Sunday, 9 February 2014

RESEPI : Kerna mimpi, Churros muncul di dapur ;p


Assalamualaikum
hihi...

yup, kerna mimpi mlm tadi, bgn pagi terus terkejut.
apesal mimpi makan churros ni?
siap mimpi masak churros ni utk mak ayah kt kampung.
ayah siap angkat satu pinggan makan sorang2 sampai habis, huhu.

padahal, saya pun xtau ape rasa makan kuih ni.
apetah lagi memasaknya di dunia realiti.
xpernah tahu pun kewujudan kuih ni sehinggalah Nana update kat blog dia..
masa first time tengok tu pun, xterliur pun nak buat.
kuih pe ni? sedap ke? xmakan kot? xyah buat lah...


Tapi bila dah termimpi, terasa plak nak buat.
sedap sangat ke kuih tu...
lepas Subuh, terus buka blog, tengok resepi, senang ke susah...
kalau ada bahan, boleh je terus buat...

tengok2 bahan, pergh sonang sajo...
pakai tepung, air, telur je, OK semua ada....
pada yang nak try juga, boleh cuba......

Sumber resepi Nana Rahsia Hatiku

Bahan-Bahan:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 SB butter/marjerin/minyak masak
  • 1 cawan air
  • 1 SB gula
  • 1/2 SK garam
  • 1/2 SK esen vanilla
  • 1 biji telur
  • nozzle muncung bintang 9
  • piping bag
Cara-cara
  • Didihkan air, masukkan butter, gula, garam dan kacau sebati.
  • Perlahankan api. masukkan tepung gandum sikit2, kacau tanpa henti, supaya tak berketul...kacau rata sehingga sebati..matikan api.
  • Pukul telur dan tuang ke dalam adunan. masukkan esen vanila.
  • Uli adunan sehingga rata. guna tangan kalau tak panas. tadi masa saya masak macam panas je, mungkin sebab Nana guna nonstick pan, cepat sejuk kot..
  • masukkan adunan dalam piping bag..
  • Boleh terus piping sehingga habis.
  • Panaskan minyak, goreng churros sehingga kuning keemasan.
  • Api kena pandai control, ikut dapur masing2, sebab mudah hangus nak hitam ni, hehehe...
  • Masa nak makan, boleh hidangkan dengan gula halus yang ditabur. ataupun dengan coklat/nutella/peanut butter/cinnamon...

Saya tadi makan tak cicah ape2 pun..
ada juga hidang dengan gula dan peanut butter, tapi tak tersentuh pun..
sebab sarapan pagi tadi adalah burger, request enSuami.
yang dia tak request tu, xda la dia makan sangat..
ni selingan je tetiba rasa nak buat.
saya rasa kalau buat minum petang, lebih sesuai rasanya...
makan dengan air kopi atau teh, baru masyukk ye tak..

kalau ada yang kata, ala xdak nozzle tu...
ala hentam sajo acuan apa yang ada kat umah..
saya pun xdak nozzle tu jugak.
mula try piping, lubang buat kecil sangat kot, sampai plastik tu pun terkoyak...
lepastu ingat nak amek acuan tat nenas, sekali teringat acuan semperit ado...
try picit tengok, yang ni lebih sesuai...
amacam, macam belimbing tak kak Ton? kahkahkah....


janji ada bentuk, boleh makan...
jangan bataskan diri bila nak mencuba..
guna je apa yang ada, mesti boleh punya...
kalau hendak seribu daya, kalau xmau apa pun xdak kan???

Jom kita masak2 lagi..
yoya je Nabilah ni, macamlah pandai masak sangat... huhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)