Tuesday, 24 September 2013

Menu sepanjang berpantang, bosankah?

Assalamualaikum...

Hoho, cerita pasal makan2 masa berpantang..
Ramai yang kata tak syok kan...
Asyik makan yang sama....

Saya untuk makan tengahari, saya tak rasa bosan...
Tapi masa sarapan tu...

Masa awal2 dulu, tak dapat nak fikir boleh makan apa...
Jadi redha je la makan roti bantal hari2...
Mulanya tiap hari enSuami sapu Nutella.

Kadang2 roti gardenia, kadang2 massimo...
Saya rasa roti gardenia yang sedap.
Massimo dah tak kena tekak dah.

Sebab bijirinnya yang banyak tu, buat saya rasa pahit mulut.
Jadi, elok la bagi saya gardenia je..
Kadang2 sebab roti pun, saya boleh nak mengamuk dengan enSuami...

Sampai Ahad lepas, angin satu hari.
enSuami tak tau nak pujuk macamana...
Dia tanya, saya tak mau cakap.

Alek2, terpaksa la jugak cakap.
Kalau tak cakap, bukannya dia boleh tau sendiri...

Aiya, saya pesan kat dia beli buah, beli biskut Oat, beli susu kambing.
Dah dua hari dia lupa nak beli.
Saya time lengang, xda buat pape, mulut rasa nak mengunyah je...
Kadang2 boleh angin juga perut.
Makcik urut selalu kata saya tahan perut tak makan...
Jangan berlapar, makan ja, sikit2 tapi kerap, xpe...
Sebab kita menyusu anak memang cepat rasa lapar dan dahaga...

Bila saya cakap kat enSuami pasal hal makan, dia cakap kat saya
Sabarlah, sebulan ja nak pantang, tak boleh makan macam2...
Cepat je saya pintas...
Sebab ayang tak bole makan macam2 la, makanan yang ayang boleh makan kena ada kat umah. Orang lapaq tau tak? [dah nangis terus]
Lepas tu enSuami janji petang nanti [hari Sabtu] nak keluar pergi beli..

Pasal sarapan, saya minta la beli kuih2.
Tapi kuih yang saya minat xboleh sebab bergoreng, minyak.
Masa tu dapat terfikir, pau.
Pau kan kukus je, sihat la kan...

Pasal lauk makan nasi, saya nak tenggiri je lah...
Sebelum bersalin dulu, saya ada sediakan awal2, lauk untuk pantang seperti yang dirancangkan dalam entri lepas.

Saya ada beli ikan tenggiri...

Ikan senangin... 

Ikan merah..... 

Yang dah habis ikan tenggiri dan senangin.
enSuami kata ikan merah ada lagi, sebab masa awal2 tu Mak masakkan sup ikan merah.
Geli saya nak makan, satu hari ja saya bertahan...
Esok nak lauk lain ja, xmau dah...
Seba saya xmau masak sup, jadi ikan tu masih ada.

Goreng tak boleh ke, goreng........
Mana boleh goreng, ikan mahai2 nak goreng, buat sup ar...
[Buat muka tak puas hati]
Goreng, goreng, minyak tau tak minyak...enSuami saya bebel...
Ala orang lain makan ikan talang goreng masa pantang tak pa pun. Ayang orang Kedah OK, bukan orang Jawa!

Tak sempat kata pape, kami berdua tergelak...
Geram saya, ye la, mak saya, kakak, kakak ipar, pantang makan ikan masin goreng, tiap2 hari tak mati pun kan...
Macam tak da perbandingan lain dah yang sesuai...
Nak katanya xda efek buruk pun kalau makan yang bergoreng...
Ha, dengan dia xleh cakap mati2...
Jadi perkataan MATI tu ganti dengan TAK PA pun....

Menu pantang yang saya nak, mudah je.
Nasi putih, goreng ikan, bagi lada hitam yang ditumbuk.
Kalau nak bagi sayur kat saya, boleh rebus je sawi tu dengan sikit garam...

So, minggu ni, menu berpantang idaman saya terhidang!
Syok, tepuk tangan applauseapplauseapplause


Dua hari ni enSuami saya yang masakkan...
Senang kan, enSuami pun boleh masakkan...
Kat sayur tu pun, saya kata rebus je, xmau letak bawang2, enSuami rajin jugak dok tumis2...
Syoknya enSuami masakkan untuk saya...

Boleh tak lepas ni, saya pun masak macam ni jugak tiap2 hari?
enSuami nak makan tak dengan sabarnya sebulan, kekeke...ada bran?

Sarapan plak....
Cewahh, camna ntah enSuami boleh terfikir menu yang best untuk saya.
Dia belikan emping jagung Kellogs dan susu HL.
Tapi bila nak sarapan, xdapat susu segar tu.
Almaklumlah kena simpan dalam peti sejuk...
Sejuk2, orang makan tak leh makan plak.
Dah tu, enSuami bancuhkan saya dengan krimer manis.
Sampai ahti, bagi krimer manis kat saya, hukhukhuk....


Tapi kira bersyukur la, tak menghadap roti bakar sapu Nutella atau marjerin dengan gula lagi!
Kali ini sarapan mewah sikit ye...
Dan pau pun enSuami ada beli juga...

Mekasih Sayang!
Tak da la nak jemu2 lagi...
Harap dapat bertahan untuk 2 minggu lagi.
Sarapan pe lagi sesuai untuk saya?
Xleh fikir makanan apa yang boleh dimakan waktu berpantang, emmmmm

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)