Assalamualaikum...
Perkembangan minggu pertama selepas kelahiran...
Hari pertama balik rumah dari hospital
Malam pertama ni memang tak berdaya la...
Dah la malam sebelumnya bertarung nyawa nak bersalin...
Siang tu tak sempat berehat atau lelap mata pun, teruja dah ada baby...
Petang tu dah discaj.
Bila mai malam, fuhhhhhhhhhhhh
kejap2 baby nangis...
enSuami, kadang terjaga, kadang dia dah tak sedar...
Si Umi tentu la kena bangun...
Susu ada kat kita kan...
Baby nangis nak susu je, xda meragam yang bukan2...
Malam sebelum tidur tu je, nangis kuat2...
Bagi susu tak nak, sampai Mak mertua masuk bilik tanya kenapa...
Dah tu agak2 la, xletak minyak telon.
Mungkin badannya rasa tak selesa.
Bila dah sapu2 semua, susukan dia, baru tenang.
Aduh, alat barang2 dah lengkap, tapi xtau plak bila nak guna..
Pandai sangat la Nabilah Ahmad ni...
Oh ya, masa tu baby tak kencing, xberak..
Jadi kebarangkalian nak guna warming oil ke, losyen ke, minyak telon ke, of course la tak ingat langsung, adehhhhhhh.
Hari kedua, enSuami buat laporan kelahiran ke klinik desa terdekat.
Nurse kata akan datang petang nanti dalam jam 2.30 petang.
Masa dia datang periksa baby semua, lengkapkan buku kelahiran anak, dan tengok keadaan jahitan saya.
Masa lawatan pertama ni, dia cakap juga, baby macam nak ada kuning.
Terkejut gak saya, hati dah mula risau.
Nurse pesan, banyakkan susukan dia...
Sebagai langkah untuk elak kuning.
Saya pun cuba lebih kerap untuk susukan dia.
Tapi baby, tau2 je la, banyak tidur.
Saya cuba untuk susukan dia pun, mulutnya tak nak buka jugak.
Letih Ummi tau....
Hari ketiga, nurse datang petang juga.
Orang lain, bukan nurse yang sama.
Dia tengok baby je, terus dia kata baby saya dapat kuning.
Dan suruh kami bawa baby ke klinik untuk cek darah.
Masa tu waktu pejabat dah nak habis.
enSuami plak keluar lepas Jumaat ada urusan kat pejabat pos.
Call2, tak dapat.
Adoi mati kutu masa tu.
Geram pun ada.
Masa tu la nak tau baby ada kuning, masa tu la enSuami tak ada bila kita perlukan dia.
Akhirnya mengalah lah, pergi ke hospital esok, sebab Sabtu Ahad, klinik tak buka...
Hari keempat, sampai hospital dalam 10.30 pagi...
Lepas serahkan buku, enSuami diminta buat pendaftaran kat kaunter kecemasan.
Lepas tu, baby diambil, bawa masuk ke dalam bilik untuk ambil sampel darah.
Hari pertama ni, nurse bawa keluar dengan baby tidur nyenyak, tak da kesan nangis pun..
Eh, dah ambil darah ke?
Baby saya senyap tidur nyenyak OK je..
Kalau orang lain dah nangis daa....
Pastu tunggu la keputusan sampai kol 12 lebih.
Nurse semalam ada juga bagitau, kalau pi hospital, lama la, 3 jam baru dapat keputusan.
Kalau kat klinik, cepat sikit dalam setengah jam orang kata....
Keputusan darah anak, 216.
Nurse kata OK, sebab anak baru 3-4 hari.
Esok datang lagi untuk ambil darah lagi.
Hari ini, hari kelima, macam biasa.
Kami berharap sangat bacaan baby akan turun.
Sebab setakat ni, ikhtiar kami makan ubat homeopati untuk sakit kuning.
Air ubat, petua yang saya bagi lepas pun, ada buat juga.
Tapi baby saya tak mau langsung minum air kosong.
Saya picit sikit masuk mulut, dia rasa xsedap macam susu, dia luah balik.
Jadi saya pun tak pasti, dia dapat tak, berkat dari air ubat tu.
Kalau progres dari homeopati tu, nampak la...
Sebab kawan bagitau, anak akan berak kerap.
Penerangan nak cepat bebas kuning, kena tunggu baby berak sampai kuning.
Lepas tu insyaAllah mudah la baby nak sembuh.
Setakat ni, baby dah selamat berak kuning sepenuhnya.
Saya pula kerapkan menyusukan dia setiap sejam sekali.
Penantian sehingga jam 12 menunggu keputusan tidak menggembirakan malah meningkat kepada 220.
Dan nurse sarankan untuk ke klinik berdekatan mulai esok.
Ya Allah, ingatkan boleh turun sebab nampak perubahan di mata kami.
Orang cakap, bila dapat kuning, baby akan banyak tidur dan kurang bergerak.
Jadi lagi lambat dia nak sembuh.
Caranya kena kejutkan dia dari tidur, main2 dengan dia, susukan dia sekerap mungkin.
Untuk pastikan dia aktif dan bersemangat.
Jadi baby saya ada tunjukkan perkembangan macam tu semalam.
Ada masa dia boleh celik mata, dan kami melayan sembang2 dengan dia, cuit2 untuk elakkan dia tidur.
Tapi belum ada rezeki lagi.
Tak pe lah, semoga kami bertabah.
Allah nak uji ni...
Tapi bila dapat kuning, orang-orang tua cakap, dah besa la budak2 sekarang.
Mesti nak ada kuning juga.
Sikit atau banyak, cepat atau lambat, sekejap atau lama...
Rezeki masing-masing.
Mudah-mudahan, tak lama la kuning baby saya.
Doa2kan ye.. TQ.
Esok kena pi lagi...
Tapi ke klinik kesihatan bukan hospital lagi.
Harap setengah jam saja.
Esok nak pergi daftar nama baby.
Nak betulkan pam susu Tomme Tippee.
Saya guna nak pam, susu tak keluar pun.
Entah kat mana silapnya...
Ke memang tak berfungsi pam ni, mustahil lah kan...
Malam ni terpaksa perah dengan jari je, lenguh tak yah nak cakap lar...
Tapi dah keras sangat, dah tak boleh tahan.
Alhamdulillah untuk sebelah sahaja, hampir dapat 2 oz.
Tu yang esok nak mula mencari peralatan untuk EBM.
Kau gagah nak jalan masa berpantang ni?
Adoi, saya berfikir2 ni...
Sungguh ka nak membeli dalam keadaan berpantang ni...
Tapi yang penting, sekurang2nya nak setlekan pam dulu.
Pam OK, baru mudah sikit nak buat EBM. Botol simpanan, kalau tak boleh nak beli direct, nanti beli online je la...
Tu pun kalau serius nak buat stok.
Aiiiiiiiii, macam2 nak pikir, perlu tak perlu...
Satni perah saja, tak guna, tak guna jugak.
Nak cari anak susuan?
Emmm dok terpikir jugak, mana tau boleh tolong sesape yang perlukan.
Cewahhh, bajet macam bertong2 susu...
Tapi insyaAllah, saya yakin susu lebih dari cukup untuk anak saya, Amin.
Motivasi diri kena tinggi, sentiasa positif.
Chayokkkkkk!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)