n warnanya...
lepas dapat anggaran kos, Alhamdulillah dalam harga mampu kami...
sebab enSudin kata, kalau 300kps lebih dia akan kira ikut kaki. kalau kurang 300kps, dia kira lamsam je.
bilik kami, lebih kurang 150kps sahaja.
so enSudin kira lamsam je la....
dan bila minta contoh, dia bagi katalog ni...
ohhh jenama Inovar...
OK la kot, saya ingat dia amek mana2 yang takdak jenama kang, risau plak jadi macam kakak dalam grup FB NHR tu...
bila belek2, kilang dia kat Bestari Jaya je, memang dekat la dengan tempat kami...
saya rasa jimat juga la, bila upah orang persendirian macam ni..
kalau pi cari company, saya tanya, dia bagi harga RM 1.4K ++...
Hari pertama tengok, saya dah tau dah nak amek yang mana...hihi
dengan yakinnya minta enSuami bawak ke sekolah, tak nak peram lama2 katalog tu kat rumah..
ye la, mana tau, ada customer lain nak tengok kan...
enSuami kata tunggu la dulu, nak mimpi2 dulu, corak mana yang cantik..
tu dia siap nak mimpi2 lagi..lantai kayu je pun, nak tunggu mimpi ka?
emmmmmmmm
Simpan dua tiga hari katalog ni kat rumah, buatkan saya boleh baca semua setiap muka surat dan perkataan...
Ketebalan ni ada dua, 8mm dan 12mm.
enSuami saya baca kat mana entah, sebenarnya ketebalan ideal untuk lantai kayu adalah 8mm. yang 12mm tu, trick saja, kira macam main tipu la...
betul ke, saya pun xtau...
kami boleh pilih 8mm saja, harga mampu bagi kami.
dan mudah juga untuk enSudin nak buat kerja. dia bagitau, dia nak buat 8mm saja, yang 12mm tu selalu mesin pemotong dia rosak, sebab tebal sangat.
ok la dia buat kerja sorang, kita paham, kekurangannya...
asalkan impian kami hampir tercapai, kami OK je...
Antara contoh2 design corak yang ada...
saya sempat scan 4 muka surat pilihan sajo...
yang lain2 belakang tu, dah mahal2, jadi tak tengok sangat, hihi...
Lama2 tu, nampak plak kodnya tentang Panel Format.
rupanya dalam sekeping lantai kayu tu, ada plak corak yang ada lagi susunan kayu dalam sekeping tu..
dia panggil plank..
maksudnya macam rajah di bawah
ok, faham tak?
kan da banyak line dlm sekeping kayu tu..
nampak macam susunan bata gitu...
patut la bila tengok rumah orang, macam crowded sangat lantainya..
rupa2nya memang ada jenis macam ni...
saya minat yang single je...
sebab nak bilik tu nampak luas, cerahhh...
sebab bilik tu terlindung, xda penerimaan cahaya matahari, disebabkan dapur..
saya harap bilik ni sejuk sikit dari bilik2 lain, sebab tingkap rumah menghadap cahaya matahari naik, jadi pagi2 tu, rasa haba sangat kat ruang tamu.
tambah plak cuaca sekarang yang tersangatlah panas.
habis kering kontang tanah...
Hari Ahad lepas, enSudin datang rumah ukur dengan lebih tepat..
dan dia pun dah amek kod design yang kami pilih...
siap minta 3 pilihan.
tapi saya tetap nak yang nombor 1.
harap2 ada la rezeki, kalau tak ada sanggup tangguh dulu la kot, huhu...
insyaAllah hari Rabu dia order, hari Khamis [mungkin hari ini] @ Jumaat boleh ambil stok.
Kemungkinan besar hari Sabtu nanti dia datang pasang...
Saya yang dah siap update kat sini..
nampak sangat lah dah tak sabar, huhu...
first time kot nak berlantai kayu ni...
takut dengan risiko penjagaannya.
