Search This Blog

Thursday 6 February 2014

Duit syiling untuk saat genting....


Assalamualaikum....
Hehe, nak cerita pasal duit syiling..
haritu terbaca blog Kak Yah, dia korek tabung...
langsung terfikir tentang tabung syiling yang memang dah sarat kat umah ni...
saya pun terfikir nak kira, ada berapa RM semuanya....

Sebenarnya, seumur hidup sebelum kawen, saya tak pernah dok simpan2 duit syiling ni..
sehabis boleh saya akan pakai sampai habis...
klu harga ada 6sen, 7sen, 8sen pun saya bayar cukup2...
sbb ada sorang kawan tu bagitau, kalau duit 1 sen ada dalam dompet, duit tak putus.
tak putus maknanya tak habis atau tak cepat habis...

bukan bermakna, duit 1sen tu kasi magik atau jampi, duit kita tak habis..
tapi lama2 lepas dipraktikkan saya faham maksud tu...
sebab bila ada harga yang sen-sen tu, kalau ada duit 1sen, kita boleh guna syiling tu je..
tanpa perlu nak pecah nilai dari 10sen...
sebab tu la boleh berjimat.
ADA dan GUNA... baru duit RINGGIT [kertas] tak cepat habis...

tapi tu dulu2 la, masa guna duit 1sen.
skg mana ada dah, semua nak dibundar...
paling lekeh pun 5sen, kan...

dulu, ada housemate yang suka kumpul duit syiling.
malam2, sebelum tidur, mesti dia buka purse tengok ada syiling ke tak...
pastu dum dam dum dam, syiling masuk botol...
saya tengok pelik kat dia, kenapa buat macam tu?
saja...tak suka dalam dompet, nanti berat. nanti takdak duit, syok jugak boleh korek tabung..
ermmmmmmmm...

Sekali dah kawen, enSuami pun ada habit macam tu jugak...
yang ni lagi kaya, up sket..
RM 1, pun dia tinggal jugak...
adoi jenuh saya....
keja saya kat umah, keja dok kutip duit dia je la...

dan hasilnya dari Bangi sampai ke Kuala Selangor.
dari tahun 2012 hingga januari 2014.
tu pun, masa awal2 tu, saya asyik amek guna..
sebab tak matching geng, dia suka simpan, saya suka guna...
sampai enSuami perasan, aik mana duit abang?
saya jawab, orang guna la, buat apa simpan2....
hahaha....

Bila dah tak kerja, sepenuhnya enSuami yang bayar di kaunter.
so, dia bukan nak guna duit syiling.
biasanya wallet lelaki mana ada zip kan, so susah nak simpan syiling.
sebab tu la berterabur je, dalam poket seluar..

lepas kira2, hasilnya begini.....

                     

Yang ni plastik 50sen

Yang ni plastik 20sen

Yang ni 10sen

Yang ni plastik untuk syiling baru sahaja....
saya campur semua, kot le nanti mesin tak leh terima syiling baru, takleh la saya nak bagi kan...


Plan saya nak masukkan duit ni kat bank..
sebab kat bank kan ada mesin syiling.
nak tukar kat kedai makan, tak tau nak pi kat kedai mana, sebab belum beramah mesra dengan kedai2 makan kat area rumah...

Dah tu pagi tadi pergi Maybank, saya tanya la jugak, boleh simpan duit syiling ke?
Almaklumlah dah lama tak guna servis kaunter, selalu guna ATM sajo...
dia kata kena ke kaunter 8.
saya pun bertenggek lama la kat situ.
sempat la baca beberapa notis.

Notis 1, cerita pasal waktu urusan duit syiling, Isnin-Jumaat, 9.15-12 tghari saja.
belah petang takdak...
Notis 2, cerita pasal cas tukaran untuk wang syiling, aik nak tukaq duit syiling pun kena cas ka? for business only, oh ok...
Notis 3, sila asingkan wang syiling baru (warna emas) untuk kemudahan pengiraan...

Kan dah agak dah, duit syiling baru mesti problem punya.
masa awal2 keluar, selalu salah bagi duit baki.
10 sen, dapat 5sen je... 20sen, terbayar 50sen... choi...

Tetiba ada makcik datang sebelah, mana orangnya dik?
entahlah, saya pun dok tunggu jugak ni...
Pastu kami diam.
Saya dok usha2 makcik ni, dia pun macam saya jugak ka?
mula2, nak tanya segan, ada anak lelaki dia kat sebelah
lepas tu dia ke mana entah...
saya pun tanya la, makcik nak tukar duit syiling ke?
Haaa, nak meniaga.
Kena cas eh, nak tukar duit syiling?
Tak tau lah
Saya ada duit syiling, makcik nak tak?
Berapa awak ada?
Saya ada seratuslimapuluhtujuh ringgit enampuluhsen...
Ha, boleh la tukar dengan awak je la...

tengah kami dok sembang2, kira2, baru staf lelaki masuk kt kaunter...
dia terpinga2 tengok kami.
saya hanya mampu tersenyum, heee
makcik tu yang tolong terangkan kat dia...
baru dia paham...hahaha

ok, duit syiling tadi dah selamat bertukar kepada 3helai duit kertas limapuluh...
tujuh ringgit tu saya amek 14keping 50sen.
yang 60sen xkira la, lamsam je la...
saya pun takut gak, kang kalau saya ada tersalah kira kang, naya ja...
jadi harus ada akad terima, di akhir urusan penyerahan wang tu, saya pun cakap, lebih kurang minta halal ye makcik...
makcik pun setuju.
saya pun puas hati.
keluar bank dengan ringan...

lepas masuk keta, baru nak cakap kat enSuami, dah selamat dah duit syiling dia.
dia terkejut, letak kat mana tadi, xnampak pun bawak...
mesti la dalam handbag ni, gilo, berat berkilo2, mau nak patah bau [bahu]...
hahahahahahahahaha............


2 comments:

  1. terbaik...uppa nak tiru gak lah

    ReplyDelete
  2. rezeki hari tu ye jumpa dengan makcik tu :) sama-sama saling perlu-memerlukan

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers