Search This Blog

Wednesday 7 October 2015

Dua hari cuti sebab jerebu...

Assalamualaikum...

Walaupun sekolah diumumkan cuti dua hari, Isnin dan Selasa..
tapi korang tengok la sek enSuami saya...


Haaa, full house gitu...
enSuami cakap, situasi macam hari2 sekolah je, kereta penuh..
masa ni pagi Isnin, kami baru balik dari rumah mertua..
enSuami nak singgah sekolah hantar buku ringkasan pelajaran tu...
so di sini lah saya sempat ambil gambar...

enSuami pun tak sangka, sekolah dia penuh macam tu..
dia je baru nak datang sekolah...
saya tak tahu la nama spesifik kerja diorang ni..

Tapi yang pasti kerjanya mengisi borang (online), cetak, tampal, apa lagi tak tau la..
katanya format tu berubah2 tiap2 tahun..
sebab tu orang jadi haru-biru tu..
kalau ikut cara lama, salah..
nak ikut cara baru tak faham pula...
katanya Pengetua yang pergi kursus tu..
pastu cetak handout tu je bagi ke semua guru..

Yang menjadi masalah bila bidang guru berlainan..
jadi gaya format tu, tak boleh nak ngam dengan bidang guru tersebut..
kawan2 dia yang lelaki ada juga pagi tu dalam bilik guru..
masing2 bincang, berkongsi idea, saling tunjuk-ajar kawan2 yang tak faham..

Jiran depan rumah, kata nak pergi sekolah sebab nak klip kertas exam PT3 pulak..
macam2 juga la kerja diorang...

enSuami saya buat kerja di rumah...
kalau ikutkan nak je nyahkan dia ke sekolah, wakakaka...
orang lain buat kerja pergi sekolah, buat dengan kawan, sharing sesama..
dia bertapa sorang2 kat rumah...

Kalau ditanya, tak yah pi sekolah ke, kawan2 buat kat sekolah..
dia assumed orang yang ke sekolah tu, tak ada internet kat rumah kot...
internet kat sekolah pun bukan laju sangat...
kalau ramai2 pakai, lagi la slow..
kat rumah ni pun, kadang2 slow je internet nye..
tengah dok isi online, internet buat hal, website tak leh masuk, memang nak dapat halwa telinga la masa tu, mulut tu pfft*&^%$#@! [:P]

Bangun2 pagi tadi, ni la pemandangan yang mata dapat bila keluar dari bilik tidur...
celik2 je nampak gini....


OK, ni fasa ke3 dah ni..
fasa pertama kedua dah jadi minggu lepas...
hari ni je sempat nak snap...
tu pun dah cakap kat enSuami suh kemas sebab nak sarapan...
sebab tu ada muka dia tu, tengah dok snap, dia mai duduk..
nak larang pun kang dah suruh kemas tadi...


Tak ada kerja ronyok2kan kertas tu...
kalau tak ronyok pun, boleh je lempar ke bawah, kalau dah conpem tak guna..
tapi saya tau n faham sangat...
tengah buat kerja, ada masalah, tak jadi ke pe,
konyok2kan kertas adalah salah satu terapi untuk hilangkan stress...
kalau nak tengok orang stress tak stress tengok cara dia ronyokkan kertas lah...

enSuami saya, kalau kerja melibatkan komputer, dan berformat ni..
memang senang sangat nak buat dia stress...
orang laki kan jenis hentam je janji siap...
bila cikgu pompuan buat kerja kemas2, cantik2, terlebih rajin..
Pentadbir pula suruh ikut macam 'cikgu rajin' tu buat...
haaa mula la dia bebel, tak ada kerja la, cikgu pompuan ni... [marahkan orang lain yang rajin]
saya dah banyak kali cakap kat dia, pompuan memang buat kerja terbaik punya..
cantik, kemas, efisyen tu kepuasan bagi orang pompuan walaupun kerja tu leceh/rumit/banyak step...
orang pompuan tetap nak buat..sampai dia puas hati...
orang laki boleh la buat kerja tangkap muat je... [OK, mungkin enSuami saya je]
emmmmmmmmm, [sambil buat muka, WhatEver!, kuikui]

Sejak meja makan dah letak di ruang makan, meja ni jadi meja kerja..
masa makan jadi meja makan...
walaupun separuh meja, masih ada laptop, printer dan kertas2....
bila mai je musim enSuami kena buat laporan macam ni,
mula la rasa, adoi tak sabaqnya nak pi beli meja study/kerja untuk dia...
jadi macam ni sebab tak ada meja kerja sendiri...
terpaksa la guna meja makan dulu...
nasib baik baru bertiga, kan...

kerusi yang ada bangku hijau tu buat Hafni duduk masa makan...
dah tak ada bangku khas untuk kanak2, kita buat cara kita la...
Hafni sekarang memang nak makan suap sendiri..
so gitu la idea yang Umi dapat fikirkan, ngehngeh....


Memandangkan meja makan dah full dengan kerja enSuami,
saya pun pindah semula ke meja sendiri...
kalau boleh elak dari stay kat sini memang nak elak la..
sebab kalau dalam bilik ni, gelap sikit..
jadi memang kena buka lampu, kipas semua...
kalau di ruang tamu tu, boleh buka kipas aje..
jimat elektrik sikit...

Tapi apakan daya, Umi pun ada kerja nak menghadap laptop.
Bangun2 pagi, Hafni masuk bilik ni cari saya...
celik2 mata je dah mengemas sudaa...
anak oi anak oi....
layankan aje la...
memang tiap2 hari, itu la kerja dia...
mesti nak naik atas meja, buka laci2 yang ada...

Suka sangat nak naik atas meja ni..
main keychain yang digantung tu..
habis ditolak ke kanan ke kiri..
selalu susun, jarak sama2 aje...
kalau nampak susunan dah semacam dah tu, mesti Hafni punya kerja lah..
geram kot tengok Umi susun banyak2, cantik2 kat situ, iskkkkkkkkk
hahahaha....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

1 comment:

  1. bagus jugak idea guna bangku hijau tu. bila anak dah besar tak payah fikir kat mana nak simpan kerusi kecik tu....

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers