Assalamualaikum...
UPDATE 27.9.2014
Makluman ini adalah susun atur sementara sebelum saya menetap sepenuhnya di rumah ini dan sebelum kabinet dapur siap sepenuhnya. Kini kabinet dapur saya telah berwajah baru. Untuk susun atur terkini boleh klik SINI
Sebelum bersalin dulu, saya sempat beberapa minggu melepak kat rumah.
Masa enSuami ke sekolah, saya sorang2 kat rumah.
Masa tu pulun sesiap nak kemas rumah.
Bila cat2 semua dah setle, saya mula kemas2 kat dapur.
Baju2 kat bilik, xkemas pun masuk almari.
Masih senang, biar dalam beg, sebab tak menyalin baju kat rumah tu pun...
Kat dapur je semangat nak kemas.
Sebab banyak sangat barang2 dapur yang ada dalam bilik stor sementara tu.
Selagi tak kemas barang2 dapur, selagi tu dok nampak semak.
Kadang2 memasak jugak kat dapur tu.
Jadi harus la keluarkan semua barang sebab nak guna semasa sesi masak2 nanti.
Perkara pertama mesti nak fikir bekas2 rempah.
Nak letak kat mana senang nak amek?
Senang nak susun serentak semua pada satu tempat.
Saya perlukan rak!
Tapi malangnya, saya tak da langsung rak plastik tu.
Nak beli?
Xkot...
Macam tak padan nak beli baru.
Sebab akan datang, bila ada pintu kabinet [insyaAllah] rak rempah ni dah tak digunakan lagi.
Jadi jangan nak membazir pada perkara yang sementara sahaja.
Tetiba saya teringat rak sabun bilik mandi yang saya guna masa kat rumah sewa.
Saya rasa, ia sangat sesuai untuk projek DIY saya, rak rempah ratus!
Jadi, ini la gambarannya bila dah siap.
Saya guna letak salotape jernih tu je..
Tapi alhamdulillah kukuh juga.
Cuma yang sebelah satu lagi je, asyik runtuh.
Sebab.......
Tempat sangkut kain tuala tu, senget sket.
Saya dah cuba nak betulkan, tapi almaklumlah besi, gerak sket je, tapi belum cukup untuk samakan kedudukannya.
Mulanya saya pasang juga bagi lurus elok, seiring dengan rak sebelah.
Esoknya datang, dah terbalik pulak...
Saya ingat salotape tak kuat.
Tambah lagi salotapenya.
Tapi esok jatuh lagi...
Dah tu, saya agak la, sebab kaki dia senget, jadi dia tak boleh berdiri dengan baik...
Akhirnya saya tukar la, biar dia senget tak pe, asalkan kukuh.
Nampak kan senget tu?
Ketahanan tu bergantung pada kedudukan kaki rak tu.
Selepas tu, kami sempat ke IKEA, beli rak serbaguna yang ditunjukkan hari tu.
Lepas tu syok la susun2 semua barang2.
Rak ni pun kegunaan sementara juga.
Saya harap sangat, bila ada kabinet nanti, ruang storannya mencukupi dengan barang2 yang saya ada ni...
Walaupun sedikit gusar, dengan keadaan saiz kabinet yang terhad.
Harap muat la nak simpan barang2 ni...
Kalau tak, saya kena lebih berkreatif la untuk memanfaatkan ruang yang ada demi menyumbat semua barang yang ada, hohohoho...
Lepas rak ni dipasang, saya terfikir keadaan yang lebih realistik.
Memandangkan rak yang satu lagi tak berapa nak stabil, dan nak elak botol2 kaca rempah tu pecah, lebih baik ambil tindakan bijak terlebih awal...
Kebetulan ada lubang ekstra kat rak ni, saya tanya la enSuami, boleh tak nak pasang rak tu kat sini?
Dia pun kebingungan awalnya.
Saya cakap guna plastik skru tu la untuk tambat kat lubang ni...
Maksudnya jadi macam ni...
Bila kita drill dinding kan guna plastik ni untuk sumbat skru.
Pastu enSuami ada yang skru penyangkut tu [apa nama betulnya, xtau la]
jadi dia sumbat penyangkut tu dalam plastik tadi.
Pastu saya sendal plak lubang tadi dengan skru.
Jadi, alhamdulillah nampak kukuh.
Nak yakin sket, xmau nampak senget, saya bubuh sket salotape... [sementara je]
Try test letak botol koca yang berat tengok, jatuh tak...
Tengok OK je, Ok la kot.
Misi selesai!
Masa ni rak ni masih kosong lagi.
Esok2 tu, kerjanya menyusun la sampai penuh...
Dan menjadi macam ni....
Para atas sekali, saya letak acuan2 biskut, kuih-muih. Pewarna, perasa dan manik2 hiasan. Tipuware kosong yang belum digunakan.
Para kedua, saya letak semua jenis tepung, atau stok makanan kering.
Para ketiga, letak periuk dan set mangkuk kaca berpenutup dan bekas stok bawang.
Para bawah sekali, kotak2 barang, dan juga barang2 yang belum dikeluarkan dari kotak.
Buat masa ni tak guna lagi, biar je la dok dalam kotak...
Ok dah lapang sikit, dalam bilik stor tu...
Ini sahaja barang2 yang nak guna hari-hari bila dah mula menginap di rumah nanti.
Yang lain2, akan keluar mengikut keperluan...
Masih nomad di rumah mertua sepanjang berpantang ni...
Kerja mengemas menanti bila dah masuk rumah nanti.
Sila bertabah dari sekarang, hehehe....
UPDATE 27.9.2014
Makluman ini adalah susun atur sementara sebelum saya menetap sepenuhnya di rumah ini dan sebelum kabinet dapur siap sepenuhnya. Kini kabinet dapur saya telah berwajah baru. Untuk susun atur terkini boleh klik SINI
adui..sukanya tengok kemas gini...banyaknya rempah awak..hehe seronok masak kan ;}
ReplyDeletep/s rasanya plastik sangkut skru tu namanya wall plug..
Fizah, wall plug eh, hehe. baru tau, nanti boleh la ingat guna nama wall plug..
ReplyDeletebanyak ke rempah, xda la sket je.. keperluan biasa utk memasak...
Mekasih ye.. =)
kemasnyer... teratur btol ye...
ReplyDeleteAssalam.. kemas je tgk.. nak tanya rak besi letak rempah tu beli kat mana?
ReplyDeleteDayang, rak besi tu beli kat econsave kat bahagian peralatan bilik mandi, guna utk sementara je ni..heee
ReplyDeletenak jimat katakan...
Assalam sis. mana cari botol letak rempah2 tu? mcm botol jem je.. beli kosong or recycle ye?
ReplyDeleteCantiknye awak kemas.. :)
ReplyDeleteKemasnya.....Suka tengok.
ReplyDeleteRingkas dan kemas...I like
ReplyDeletehttp://www.ainbeautifulhouse.blogspot.com
wah.. sy suka sy dapur simple cmni tp kemas..
ReplyDelete