Search This Blog

Sunday 23 February 2014

DAPUR : Misi Kabinet Dapur SELESAI!


Alhamdulillah, misi pertama SELESAI!


Hari Selasa lepas,  pintu kabinet siap dipasang.
Ni gambar waktu pagi selepas dikosongkan kabinet ni..
bersedia untuk dipakaikan baju tak lama lagi, heee


Kalau tak silap, saiz konkrit ni panjang 8.5kaki.
Pasang wall cabinet 4kaki.
Tall unit 3kaki [2kaki utk oven + 1kaki untuk storan]
Kecil je kan, hehe...
itu ja ruang yang ada, ni dah habis maksimum dah selepas pecahkan dinding sikit kat tepi dapur tu.

Pemasangan bermula dalam 11.30 pagi, siap dalam 6.15 petang.
Yang datang ni sorang je, namanya Andy.
Dialah driver, dialah kontraktor, hehe.
mungkin sebab kabinet saya kecil je, jadi tenaga seorang pun dah cukup kot.
mula tengok, kesian jugak, sorang je buat kerja.
tapi nak buat macamana, dah kerja dia huhuhu...


Sebabkan lori ni ada depan rumah, ada juga jiran berhenti tanya, tentang kabinet dapur.
sempat la dia tengok sikit, tanya material, berapa kosnya.
saya pun bagi la no kontek Brian, dan bagitahu lokasi showroom diorang kat Setia Alam.


Kalau orang yang pasang KC jenis solid surface, mesti rangka awal dia macam ni kan...
yang ni untuk teras oven dan microwave.


Nak pasang rangka ni la lama sekali...
Dari awal dia mula, dalam pukul 4 petang baru nak mula pasang pintu...


Barulah nampak wajah kabinet dapur, hehehe...
Akhir sekali baru dia tolong pasangkan oven.
ingat boleh terus guna dah oven tu..
sebelum buka kotak lagi, Andy dah bagitau yang selalunya built in oven macam ni, tak ada kepala plug.
hah, ye ke? saya pun tak penah buka sejak beli.
nak katanya dah lama, sampai waranti setahun pun dah habis bulan 12 tahun lepas, sigh...

Keseluruhan lepas tu, lupa plak nak ambil gambar...
sekarang, dah lintang-pukang dapur ni, belum susun2, simpan lagi.

Lepas pasang kabinet ni, 2 hari saya terlantar atas katil ja, tak berapa sihat.
asalnya macam pedih2 hidung, selsema, tapi tak tahulah kenapa, sampai teruk sangat..
bila buka mata ja, rasa satu dunia berpusing..
melayan Hafni atas katil je la, sambil mata tertutup, buka sekejap2 je..
lebihnya saya banyak ajak dia tidur.
tak pernah dalam hidup saya jadi macam ni..
rasa macam dehydrate, kurang gula ke, medula oblagata saya tak berfungsi dengan baik untuk kesimbangan badan, Allahuakbar, xtau la nak cakap.

Alhamdulillah hari Jumaat baru boleh bangun dan buat kerja harian.
mengemas dapur belum selesai..
masih dok fikir2 lagi idea2 yang efektif.
kena bijak guna ruang, sebab kabinet kecil saja...
Emmm kena korek2 lagi idea dari sifu2 otai2 susunstur, heeee


6 comments:

  1. cepat2 share gambar.. mesti cun kabinet dia.. hehe

    ReplyDelete
  2. fewiiittt...bila blh tgk full view ni..hehe...smg cpt sihat ya naabila! =)

    ReplyDelete
  3. Kak yah, kena tunggu saya kemas dulu la, baru boleh tunjuk, huhu [bila la nakk siap kemas tu, huhu].

    Fizah, mekasih, saya dah sihat alhamdulillah. tp ni blk kg sebulan, xda la gmbr kabinet penuh..huhu

    ReplyDelete
  4. besh nya dah siap KC... :) cantik..kemass.. :)

    ReplyDelete
  5. kecik je ni Kak Aty.

    yang akak nye nanti lagi besar, kan kan kan =)

    ReplyDelete
  6. Salam sis blh wassup x kt no sy ni brp kos yg hbs utk KC mcm tu..0139311818..syukran.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers