Search This Blog

Friday 2 October 2015

RESEPI : Butter Prawn aka Udang Goreng Mentega

Assalamualaikum...

Udang ni sedap dimakan..
tapi tak tahu resepi apa yang sesuai dimasak...

Kalau sotong tu, mesti nak goreng tepung..
untuk udang, selalu buat cucur udang ke, char koteow ke..
kalau bab lauk, lemah la sikit...

Tapi kalau ada petai, memang kena la nak buat sambal udang petai kan...
kalau arwah ayah, ada udang besaq, selalu minta Mak masakkan gulai/kari, dan ada juga nangka muda..
perghh tu baru kena selera...
tambah sambal belacan lak, nyummmm

Semalam baru je try udang masak kari.
dok rasa ralat juga, tak ada nangka muda..
mana nak cari tak tahu..
kat sini belum jumpa lagi ada orang jual nangka muda..
mungkin tak cari betul2, jadi tak perasan sangat..
lain kali la cari tengok nangka muda..
dah lama tak makan nangka buat gulai, emmmm

Balik kampung hari raya haji minggu lepas, saya ada masakkan butter prawn..
untuk kali yang ke berapa, saya pun tak ingat..
nak hampir 5 kali juga kot, cuba masak butter prawn ni...

Sejak saya jumpa signifikan baru antara pavlova dan butter prawn ni..
kerap juga la masak masakan ni..
ada udang je, butter prawn, ada udang je, butter prawn..
sampai enSuami tanya, tak ada masakan lain ke?
hehe hihu huhuu

Ala, selagi tak jadi sarang tu, selagi tu nak buat.
aci dak?


Akhirnya kat kampung, baru nak jadi sarangnya...
bagi saya macam dah jadi lah kot...??
cuma tak sehebat restoran/hotel buat lah kan...

Kalau nak bandingkan hasil yang sebelum ni, jadi berketul2...
walaupun gayanya dah ikut arahan...


Ini cubaan yang ke-3 ke berapa entah..
hasilnya masih berketul2..
tak jadi halus macam tadi..
sebab tu saya rasa, saya belum berjaya untuk buat sarangnya tu...

Oh ya, walaupun nama butter prawn..
tapi boleh je guna marjerin..
setakat ni, saya hanya biasa dengan Planta dan Daisy..
yang berjaya tu, guna Planta..
kan buat kat kampung, Mak saya kan memang pengguna tegar Planta..
balik raya lepas, tengok ada 3 tin bekas Planta..
sebab kali ni Mak saya buat biskut raya setelah lama tak buat...
guna Planta buat biskut raya lettew...

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn

Sarang Telur: 
2 biji kuning telur 
1 senduk butter/margerin 
1 cawan minyak masak

Cara-cara:
  1. Pukul ringan kuning telur.
  2. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak.
  3. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
  4. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  5. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi2 dari atas kuali.
  6. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis.
  7. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.


Udang: 
12 ekor udang 
Sedikit garam Sedikit lada sulah 
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang 
6-8 tangkai cili padi - dihiris 
5 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair/susu segar 
Sedikit butter/margerin untuk menumis 
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka 
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak.
  2. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi. 
  5. Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  6. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
  7. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. 
  8. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam. 
  9. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.


Walaupun resepinya 2biji kuning telur, tapi saya guna 4biji..
sebab 2biji sikit sangat, tak sempat telur nak bertali masa tuang tinggi2 tu, dah habis daa..
kalau buat 4 biji, putih telur tu boleh buat pavlova, lalalala....
minyak n marjerin/mentega tu sama ja sukatan..

Cuma kebetulan masa di kampung, masak kalut2, cemas2 tak berapa nak ready mental fizikal, saya tak ingat butir resepi yang tepat..
main buat je, ikut kebiasaan..
letak 1 senduk bulat minyak masak, letak Planta 1 senduk nasi..[tak berapa pasti sukatan]
kemudian masak macam biasa..
yang saya perasan hasil buih2 tu tak sama seperti yang saya buat sebelum ini...
dah cuak la jugak, ingat tak jadi daa..
dalam hati tu, habis la butter prawn tak jadi..
baru nak hidang special untuk family..

Tapi bila tapis telur tu, minyak dah turun ke bawah...
wowwwwwwwwwwww...
hasil yang tidak disangka2...
sarang2nya halussss2 je...
macam jadi je, macam jadi je...hee

Untuk masak udangnya, tak susah pun..
cuma masa goreng udang tu, saya guna minyak yang sama masa goreng telur tadi..
kasi ada rasa butter tu...
lepas goreng udang ni, baru saya buang minyak tu..
untuk tumis baru tu, guna marjerin yang baru..
kalau tak ada susu cair, saya belum cuba lagi..
setakat ni, stok susu cair selalu ada, sebab dah suka buat aiskrim sendiri..
nak guna ni pun, sikit je, 1/4 cawan..
kalau tak ada, tak effect sangat kot..
hanya nak bagi creamy je pada udang tu..


Ini hasil bila, susu cair banyak sangat, kuikui..
kuahnya jadi pekat la, dan berair [ada kuah]
sesetengah orang suka kering..
so kalau tak ada susu cair pun no problem kot...

Kalau tak ada sarang pun boleh masak udang ni..
just makan udang yang bertumis tu je la..
yang bezanya pada sarang tu je...
kalau ada, jadi la butter prawn.. [kot??]
kalau tak ada, jadi udang tumis mentega la kot..
memandai je kan, heeee


Bila dah siap masak udang, boleh tabur sarang atas udang tu..
siap untuk dihidang..
sedap dimakan masa panas2...

Masa kat kampung, terlupa nak snap masa hidang..
so tak ada gambar yang ready to eat..
ada gambar udang dah siap masak je....
dan sarang yang jadi kat atas tadi..


Lepas ni dah tak mau masak dah butter prawn, yeh!
Merdeka!!!


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers