Tuesday, 14 October 2014

Hafni selepas setahun...


Assalamualaikum...
Hafni dah setahun...sekarang...
Macam tak percaya pula dikira angka begini...


Perkembangan Hafni normal seperti biasa.
Satu je tak, dia belum ada gigi lagi...
Tak ada langsung tanda-tanda nak tumbuh gigi, huhu.
Itu la, Umi doa lagi pelik2, hahaha....

Dah orang selalu kata, kalau boleh jalan dulu, lambat la tumbuh gigi.
Kalau dah tumbuh gigi, lambat plak boleh jalan.
Saya pun doa la, bagi jalan dulu.
Kenkonon, xla teruk sangat Abi n Umi kena buli untuk dukung Hafni.
Eheheh, dah boleh jalan pun nak dukung2 jugee...
Ngada-ngada tau dengan Abi dia tu....


Haaa, sengih ler muka orang tak bersalah tu...
Tak ada gigi lagi.
Tunjuk gusi je la....
Tapi lasak tau, dalam tak ada gigi, semua makanan dia dah makan.
Apa yang Umi Abi makan, dia pun makan juga.
Dah terjerit2 nak juga, acaner la tak bagi kan....
Itu comot2 tu, makan kek coklat haritu.
Masa dok sapu topping, dia pun nak makan juga, tak sabar2.....


Kalau saya sedang masak kat dapur, dia bosan main dengan Abi, dia pun masuk dapur juga.
Pastu jerit2 nak didukung.
Saya dukung, pastu letak dia kat table top.
Ni la port dia, bila teman saya memasak kat dapur.
Kalau Abi dia masak pun, dia duduk sini juga.
Masa dok lepak kat sini, bertabahlah Umi nak kemas semula apa yang dia sepah kat situ...


Haha, lawak betul gambar ni.
Bila tengok je, mesti nak tersengih.
Sebab, masa ni, Hafni sepahkan baju kotor dia yang ada dalam bakul tu.
Dan kemudian, dia cuba nak pakai sendiri skirt dia ni.
Sekali sarung kepala, tersangkut renda skirt tu di kepala.
Macam pakai shawl plak tengok renda2 tu terletak elok kat kepala dia.
Tetiba je rasa anak pun kreatif juga, hahaha.

Sekarang saya dah mula ajar dia, bila buka baju kotor nak mandi tu, kutip terus baju letak dalam bakul.
Menjadi juga la habit ni.
Kadang2 saja je dia letak baju dia dalam bakul baju UmiAbi.
Saja nak test kot, Umi sabar ke tak ye, huahuahua....

Hafni ikut gen Abinya kot.
Agak tinggi.
Sekarang kalau berdiri kat table top tu, lagi sikit je, kepala dia nak kena kabinet atas.
Lepas ni tak boleh dah la berdiri atas tu.
Hopefully bila dia dah matang sikit, tak perlu lagi nak angkat bertenggek kat sini.

Kalau dari segi komunikasi, Abinya lebih faham dari saya.
Saya cuma tahu, dia pandai sebut Allah.
Sebab dia selalu dengar saya sebut bila nak angkat dia dukung n nak letak dia kat bawah sebab berat. hehehe.
Dah pandai sebut nak, kalau dia nak sesuatu, sambil tunjuk ke arah tu.
Kalau dia nak minum air, Abi dia cepat alert, anak dia nak minum air.

Dah boleh tadah tangan untuk baca doa makan, Aminkan, doa lepas solat pun kadang2 dia angkat.
Kami solat, belum sujud lagi, dia dah sujud dah.
Kalau nak bersalam, sebelah tangan je dia hulur, dan cium tangan.
Boleh lambai tangan, byebye bila nak balik.
Boleh cium pipi bila minta disayangkan....

Untuk anggota badan pun dah lama ajar.
Sebut mata, dia kenyit mata.
Sebut hidung, dia sehseh...
Sebut mulut, dia muncungkan mulut.
Sebut lidah, dia jelirkan lidah.
Sebut telinga, dia pegang telinga.
Sebut pipi, dia tunjuk pipi.
Sebut pusat, dia korek pusat, hahaha.
Sebut siapa nama Hafni, angkat tangan, dia angkat tangan, hehehe.....

Tetiba je rasa gatal telinga, bila enSuami panggil Hafni adik.
Dah banyak kali saya perli, eee geli ler dok panggil adik adik....
Dah panggil Hafni adik, dah x perlu adik la maknanya, hehhhhhh......
Bila saya cakap macam tu, enSuami jawab, Amboiiiiiiiiiii, saje je nak panggil. Itu pun tak boleh. Umi ni, serius sangat.
Hahahaha......heyyyyyyyyyyyyy

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)