Search This Blog

Tuesday 25 February 2014

D.I.Y : Rak Rempah dalam laci

Salam kepada semua pembaca...

angin mengemas dapur..
sambil nak kemas, mesti ada2 aje benda DIY yang nak buat..
almaklumlah nak beli, tak berapa nak berada fulus...

lagipun Alhamdulillah ada je idea yang Allah bagi untuk selesaikan masalah yang saya hadapi.
yang penting bila DIY, memang ngam2 ikut keperluan kita sendiri.

sebelum pasang kabinet hari tu, saya dah mula buat kerja DIY mana yang boleh dibuat dahulu.
bajet saya, bila kabinet dah siap, boleh terus letak dan kemas barang.
tak da la masa tu baru nak mula buat, jadi bazir masa plak...

Sejak mula dulu hidup sebagai suri rumah di rumah sendiri [umah sewa], saya ada guna kabinet yang khas untuk dapur yang dibeli di kedai perabot.
kabinet tu ada laci kat bawah dapur.
masa tu saya guna laci tu, untuk letak semua rempah masak2 di situ.
bila nak buat kabinet dapur sendiri, saya nak keadaan yang sama juga.
jadi sekarang ada la laci bawah dapur.

sekarang ni nak buat rak untuk botol2 rempah tu.
saya guna balang/botol terpakai je..
awal2 dulu guna botol plastik petak.
sekarang tengah mengumpul lagi botol2 serbuk pati ayam/tomyam Knorr macam cerita entri lepas.

Kebanyakan blogger lain saya tengok, ramai letak label kat penutup.
saya sorang lain plak halnya, letak label kat botol.
sebab saya dah terbiasa dengan habit masa melabel botol sampel sedimen poliket semasa di makmal untuk tesis degree dulu.
mulanya saya label kat penutup botol juga, tapi kena tegur dengan pembantu makmal, katanya kalau penutup botol ni dibuka lebih dari satu botol pada satu masa, nanti boleh ingat ke botol ni untuk stesyen mana? sambil buat demo dia buka beberapa penutup.
jadi saya faham kesannya, saya akan tersalah stesyen sedimen kalau saya buka bercelaru.
sejak tu, dah tukar labelling kat botol plak.
sampai ke hari ini saya terpengaruh.
sebab tu saya lebih suka melabel pada botol.

Kelemahan kat sini mungkin label tak kalis air.
Solusi, mungkin salotape, mungkin laminate, atau mungkin kurangkan risiko berkaitan air.
saya nak ikut cara omputih yang kurang guna air.
diorang banyak lap guna kain saja, atau kita mungkin guna tisu dapur/kitchen towel.
setakat ni saya punya bekas rempah OK lagi.
cuma botol je tak seragam sangat.
guna mana yang ada dulu.

Mari kita tengok bahan2 yang diperlukan...


Ni dia botol2 Knorr tu, nampak tak cap dia?hahaha


Saya guna gulungan yang dalam tisu dapur/kitchen towel tu..
potong dua kat tengah...

keperluan lain, asas seperti pensel, pembaris, pisau, gunting, dan pita pengukur.

Dan semestinya kotak terbuang atau terpakai.
saiz ikut keperluan.
saya buat ngam2 ikut saiz laci tu.
dan bila ukur2, susun2 botol2 tu, memang sedang elok ngam2 jumlah kapasiti muatan....


Garis2, ukur2, ikut saiz botol, dan tetapkan tempat nak lekatkan roll tisu tadi...
Dah siap garisan, saya lekatkan roll yang dipotong dua dengan glue gun.
Buat sampai habis sehingga lengkap.


Bila dapat hasil macam ni, saya cadang untuk cat sikit.
nak balut dengan kertas/kain, tak rajin.
nak cat sebab nak ia tahan lama [keras] dan mungkin boleh kalis air.

Lepas dah cat, sedia untuk masuk dalam laci dan mula susun2 botol kat rak DIY ni.
Lupa plak nak ambil gambar masa proses cat.
saya guna cat kapur je, sebab nak habiskan baki cat dinding hari tu.
kalau boleh, eloklah guna cat minyak, baru hasilnya kilat dan licin sikit.

Tambahan, saya buat rak macam ni sebab saya guna botol bulat.
dan sebab utamanya sebab label saya ada pada botol.
jadi saya perlu baringkannya separuh [sekurang2nya] untuk mudah lihat dan capai.

Susun atur keseluruhan?
rambu-ramba lagi, heeeee
lain kali cerita dalam entri lain...

SELAMAT BERD-I-Y thumbs up

3 comments:

  1. aloooo wak saspen jeeee....heeee

    ReplyDelete
  2. bkn nk wat saspen, lupa nak amek gmbr lpas cat, tmbh lg, caca marba lagi, belum sempat kemas, huhu..

    minta maap.

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa nak gambar dh susun botol~~~~ hahahaha awak nanti kasi emel ek.. Sy send resepi kat emel :-)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers