Assalamualaikum...
Hari Isnin semalam, saya dan enSuami mula bawa baby ke Klinik Kesihatan Tanjong Karang untuk pemeriksaan harian.
Kali ini kali pertama berurusan di klinik tersebut.
Saya pun kekok.
Makmal dia depan kaunter pendaftaran je...
Meja nak suntik, kat luar depan orang ramai.
Patutnya ada la satu bilik khas untuk bilik suntikan...
Xsesuai langsung...
Dah tu letak buku atas meja, tunggu lama, baru nurse datang nak amek darah.
Kebetulan pagi semalam, saya pakaikan baby seluar yang siap sarung kaki tu..
Sekali nak cucuk amek darah kat kaki la plak...
Alamakkkkk...
Kena la buka seluar anak dulu, adeh.
enSuami tolong bukakan.
Kalau kat hospital, amek kat tangan je, macam amek darah orang dewasa.
Baby tak nangis pun.
Tapi kali ini, Allah!
Teruk sangat nangisnya...
Dah tu nurse tekan2 tapak kakinya, darah tak keluar banyak....
Lama la dok tekan...
Nak mengalir air mata kita yang tengok ni..
Anak sakit kena cucuk nak amek darah.
Ditahan2 air mata supaya tak menitis...
Selesai separuh tiub tu, terus bawa baby masuk bilik penyusuan.
Kat situ, cuba tenangkan dia dengan bagi susu.
Senyap la sudah, sambil dok kesan suntikan tadi.
Hiba hati, macam ni rupanya perasaan ibu2 yang sedih bila tengok anaknya sakit, macam selalu yang diwar-warkan..
Hari ini baru rasa perasaan itu.
Huh, pedih!
Tetiba nama saya dipanggil lagi.
enSuami yang bangun ke kaunter, konon nak amek result dah la masa tu.
Sekali nurse kata kena amek lagi, sebab darah tadi dah beku sebelum disaringkan.
Hahhhhh?
Tak sanggup dah nak bagi baby menangis lagi.
Memang nak lari dah masa tu.
Saya kaku kat situ, tak nak bergerak ke meja suntikan.
Tapi enSuami pujuk pi jugak, sebab ni Sister bukan nurse muda macam tadi.
Mungkin lebih pengalaman, lain caranya.
Saya dah geleng2, sambil tarik muka ke meja.
Perasan juga la orang dok tengok perangai saya kat klinik tu.
Mana sanggup kau nak tengok anak gheyau serlopp lagi kan....
Sabaq je la...
Kesihatan anak, tapi dia pun boleh sakit jugak.
Pasrah je la kena cucuk buat kali kedua.
Bagi kaki kiri la plak..
Pastu Sister ni urut2 dlu kaki baby, kasi merah lagi, sebab kebetulan kaki dia sejuk sangat masa tu.
Mesti sebab dok dalam bilik penyusuan tadi, aircond dia kuat sangat.
Saya yang dewasa ni pun pedih hidung mulut bila sejuk sangat.
Kali ini dia menangis juga, tapi mujurlah proses tu tak lama.
Sister tu pun cepat je dapat penuhkan tiub tu dengan darah.
Komennya, darah baby tak banyak.
Susah la sket nak amek, orang lain cepat je penuh tiub ni...
Ermmmmmmmmm.
Lamanya menunggu.
Pergi dalam 9 lebih, kol 12 jugak baru nak setle.
Ingat amek keputusan je...
Rupanya kena jumpa doktor sekali...
Masuk bilik doktor je, saya terkejut, eh Dr Aimi?
Dr Aimi ni dulu cek perut saya kat Klinik Kuala Selangor.
Tetiba plak ada kat Tanjong Karang kan....
Masa jumpa doktor ni, baru tau resultnya.
Keputusan bilirubin 208.9
Doktor kata OK dah ni, sebab dah menurun.
enSuami pun masuk sekali, banyak plak soalan dia tanya.
Nak tahu lanjut, first time kan.
Risau tu takyah tanya ar...
Harap sangat kami segera bebas dari kuning ni...
Xda la tiap2 hari nak risau pasal kuning je kan....
Hari ini Alhamdulillah, bacaan bilirubin turun lagi.
184.6...
Doktor kata esok xyah datang, selang 2 hari baru cek lagi.
Maknanya Khamis ni baru ke klinik semula.
Eloklah tu, enSuami pun dah mula sekolah esok.
Lega sangat keputusannya menurun dengan baik sekali, ayat Doktor OK.
Mudahan anak Umi n Abi bebas kuning dengan baik dan sihat walafiat..
Tak sabar untuk perkembangan seterusnya.
Nama, Alhamdulillah enSuami dah decide.
Tapi keksngan masa, belum daftar kat JPN lagi.
Katanya esok nak keluar awal sebelum ke sekolah untuk ke JPN.
Mudahan confirmlah nama yang dipilih.
InsyaAllah yang terbaik untuk anak Umi dan Abi.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)