Wednesday, 29 October 2014

KEBUN : Baru dapat semangat semula....


Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya kebun di belakang dapur terabai.
Masa awal2 tu memang cantik je viewnya.
Lama2, saya tak sempat nak keluar tengok kebun tu.

Dengan malas satu.
Dengan Hafni yang asyik nak mengikut je.
Masa tu dia xbo jalan lagi.
Dengan sibuk dalam rumah lagi, macam2 kerja nak buat.
Nak menjahit, nak masak, nak deko, nak DIY, nak basuh-lipat-iron baju.
Belum kira cuci-cuci, bersih lagi kan......
Heyyyyyyyyyyyy
Jadi saya mengharapkan enSuami la untuk ringankan beban saya.
Siap saya buat jadual dengan notis lagi.

Kat pintu dapur ada notis "TOLONG SIRAM POKOK" siap ada =) lagi.
Kat pintu nak keluar rumah "TOLONG BUANG SAMPAH" ada =) jugak!!
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Haishhhhhhhhhhhhhh, susah nak cakap kalau orang tak ada hati nak buat.

Selepas 10 bulan ni, setiap batas hanya satu pokok je hidup.
Batas pertama, ada pokok daun pandan je.
Sebenarnya pokok kangkung hidup je.
Tapi sebab dah lama sangat, daun2nya jadi besar sangat, siap menjalar ke rumah jiran lagi.
Lepas tu enSuami buang semua akarnya.
Katanya kalau nak makan dah tak sedap sebab daunnya besar sangat.
Katanya rasa tawar, entah ler betul ke idak....

Batas kedua, pokok serai je ada, 2 rumpun.
Batas ketiga, pokok bunga kantan je.
Batas keempat, cili besar. Dah 4 biji selamat dimakan. Sebab jadi sebiji-sebiji je, sikit je la ada.
Batas kelima, pokok terung yang Uncle bagi tu pun dah nak mati rasanya.
Serba salah plak pokok orang bagi jadi camtu, huhuhu....

Dua tiga minggu ni tetiba je, enSuami kerap dok hantar gambar kat WhatsApp.
Baru rasa nak bercucuk tanam.
Siap ajak saya, jom la pi nurseri.
Tengok tanah, pastu beli pokok limau purut, nak???
So kami pun ke Nano Nursery, Sg Yu Kuala Selangor.
Kali kedua pergi, baru membeli.
Kali pertama, tanya harga dulu untuk tanah.
Tanah tu, sebungkus RM1.50.
Kami beli 10 bungkus.

Pastu jeng jeng....
Haruslah pnIsteri ambik kesempatan.
Tetiba je teringat kat bunga favourite tu....

Saya ingat ni dah bunga lily.
Dah tanya dah Wak tu, bunga apa...
Dia sebut bunga Anthurium.
Lupa plak nak tanya nama Melayu apa?
Nampak pulak bunga kaler putih, dan2 rasa nak beli bunga tu.


Sebelum tu, dah selamat dah ambil pokok limau purut.
Sepokok RM 10, kalau besar RM15.
Wak kata ambil yang kecil ni pun OK, daun ni dah boleh ambil buat masak dah pun.
So, setuju lah ambil yang murah aje....
Nak tanam kat tanah boleh, letak pasu pun boleh.


Akhirnya berjaya juga beli bunga ni.
Oh ya, masa tu nampak bunga kaler purple tu, macam lavender je.
Saya tanya betul ke lavender? Dia jawab betul la lavender.
Bunga ni baru sampai, tanya harga pun macam confused sikit.
Yang kecil RM10, yang besar pun RM10.
Wak cakap baik ambil yang besar ni, harga sama RM10.

Nak ke, Wak tanya.
Nak ambil ke tak, serba salah plak...
Dah kira2, RM40 dah kosnya.
Tanah 15, Anthurium 15, Limau purut, 10.
Xpe lah Wak, lain kali la.
So beli 2 pokok tu je la...