Tapi memandangkan saya, jenis yang tak rajin sapu sampah dan mop lantai, tersangatlah sesuai dengan lantai kayu, kahkahkah.....
Asbab ramai sangat tanya no telefon enSudin, saya letak kat sini sesiap lah.
Kot2 nanti saya terlambat balas ke kan...
No enSudin : 013 2789284
Apa2 nak bincang, boleh tanya dia sendiri tentang harga, contoh corak kayu.
Saya tinggal di Kuala Selangor, kalau yang luar2, boleh tanya dan bincang.
Siapa2 yang dah buat dengan enSudin, sudi2lah kongsi gambar dengan saya.
Nak juga menjamu mata tengok rumah orang kan, kekeke
erm..lantai kayu..suka sangat..cantek tapi mahal & perlukan penjagaan yg kental..hehehe...
ReplyDeleteHi Nurul, Inovar floor offers you each component layer is made of material that meets international standards for durability. With a decade of product research and development. For detail review visit:
Deletehttp://kidbuxblog.com/quality-flooring-design/
Ada Kedai di Jalan Kebun yang jual lantai kayu ni murah murah..alaqsa carpets saya rekomen ..dia orang ada ajar macam mana nak pasang lantai vinyl ni pun kalau nak buat DIY..harga cuma kat rm2.60/sqft dan kualti best sebab saya baru je pasang..saya ada tanya bos dia kenapa tempat lain boleh dapat lagi murah ..dia cakap biasanya kalau lagi murah dari harga ini sebab nanti lantai kayu tu pasti tak boleh tahan lama ..nipis lagi boleh pecah..yang alaqsa punya ni dia garenti boleh tahan tahun tahun..kalis air boleh letak dalam bilik air pun..hope saya boleh tolong dengn review saya
Deleteboleh mintak no fon alaqsa
DeleteSalam sis... nk ty cmne hasil lntai tu... brape kos sis buat..dan kalo x kberatan..leh bgtau no fon kontraktor tu...terima kasih.. faridahfairuz@yahoo.com
ReplyDeleteWsalam, Sis Faridah.
ReplyDeletecek emel ye, saya dah hantar. =)
slm..sy pun berminat nk buat lantai kayu camni. Masih servey2 harga dan tukangnya.
ReplyDeleteSo bleh sy dptkan no contact en sudin tu?
emailkan kat bealagend@yahoo.com.
Tima kasih..:)
Assalam. saya pun berminat nak pasang flooring kayu mcm ni. sesuai utk babies. boleh share contact en sudin tu? amiruaziz@gmail.com.
ReplyDeletetq ye :)
Asslamualaikum sis..saya berminat la nak drngan lantai kayu yg sis buat ni..boleh emailkan details ngn number ctct org yg buat tu tak?ni email sy skhadijahzbadri89@gmail.com..thank you sis ;)
ReplyDeletesalam sis..boleh tlg email contact no en sudin..
ReplyDeleteiham_iman@yahoo.com
tq sis
Salam, saya pun berminat. Tlg emailkan contact no En Sudin ke asiyanti@gmail.com
ReplyDeleteTq ya
Kalau nak pasang lantai kayu ada company ni tawar harga serendah RM2.++/ sq ft.
ReplyDeleteCer tanya.
Hubungi Arif- 019 334 5398
Paling murah yg sy dpt untk pemasangan lantai kayu dlm rm1.50...br2 ni kilang inovar ada wat sale sekaki singgit...so borong untk 1 umah...nak tnya jg...klu dapur sesuai ke x psg laminate floor ni???
ReplyDeleteboleh bagi no telnya
DeleteNak no tel jugak yg 1.50 sekaki tu..
DeleteErm setakat 4bln berlantai kayu ni, anak pernah tumpahkan ink printer habis 1 tank. kaler biru.
ReplyDeletesaya ingat habis lantai bertukar kaler biru, tapi bila lap, memang tak ada kesan biru langsung.
saya rasa, sebab laminatenya sangat berkualiti, memang kalis air.
kalau air tumpah pun, memang air tumpah seketul kat situ je, air tak mengalir. kalau biar tak berlap, air boleh kering sebab udara atau kipas, hee.
kalau kat dapur tu, enSudin kata memang tak ada masalah nak pasang yang laminate, berdasarkan pengalaman saya tadi, saya setuju la ketahanan laminate ni.
kalau nak pasang vinyl pun boleh juga, bajet lebih sikit la, sebab ia kualiti getah, elastik.
bleh tau kos x...
DeleteKos bilik saya rm900.
DeleteKlu tya sekaki brpa rm, sya xtau sbb xtya.
EnSudin kira lamsam je.
Tq.
Quatiti yg kecik mmg kira lumpsum
Deletesalam sy berminat nk psng lantai ni. bole emel sy NSakinahS@gmail.com nk tau hrga berapa. tq
ReplyDeletesalam sis boleh no tel dia zulchino@yahoo.com
ReplyDeleteSis nak tahu kos berapa nurdiyanaalyas@gmail.com
ReplyDeleteKos utk bilik saya rm900.
DeleteKlu tya brpa rm utk sekaki sya xtau.
Sory.
Tq
salam sis. boleh saya tahu kos & contact no & emelkan ke didiaman80@gmail.com. Tq
ReplyDeleteNo enSudin : 013 2789284
DeleteSalam, tumpang lalu, saya pon ada menyediakan perkhidmatan ukur dan pasang lantai kayu laminate ni. Servis termasuk alih perabot. Jadi tuan rumah tak payah pening kalau bilik/ruang tu penuh :)
ReplyDeletetolong email saya harga n contact no utk pasang lantai ni sbb sy tgh wt rumah...tqvm airish.imani@gmail.com
ReplyDeleteNo enSudin : 013 2789284
Deletehttps://plus.google.com/collection/sDTamB
DeleteMaaf semua.
ReplyDeleteSebelum nk komen tya no kontek enSudin, sila baca betul2 entri saya sampai habis.
Saya dh lama update no telefon enSudin dlm entri ni.
Tapi masih lg ada yg tanya. Conpius skjap.
TQ.
Tkasih byk2 ya...sbb melalui blog anda sy dah confirm nak buat lantai ini dgn En. Sudin. Cuma kena tunggu masa En. Sudin...
ReplyDeleteOh ya, alhamdulillah.
DeleteWah bestnya..
Nanti nk tengok lah ye, klu dh siap..
TQ..
In sya Allah..will do..nnt nak tunjuk gambar before and after. Sy dah survey 6 company...mmg the most affordable price adalah En. Sudin..oh my family can't wait..
DeleteBaru je call en sudin.. Terus deal.. Terbaik
Deleteboleh bg no contack en sudin
DeleteAda minta quotation dengan encik sudin tu memang ok cuma jauh melibatkan kos transportation. Survey harga dekat area umah dapat quotation untuk 580kps inovar RM3.1K, Excel Thailand RM2.9K.
ReplyDeletetolong beri no contact en sudin
ReplyDeletemustakimbajuri@gmail.com
tq
No hp EnSudin masih 013 2789284 atau dah bertukar ? tq
ReplyDeleteYa. Msh sama..
DeleteNi link blog ensudin...
http://tasray.blogspot.com/?m=1
0132789284
Delete0195366883 sudin
DeleteSy ada membuat kerja2 ubah suai umah dan pejabt ,membina kolam ikan (simen ferro) dan landskap.membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper ..hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298
ReplyDeletealahai..bestnya..impian saya ni..
ReplyDeletesy pun nk psg laminate flooring utk my new house.sy n suami pergi kat ekspo yg Inovar floor buat kat KB.Mmg ada byk jenis lamina...family series,traffic zobe,timberline etc...korang yg berminat try google sbb each state ada branch die.sy direct terus ke branch die.
ReplyDelete