Thursday, 2 October 2014

Dapur Effegi kena tukar motherboard baru...

Assalamualaikum...
Pagi Isnin nak sarapan, nak nyalakan api.
Knob dapur tu tak berfungsi seperti biasa.
Selalu bunyi tup tup, bunyi starter nak nyalakan api.
Tapi pagi tu tak bunyi apa-apa..
Kalau biar lama, boleh rasa bau gas keluar.
Tengok tong gas macam ada lagi.
enSuami kata bateri habis kot.
Pergi cari bateri baru dalam bilik.
Dah tukar pun tak juga menyala...
Aiii, cuak juga kalau rosak.
Nak masak dengan apa ni...
enSuami cuba dengan mancis pula.
Nasib baik dengan mancis, api menyala.
Maknanya, gas tak habis, dan bukan bateri juga.
Ini macam dapur yang rosak ni....
Lepas sarapan, dalam jam 10 pagi tu, telefon ke kedai The Hauz.
Ohh, bukan telefon kedai, telefon salesman tu, Tan.
Masa beli tu, simpan kad nama, resit, manual, waranti, semua ada lagi simpan.
Walaupun Tan tak bekerja hari tu, tapi saya tanya la juga boleh tak nak tanya pasal dapur?
Yelah, orang tengah cuti kan, ni tanya pasal masalah kerja, serba salah la juga.
Tapi dia OK je...
Saya pun cerita la semua.
Lepas dengar semua tu, semua maklumat nama, alamat rumah, no telefon, dan model dapur, kena hantar sms kepada Tan semula.
Saya pun taip la semua, dan send kat dia.
Tak lama lepas tu, dia telefon semula, untuk tanya pasal kad waranti.
Tan cakap, dapur tu ada waranti 2 tahun. [rasa macam 1 tahun je, ntah enSuami salah dengar kot]
Dalam tempoh seminggu ni, orang servis akan datang rumah.
Dalam hari Rabu, ada orang telefon.
Tanya rosak macam mana, enSuami je yang cerita.
Tanya lokasi rumah semua, terus janji esok pagi dia sampai untuk servis.

Sebelum 10.30 pagi dia dah sampai.
Saya dah siap2 masak nasi n gulai ikan.
Mana la nak tau, kang kena angkut dapur ni, atau kalau kurang pun ambil masa yang lama untuk servis.

Sampai2 je terus buka skru semua.
Katanya motherboard rosak kalau starter tak berfungsi.
Motherboard? enSuami terkejut, dapur pun ada motherboard?
Memang canggih betoi ni, hahaha....


Memang dia datang tukar terus dengan motherboard baru.
Katanya lubang api saya ada yang tersumbat.
Sebab dapur saya, ada 4 peringkat nyalaan api.
Paling kuat api antara model Effegi yang lain, tapi sangat sensitif.

Saya assumed yang sebelah kiri la, heavy duty kan...
Sebab semua aktiviti menggoreng guna sebelah kiri.
Memang nampak la, ada minyak bertakung dalam motherboard tu, huhu....

Tips hari ni:
  • Jangan biarkan kuali berminyak [terutama bahagian bawah kuali] lama di atas dapur.
  • Elakkan minyak meleleh masuk ke dalam lubang api.
  • Boleh bersihkan dapur yang bahagian dalam dengan membuka skru pengunci dan bersih dengan air dan keringkan sebelum pasang.
  • Bahagian dalam hoob juga perlu dicuci 6 bulan sekali jika penggunaan kerap setiap hari. Bersih dan keringkan sebelum pasang. Hoob yang bersih, dapat menyerap bau masakan dengan berkesan [sebab arang yang digunakan dalam hoob bertindak untuk menyerap bau].


Arang tu memang dalam list la nak letak kat kawasan dapur ni.
Nak menyelit2 dalam pasu, 2in1, boleh deko sekali.
Tapi belum ada kesempatan nak berdeko kat dapur.

Alhamdulillah dalam 15-20 minit je proses servis ni.
Dan disebabkan waranti masih ada, servis kali ini percuma.
Kalau jadi lagi, cas RM 80 untuk servis macam ni.

Macam tu ye cara servisnya.
Kalau rosak, telefon orang, orang datang servis.
Tak perlu nak usung dapur kita ke hulu ke hilir, hehe...

Effegi n Rubine, satu mak bapak, maknanya satu kilang.
Hood Effegi waranti 10 tahun. Rubine 5 tahun.
Siapa ada masalah dengan jenama Effegi, Latina, Primo, Posse dan Rinocon, boleh hubungi talian

HOTLINE : 1 700 81 6283
atau
EN JUMAADI : 012 313 9118
enJumaadi ni yang datang servis rumah saya.
Technician, dia seorang je kat service centre tu.
Hardware & Sanitary Division namanya...
Oooooooooooooo baru tau ada servis cenggini, heeeeeeeeeee.

2 comments:

  1. Nabilah, kalau sumbat boleh hantar ke.kedai motor ke tungku tu? Suh tembak dengan pam tayar ke...Dapur sekarang api paling kecik dah tak sekata.. Teringat zaman rumah sewa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, dapur rumah sewa dlu, teringat zaman bujang kita. bwk p kedai motor depan umh tu..

      Yg ni sbb xtau rosak apa, first time kan.. Nanti klu nmpk api kuning tu, boleh la bwk pi kedai motor utk cuci supaya motherboard xrosak lg..hehe..

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)