Esoknya nak pergi kedai lain, sekali kedai tu cuti lagi Awal Muharam.
Pastu enSuami ajak pergi nurseri Jasmin plak.
Jasmin pulak dah.....
Tempat ni nak dekat Ijok la juga.
Kalau orang nak masuk hiway Latar dari Kuala Selangor, kena terus ke depan lagi masa simpang nak masuk hiway.
Betul2 sebelah kiri, depan jalan je....


Hahhhhhhhhhh, meriah tak???
Semalam di Nano, lupa nak ambil gambar.
Kat Nano saya boleh katakan, banyak pokok bunga.

Tapi kat Jasmin ni, macam2 adooo...
Dari pokok herba, sayuran, sampai la ke rumput.
Pasu dan barang2 hiasan taman macam pasu besar untuk air terjun dan stepping stone pun ada...
Besaaar, 3-4 kali ganda dari Nano, huhu....


Mengah la juga berjalan sampai ke belakang, tengok ada pokok apa lagi dia jual.
Rumput karpet ni bahagian paling belakang sekali.
enSuami kata RM1.80 sekeping, saiz 1x2 kaki.
Pokok buah-buahan, durian, rambutan, pelam, pun ada.
Pokok2 hiasan yang besar2, macam pokok doa, pokok bonsai bertingkat2 tu, yang majlis bandaran guna untuk landskap jalan tu pun ado.
Stepping stone tu pun buat sendiri.
Ada pekerja2nya, saya nampak kat belakang tu.

Lai, lai, pokok nyok, sapa nak beli, lelong, lelong......


Dan yang lebih menariksssssssss lagi, yeh!
kat sini ada juga pokok lavender!
Tanya harga RM8!
Pergh, conpem nak amekkkk, xperlu fikir lagi, huahua....
Balik rumah, semalaman terngiang-ngiang pokok lavender.
Ruginya tak amek tadi, menyesalnya tak amek.
Pokok yang besar pun 10hinggit, takut esok2 pi dah harga lain kang, rugi giler la....
Itu semalam, hari ini tidak lagi, yahuuu!


Saya ambil yang paling rimbun sekali.
Yang depan sekali tu, saya punya.
Dah boleh pilih sendiri, haruslah amek yang banyakssss bunga.
Masa angkat pasu ni, tetiba tersenyum lebar.
Puas hati sangat kot, perasaan masa tu.
Bukan angan2 lagi, dah conpem jadi milikku, ekekeke.......

Kat sini jumpa juga pokok yang saya beli semalam, Anthurium.
Sekali lagi saya tanya nama pokok ni.
Kot le dia nak sebut nama bunga Melayu [kalau ada]
Tapi tak juga, Anthurium juga disebutnya...
Bangla ni pun sebut Anthurium, apa lagi yang boleh ceq tanya, Melayu lagi la dia xtau.
Kalau sape2 tau nama Melayu dia, bagitau saya ye.... TQ


Memandangkan semalam dah beli, xda la nak belek sangat.
Tapi harga, haruslah tanya, berapa hinggit.
Dia cakap 10 saja.
Ayokkkkkkkkkkk.
Xpelah dah beli pun, huhuhu......

Dan di sini la kemuncaknya...
Dok tengok2, ushar2, sekali nampak...
Yakkkssss itu pun dia.......


Bunga yang saya nak sangat selama ni.
Sama tak rupanya???
Hampir sama je kannnnnnn...
Itu yg saya dah tersalah tu...
Sebab ada debunganya yang terpacak tu, yang nampak macam sama.
Bezanya boleh tengok pada batang pokok.
Kalau lily ni batang tegak je lurus sebatang-sebatang macam tulip.
Saya pun xtau la kenapa saya boleh minat bunga yang tak ada kat Malaysia ni.
Asyik tulip je, asyik lily jek, kalau dok kat Belanda takpe la juga, Nabilah oii...

Cepat2 je tanya Bangla tu berapa hinggit.
RM35 hokey......
Ini la paling mahal setakat ni...
Oh nak beli ke ni...
Tanya kaler putih, tak ada.
Ada yang kat sini je.......
5 pasu ni je.
Kalau ada yang beli, tak jumpa lagi la gamaknya...
Cantik ke kaler tu ek...
Kaler dia tak terang sangat, bercampur-campur.
Maroon-magenta-peach-purple yg mana satu betul pun xtau la...
Kalau ada kuning, syok jugak..
Nak simpan duit dulu la, sementara nak tunggu pokok baru sampai [kalau ada lagi].

Gambar seterusnya, gambar2 untuk simpanan ingatan saya.


Macam gambar atas ni, nak curi idea, nak buat macam ni nanti.
Jiran saya ada pokok ni.
Nanti nak minta jek kat dia, boleh cenggitu? hihi.
Haritu Uncle tu cakap, pokok ni senang je nak tumbuh.
Dulu ada kat tanah je, sekarang dah menjalar ke bumbung rumah dia.
Memang dia sengaja buat macam tu.
Nak bagi efek teduh kekdahnya.
Sebab bahagian teres dia, panas sebelah petang.
Saya punya panas waktu pagi, sekejap je.
Alhamdulillah dapat rezeki rumah sebelah sini.

Yang ni plak pasu jenis panjang.
Saja zoom kat harganya.
Kenkonon nak simpan tabung la kot, hahaha...
Kalau tak silap, kat Daiso ada.
Tapi tak ingat dah kualitinya sama ke tidak.
Saya teringin nak beli pasu panjang sebab teringin nak pasang stand tu.


Tu dia stand dia kat atas tu.
RM22 hinggit okey, huhu.
Nak beli stand saja pun dah 22hinggit, baik beli pokok.
2 ka 3 pokok boleh dapat dengan 22hinggit, tak gitu? kekeke.
Iskkk, kena pikiaq duaplohmpat kali nak beli ke tak....


Last sekali ada baja, plastik semaian, pasu macam2 bentuk, macam2 kaler, dari tema English garden sampai ke klasik Eropah pun voleyyy...

Ehhh, tak habis lagi.
Xmau tengok ke pokok apa yang saya beli, cecece.....


Saya beli tiga pokok je.
Lavender RM8.
Daun Kunyit RM4.
Ulam Raja RM3.
Haaa, ce kira berapa RM?
OK kan harganya?
Saya rasa pokok2 yang boleh makan ni, murah lagi dari pokok bunga.
Mungkin mahal, sebab pokok bunga dapat sekali dengan pasu kot, huhuhu.

Acaner tu, baik beli pokok yang boleh dimakan heyyyy.
Tapi ada bunga syok jugak.
Jadi berseri2 rumah kiteeee.....

Oh ya, pokok Roselle kat situ yang kecil tanpa buah RM5, ada buah RM10.
Roselle la plak, target seterusnya....
InsyaAllah.

psst: kali ni semua tanam dalam pasu. tak larat part maintenance nak cabut rumput tu yang malas tu, heyyyyy. Dalam pasu, kecil sikit skala rumput yang hidup di sekitar pokok, tak gitu? ;)

3 comments:

  1. saya pun tanam dalam pasu jer..senang..
    tapi bila siram lantai porch jadi kotor jugak..
    pening mikirkan solution dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh, kalau macam tu, Cik Hani kena cari pelapik pasu.
      Hari tu Wak Nano tu, pesan lapik kalau nak letak bunga dalam rumah supaya tak kotor.

      Solusi mudah, guna pinggan polisterin atau pinggan kertas, letak bawah pasu. Lapik sikit dengan suratkhabar atau tisu dapur utk serap air lebihan.
      OK tak idea saya?
      hehe

      Delete
  2. Thanks visit blog sy..hehe..
    sy pn br ade 3-4 pokok yg tanam..tp ade mcm2 kisah sebalik pokok2 tu..
    yg segar bugar sekrg,pokok kari jek..hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)