Search This Blog

Thursday, 25 February 2010

Apa yang Disibukkan tuh? sibuk pun xboleh kh tulis cikit kat shout box tu, hmm

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tarikh : 26 Februari 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Padang Council Home

Untuk sambutan ni, Nabilah sebagai SU kepada En Azemi, kena la join meting. Bila meting sambutan ni, Nabilah sorang ja perempuan. Buat minit mesyuarat. Pas2 kalau ada perlukan surat, Nabilah kena take note la, untuk buat surat. 1st skali dulu, buat surat kepada MPKj dan JKR untuk mohon barang2 teknikal seperti pentas, khemah pentas, kerusi hadirin, khemah hadirin, PA system, lampu, kipas dan bunga pentas.

Untuk yang kedua, surat untuk jemputan tetamu kehormat. Yang macam hari2 la, JAIS, Balai Bomba, Balai Polis, Kelab Penyokong PAS, AJK Surau dan Masjid, YB Teo (DAP) dan lain2 lagi la.. So sekarang peringkat hebahan. Banner dah siap. Handbill pun dah ada. Tunggu majlis sahaja dan kelengkapan teknikal yang xdapat disediakan oleh pihak MPKj sebab bertembung dengan program lain. Hal2 berbangkit camni, En Azemi la yang uruskan. Nabilah xreti sbb xkenal org2 kat sini.


CERAMAH UMUM PERDANA


Tarikh : 3 Mac 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Desa Baiduri, Balakong
Panel : YB Dr Shafie Abu Bakar, Hj Mohd Sabu & YB Abdullah Sani

Dalam ceramah umum ni, akan diadakan diadakan setiap bulan. Penceramah2 yang terlibat ni, kebanyakannya, Nabilah dah contact dari tahun lepas lagi. Kecuali kalau ada perubahan jadual di saat2 akhir, En Azemi yang buat, Nabilah dah xsempat dan terlepas pandang pasal ni. En Azemi pun, xtanya Nabilah, untuk buat itu, buat ini. Kalau ada pun, surat jemputan la..

SO U THINK U CAN SING (SOUTUCS) ?

Tarikh : 6 Mac 2010
Masa : 10.00pg - 1.00 tgh
Tempat : Bilik Seri Cempaka, PKNS

So U think U can Sing? Hohoho, ini adalah idea NISA' dari peringkat negeri. So kami di peringkat kawasan Serdang perlu la buat audition dulu, untuk memilih wakil yang menang di peringkat Serdang menjadi peserta di peringkat negeri. SOUTUCS Negeri Selangor akan diadakan pada 21 Mac 2010. So NISA' Serdang bercadang untuk buat audition ni selama 2 hari. Tapi hari kedua tu akan mengalami pertindihan AJK sebab kami (Lina, Nada, Nabilah) akan terlibat dengan TOT Lead Camp. Nabilah plak akan bertindan dengan Seminar Masyarakat Majmuk. Tapi Kak Shida (Pemangku Ketua Nisa' Serdang) macam bersemangat nak ON juga hari kedua di BTHO. Kami bertiga plak, sangatlah berdoa, yang LEAD Camp itu akan dibatal @ ditangguhkan dulu tarikhnya. Amatlah xbest LEAD Camp tu.

So dalam SOUTUCS, Nabilah terlibat dalam Unit Pendaftaran dan juga merangkap 'CameraGirl' pada hari program. So persediaan awal ni, join meting dan menyediakan borang pendaftaran untuk diisi oleh peserta2 nanti. Poster ni, Fiza yang buat. Macam kebiasaan la, pandai sangat dok mengedit gambar kt FB, so Natrah minta tolong dia. 2 malam lepas meting, Natrah xdatang, dia ada di UKM. Tunggu Us Odeng. Kaki bengkak dan kejang plak dat time. Dia sibuk nak present viva master, so kena pi UKM la selalu, nak jupa Prof Umar untuk dapatkan nasihat.

Al-Hamra' pun nak hantar wakil, tapi berkumpulan. Nak nyanyi. Tapi Fiza la solo, dia suka sangat menyanyi kat umah. Yang lain2 nak shup..shuaa.. Nak nyanyi lagu pa ntah? Natrah bg idea Lagu Gemuruh. Nabilah nak Baik2 Sayang. Fiza kata xmau la yg slow motion. Amek lagu PakLong la nak rock, bawak gitar skali. Baru rock, cayalah!!! Hohoho, tipu je semua...

 

 


SEMINAR MENDEKATI MASYARAKAT MAJMUK


Tarikh : 7 Mac 2010
Masa : 8.30pg - 1.00 tgh
Tempat : Bilik Seri Cempaka, PKNS
Panel : Ustaz Mohd Fitri Abdullah & Saudara Daniel Hakim Boey (MACMA)


Dalam Portfolio Penerangan Mini Kabinet Bangi bekerjasama dengan Penerangan Muslimat telah bercadang untuk mengadakan seminar ni. Tujuan seminar ni diadakan adalah untuk membantu masyarakat memahami agama dan budaya masyarakat majmuk serta mengetahui strategi mendekati non-muslim. Program seminar ni, diadakan secara tertutup. So xda la banner atau handbill. Hebahan melalui surat, emel dan sms di kalangan ahli-ahli cawangan dan kawasan dan juga orang kampung di sekitar Bangi.

Dalam ni, Nabilah jadi SU jugak. Tapi xbuat pa2 pun, tolong turunkan tandatangan pada kertas kerja dan surat je.. Yang semua tu, Kak Haslina (Penerangan Muslimat) yang buat. Tapi jangan keliru dengan Haslina yang NISA' tu. Mereka adalah individu yang berlainan. Kak Haslina ni dah 40 tahun ke atas, jadi xleh join NISA'. Yang Haslina NISA' tu, kitorg panggil Lina, muda setahun daripada Nabilah. Sebaya dengan Nada la kiranya.

Sekarang ni adalah masa untuk follow up dengan SU Cawangan dan Ketua Kampung kerana kami telah mensyaratkan setiap cawangan untuk menghantar 4-5 ahli sebagai peserta seminar ni. Datang hantar wakil je, mai dengaq ja pun. Tiada bayaran dikenakan. Sebab kita nak bagi ilmu nih!


LEAD CAMP

Tarikh : 13 & 14 Mac 2010
Masa : Pagi sampai petang sampai malam
Tempat : Nur Bukit Unggul, Sg Merab

Adoi, malas betul la nak cerita pasal LEAD Camp nih!


LESTARIKAN INISIATIF IMEJ SELEKTIF

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers