Search This Blog

Tuesday, 17 September 2013

Majlis Kesyukuran dan Akikah Hafni Azzahrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selamat sudah menunaikan majlis akikah untuk puteri tersayang.
Cuti yang berderetan, diambil peluang untuk menyelesaikan sunnah Nabi apabila menyambut kelahiran anak.

Kami sekeluarga bersetuju untuk adakan majlis akikah pada hari Ahad lepas, 15 September.
Memandangkan ada cuti 1Malaysia, ramai sungguh yang buat kenduri kahwin di siang hari.

Jadi untuk majlis kenduri kecil macam ini, family pilih untuk sebelah malam.
Supaya tak berebut majlis dengan jiran2 kampung yang berkenduri kawen.

Majlis jamuan semestinya lauk utama adalah kambing.
Hari Sabtu pagi enSuami ke rumah tauke kambing untuk tengok sesi sembelihan kambing yang dibeli.
Pakej ni beli kambing sekali dengan masak.
Dua menu sahaja yang dia boleh buat sama ada kari atau masak masam manis.
Oh first time dengar kambing masak masam manis...

Ini dia kambing yang dibeli untuk akikah Hafni ye.
Kambing barbados katanya..
enSuami kata baik je dia, xda bising, meronta2..


Senang je sembelihnya...
Orang yang tu pun cekap.
Mestilah kan, dah memang kerja dia.
Hari-hari buat, lama2 terer ar......


Masa untuk melapah daging....


Hari yang sama, dia sembelih 5 ekor kambing.
Ada orang lain juga yang tempah.
Walaupun kami kenduri esoknya, dia sembelih sesiap la..
Kambing2 tu sampai serentak pagi tu 5 ekor.
Dia buat kerja sekaligus.
Untuk kami, esok baru dia masak.
Kami pilih masak masam manis, dah kari biasa sangat.
Kalau ada masak kurma, boleh la pilih kan, ni dah tak ada, camna nak minta..

Hari Ahad, dah mula sanak saudara, jiran2 mula bertandang ke rumah.
Ahli keluarga yang lain, macam2 la sibuk...
Mak pun ada masak menu lain, istimewa pulut kuning, ayam masak kicap, kuih sagu kukus.
Banyak lagi kerja yang diorang buat.
Saya tak boleh nak tolong...
Ibu berpantang kena dok diam2 ja...
Saya boleh makan ja, tapi banyak makanan pada hari itu, saya tak boleh makan.
Especially pulut kuning tu!

Tapi, saya ada buat 2 projek DIY untuk majlis ni...
Pertama, paper bag siap cetak muka anak sendiri..
Tak boleh blah, jangan jeles tau...

Dah kate ink printer Abi banyak lagi.
Daripada kering saja, eloklah Umi habiskan, batting eyelashes

Umi try n error ni.
Dah cakap kat Abi nak buat gini gini..
Dia angguk2 aje...
Katanya, buat sikit2 dulu, nak tengok OK ke tak... [cam tak caye ye, kebolehan pnIsteri ni]
Tak pun dia nak kata tak boleh, kot le, pnIsteri ni bukan leh caya sangat, suka buat pelik2, tak gitu.. batting eyelashes


Saya pun minta dia masukkan printer, kertas, sticker, paperbag ke dalam bilik.
Kat mana lagi ibu berpantang boleh duduk, atas katil la apa lagi....
Kerja2 ni saya siapkan 2 hari sebelum majlis..

Memang dah lama idea ni ada dalam kepala otak saya.
Sebelum Hafni lahir lagi dah plan nak buat gini, boleh? batting eyelashes


Prinnt la satu-satu paperbag tu..
Tapi tak banyak pun, mula buat 60 pcs je..
Ikut jemputan dan barang yang dibeli....
Walaupun ada sikit2 kotor [ink hitam] kat paperbag tu, boleh la puas hati.
Tercapai jugak hasrat nak buat camni...
Mission completed!


