Monday, 13 October 2014

PPKS anjur perlawanan Pentanque


Assalamualaikum.
Semalam ikut enSuami ke stadium Kuala Selangor.
Ala stadium ni sebelah taman je, bukan jauh pun.
EnSuami cakap, ada main Pentanque kat stadium.

Saya pun ikut je la.
Bajet sekolah dia saja2 buat sukaneka.
Ingat cikgu-cikgu je ada, bila sampai, tengok student pun ada.
Ramai betul yang datang.


Kami dah tentu tidal pandai bermain.
Saya pernah sekali pegang bola ni selasa di matrikulasi.
Riadah petang je, bukan wakil matrik pun.
Main golek je, tak tahu langsung tentang peraturan permainan ini.

Jadi, masa sampai awal2 tu, warming up dengan Ilmu permainan ni dulu.
Lama juga la praktis sehingga faham Cara bermain yang betul.
Kalau hebat lagi, boleh cantas bola pihak lawan.


Student yang lain pun sibuk praktis kemahiran masing2.
Lama dah main, majlis belum mula lagi.


Daripada tak pandai, dah boleh main.
Lama menunggu, jadi bosan pula.
Saya pun ambil peluang bergilir dengan enSuami untuk main.
Kita pun nak merasa juga main kan..

Apabila pertandingan mula, baru saya tahu pertandingan diadakan Untuk pencarian bakat-bakat baru.
Nak cari pelapis lah ni.
Salah seorang cikgu sekolah ni, wakil negeri peringkat kebangsaan.
Bola dia tu berharga RM800++.
Tertelan air liur saya mendengar harganya.
Baru hajat di hati ingin memiliki, konon nak buat sukan riadah untuk keluarga.

Hafni hanya memandang, berjalan, menangis, kemudian dia mengantuk.
Elok pertandingan nak mula, enSuami hangar saya balik untuk tidurkan Hafni di rumah.

*Update 17hb Oktober, enSuami terpilih untuk wakili Kuala Selangor, pertandingan peringkat negeri hari Rabu, 2 minggu lagi. Tahniah ye, chayok hihi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)