Sunday, 26 October 2014

Latihan akhir sebelum pertandingan

Assalamualaikum..
Hari tu kan saya ada bagitau ensuami terpilih Untuk pertandingan Pentanque kan...
Dalam minggu cuti Deepavali ni, sibuk lah dia dan kawan2 dok berlatih kat stadium.
Nak bakar semangat lagi, orang lain dari daerah lain pun ada datang Untuk praktis.
Almaklumlah, Padang Stadium Kuala Selangor ni la yang akan jadi tuan rumah.
Senang kata, sedikit kelebihan la untuk orang tempatan sini.
Lawan di Padang sendiri.
Hari2 berlatih kat sini...
Kalau tak menang, xtau la nak kata apa, huahua...
Setiap pagi dan petang, diorang berlatih main, berlawan sesama mereka.
Ada dalam 8-10 orang juga yang terpilih.
Semua dari sekolah ensuami.
Siap dapat pelepasan tak perlu ke sekolah.
Saya, tiap2 hari enSuami ada kat rumah, macam cuti sekolah plak.
Tapi SPM nanti enSuami bertugas jadi pengawas exam.
Lambat la nak balik kampung.
Siapa free esok, jemput la datang ke stadium Kuala Selangor.
Pertandingan mula waktu pagi.
Peringkat negeri.
Kepada yang bertanding, semoga berjaya.
Kuala Selangor harus jadi Johan!
Amin.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)