Petang tu, tatkala orang lain sibuk2 kat luar, saya culik anak jap bawak masuk bilik untuk misi kedua DIY.
Yang satu ni, penting juga untuk ada..
Kenang-kenagan untuk Hafni bila dia besar nanti, saya boleh tunjuk...

Projek kedua, frame Ucapan untuk Hafni...
Untuk lebih bermakna lagi, saya nak sangat cop tapak kakinya kat kertas ucapan tu...
Macam dalam buku kelahiran yang hospital Az-Zahrah bagi, ada segmen cop kaki baby.
enSuami nak buat awal2 tu, beria2 buka stamp pad dia, sekali dah kering daa..
Lama punya dari Sarawak lagi.
Sampai sekarang tak terbuat lagi.

Cuma untuk kenduri ni, memandangkan stamp pad dah tak leh guna, saya ingat nak guna watercolor adik ipar.
Hari kenduri tu, orang dok sibuk memasak kat dapur, saya dok selongkar almari kat dapur tu.
Seingat saya macam ada watercolor kat situ, masa saya kemas2 dulu.
Tapi tak jumpa plak, yang jumpa bekas nak bancuh watercolor.
Aik saya dah salah faham kot...

Ligat lagi otak fikir, nak guna apa ni, nak cop kaki anak.
Stamp pad xda, watercolor xda, apa lagi boleh pakai?
Tetiba teringat sesuatu dalam kereta.
Yes, yang ni boleh guna kot!
Selalu orang tinggalkan jejak bibir dia dengan lipstik, kan...
Saya ada lipstik!batting eyelashes

Cubaan hampir berjaya.


Tapi kira berjaya la jugak, sebab dapat jugak cop tapak kakinya..
Walaupun tak la lawa sangat...
Tapi asalkan ada, dah OK...

Adik ipar tanya, camna boleh ada kaler macam2?
Hehehe batting eyelashes
Lipstik pallet kan hado!!!


Macam ni la saya kerjakan anak saya untuk projek ni...
Buat semua ni, masa dia tengah menyusu.
Dia ralit sket, xda nak merap.
Tapi susah jugakla, dok gerak2 kaki dia, geli kot, hihihi batting eyelashes
Hasilnya.....................


Selesai sudah misi Umi.
Frame ucapan completed!

Petang sikit, selepas Asar, saya siapkan dulang untuk sesi cukur rambut.
Tapi bukan cukur pun, isitilah gunting rambut kot lagi sesuai... batting eyelashes
Mulanya saya hanya tau sediakan gunting, pencukur, dan bekas nak letak rambut anak nanti.
Hiaskan sikit dengan reben pink. [kebetulan ada dapat dari hadiah yang abang saya bawak]
Pastu Mak minta saya hiaskan sama kat daun pandan yang dia sediakan...

Baru saya tau, ada kena sediakan bedak sejuk [terendam dalam air-tunggu masa nak bancuh], dan sedikit bunga rampai.
Dalam mangkuk bunga rampai tu, ada duit syiling macam2, banyak.
Mulanya tak perasan, bila angkat mangkuk2 tu, yang bunga rampai tu pulak yang berat.
Rupanya sebab ada duit syiling.
enSuami kata, duit syiling tu akan disedekahkan kat budak2 yang ada.
Sebagai wakil jumlah berat rambut anak yang dicukur malam tu..
Oh baru tau....


Majlis mula selepas Isyak, tetamu datang.
Nasib baik kumpulan lelaki yang bermarhaban...
Kalau amek perempuan, mau 3-5 jam, nak berqasidah semua...
Sebab lama, tu yang Mak tak nak jemput yang kumpulan perempuan punya.
Kalau kat Kedah, Mak saya je la yang ada geng mengaji ni, ayah tak ada..
Selalu kenduri, geng2 Mak la yang baca doa selamat, marhaban, qasidah semua....
Berapa jam, dua jam je kot...
Lama2 kang lenguh kaki bontot semua duduk lama2, batting eyelashes


Lepas habis bermarhaban, anak pun dibawa Abinya masuk ke dalam liqa', bertawaf keliling lalu depan semua hadirin.
Asal anak Umi sorang je, pastu bertambah sorang2 kat belakang, batting eyelashes
Anak Acik Umi, Khaira dan anak Abang saya, Izu Azli pun bertawaf juga.
Saja ramai2, meriah sket....


OK, tiba masanya pakcik2 terhormat nak gunting rambut Hafni...
Nasib baik la masa ni, dia tidoq lena ja....
Orang boh bedak sejuk, gunting rambut pun tak jaga....
Kalau tak kang, susah la Umi, nak kena gendong dia.
Celik2 je, nak susu, kan ke naya....


Anak Abang saya yang no.2, Izu Azli...
Khaira, anak Acik Umi Nazrah...

Lepas selesai gunting rambut ketiga2 ahli syurga ni...
Majlis makan2 pun bermula.
Oh ya tapi, diorang semua tak makan la kat umah ni...
Tradisi kat sini kan kenduri malam, bawak balik rumah...
Maksud saya tradisi Nasi Ambeng...

Kami pun buat nasi ambeng jugak....

Tapi nasi ayam yang diambengkan, hee hee
Kami tempah 14 dulang.
Satu dulang harga RM50 dengan seekor ayam yang dibelah dua...
Satu dulang, boleh 5 keluarga makan.
Saya ada tanya gak kat enSuami, macamana ayam yang terbelah dua nak bahagi 5 plak kan?
Haaa, tu la seni nasi ambeng, ada la caranya...
Hek eleh, mentang2 la saya bukan orang Jawa...
Masa diorang dok buka2 nak bungkus dalam plastik, saya sempat la tengok, tapi tak gamak nak tengok sampai habis diorang bahagi2kan nasi tu, apatah lagi nak amek gambaq...
Malu kot...peghak ka pa pompuan ni kan...
Tak pun satni depa pikiaq, kami amek gambaq sebab tengok gaya depa dok bungkus makanan macam orang tak penah jumpa makanan plak, x ka naya....
Tengok sat ja, pastu terus pi sembang2 dengan orang lain...
Saya tak sempat nak merasa pun nasi ayam tu.
Tapi tau, memang sedap sebab Mertua dah penah tempah masa kenduri bulan puasa yang lepas.

Alhamdulillah, selepas semua tetamu dah balik, saya baru berkesempatan nak duduk kat depan, sembang2 dengan ahli keluarga saya.
Oh ya, Mak n Ayah kat kampung tak dapat datang, sebab Isnin 16 September, sepupu saya kenduri kawen.
Ayah saya nak pergi kenduri kawen tu, jadi Mak saya pun tak dapat nak ke sini.
Jadi yang datang, Abang no.2 saya, Bang Chiq, isterinya Kak Azida bersama dua hero, Iman Adli dan Izu Azli.
Turut bersama dengan dua orang adik saya, sorang Tahfiz Penang, sorang lagi dari UiTM Seri Iskandar.
Adik saya yang dari Setapak juga datang dengan kawan dia yang tinggal di Ijok.
Selepas selesai makan2, sembang, sebelum berangkat, ambil gambar dulu, untuk kenangan malam ni.
Dah la siap pakai baju raya tahun ini seragam tanpa berjanji pun dengan Kak Azida, alek2 sama....



Hohoho, masa ni Hafni dah mula merap...
Nangis serlopp dah...
Sampai ternganga mulut2...
Tengok la, sepupu dia pun pandang kat dia, tak pandang kat kamera.
Heran kot, awat dia gheyau, hee hee

Kenangan untuk Hafni Azzahrah, anak Umi Abi....

Yang ni je yang sempat Umi buat untuk Hafni...


Kalau ada rezeki lain kali, kita buat sama2 untuk adik2 Hafni plak ye..
Ooopsssssss hee heehee heehee hee

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers