Friday, 17 April 2015

PLAYROOM : Entri pertama pasal ruang untuk Hafni

Assalamualaikum....

haaa entri pertama kot..
kalau ikutkan dah lama buat, sejak Hafni dah mula boleh bergerak sendiri
tangan pun dah mula aktif nak 'mengemas rumah', hehehe....


Haa, gambar ni masa sofa ruang tamu tak ada lagi...
saya dah siapkan kusyen untuk letak2 kat sofa.
sementara sofa tak ada tu, susun2 kat sini dulu.
saja nak memenuhi ruang
mainan Hafni sikit je, so banyak ruang kosong atas ni....

Beg baby kaler biru tu, saya simpan lampin pakai buang [DD]
yang beg coklat, buat beg jalan2, nak letak DD, baju salin, wet tissue, minyak telon dll keperluan Hafni bila keluar dari rumah.
box tu, rice bucket yang Tesco offer dulu tu, RM9.90..
saya hentam beli 4pcs masa tu.
bajet nak letak mainan Hafni, kononnya lah...
alek2, saya yang guna, letak barang2 jahitan, terutamanya kain2 yang belum ada apa2 projek jahitan.


Haa, masa apabila keadaan huru-hara, hohoho...
masa ni Hafni pandai naik, nak turun tak berapa nak reti.
sebab tu muka budak nangis tu, Umi tak nak angkat.
nak amek gambaq dulu, hahaha....

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
keadaan ruang ni macam ni.
sebab saya tak mula lagi dengan homeschooling..
hati nak buat, nak buat..
rupanya Umi tak betul2 rajin dan tabah nak mengajar anak, hohoho....

Sampai la satu masa tu, enSuami suka nak beli buku gambar2 untuk Hafni.
dua tiga bulan dok menghadap buku2 tu..
sambil perkembangan kemahiran dia bertambah mengikut usia [boleh bercakap, satu dua suku kata]..
dia dah boleh sebut binatang2, benda2 yang ada di sekelilingnya....

video

Bila dia dah pandai sebut2 ni..
saya pun teringat nak mulakan sesi pembelajaran untuk Hafni
cewahh, macam hebat sangat la plak...
ini bahasa baku ye, 
sebenarnya tak la gempaq sangat pun...

Saya hanya merajinkan diri menambahkan bahan2 pelajaran
semua buat sendiri
mana yang termampu
alang2 printer ada, jadi gunakan semaksimum mungkin
lagipun, kat internet macam2, semua ada
tunggu rajin tak rajin je...
mau tak mau je nak buat tu...
[ok INSAF sekejap]


Ini rupa sekarang, ruang mainan Hafni
dah jadi ruang belajar la kot...
mainan kecik2 tu, saya dah sumbat dalam tupperware biasa yang orang beli letak makanan tu.
beli kat kedai barang plastik atau kedai bahan2 kek...


Saya susun meninggi je, nak jimat ruang, hahaha..
lagipun, saya tak berapa nak Hafni main mainan tu.
belum sampai tahapnya lagi, saya dah beli awal sangat.


Shape sorter dengan shape kayu tu, dia dah pandai main.
sebelum ni, dia tak reti lagi nak masukkan ikut bentuk..
nak dekat 18 bulan hari tu, saya perasan dia dah boleh main.
lambat kot ek, kalau nak banding dengan anak2 lain.
Umi dia tak rajin nak ajar kot, huahuahua....

Buku2 plak sumbat dalam bakul coklat tu.
sikit sangat buku Hafni.
kalau dah banyak nanti, tak sesuai susun macam tu,
susah nak cari buku yang dikehendaki.
teringin nak beli buku omputih hardcover kat BBWolf tu..
asyik tak berkesempatan je..
tak gigih nak pi sampai Mines, hukhuk...

* ada kedai mana nak beli buku untuk anak2 dengan harga yang berpatutan??? tolong bagitau kt Umi [yang ketinggalan ni (T_T)]

Pastu sampai satu masa, dia pandai nak duduk atas bangku.
bermula dari rumah neneknya lah..
petang2 dok tengok nenek berkebun, sambil duduk kat bangku.
bila balik rumah, tak ada bangku kecil.
sampai la jadi macam ni...

Huhuhu, kesian Hafni.
bila dia nak baca buku, dia dah pandai nak duduk kat kerusi [bangku]
so dia amek tupperware yang ada banyak2 tu jadi bangku dia, bila dia nak main dan baca buku..
kadang2 ada juga dia jatuh sebab tupperware tu mudah nak terbalik..
kesian Hafni, ... kit [sakit] ...tuh [jatuh]
saya pun teringat nak beli satu bangku, untuk Hafni.


So, pergi cari kat MRDIY je la..
dulu2 saya memang teringin nak beli bangku kecik untuk nak pijak kat dapur [amek barang dalam kabinet tinggi]
so bangku jenis lipat tu, menjadi pilihan.
boleh lipat untuk jimat ruang nak simpan.
pilih bangku macam ni, lepas Hafni dah tak guna nanti, saya boleh terus amek letak kat dapur.
[dah cuba pijak untuk amek barang, macam sesuai je, harapnya berat saya tak bertambah 2-3x ganda dari sekarang, hahaha]

Huhu, selalu macam tu la bila nak beli barang..
kalau boleh nak multipurpose...
kalau beli untuk Hafni [masa kecil] dah tentu kegunaannya sementara je...
jadi kena fikir kemudian nak buat apa plak....
kalau boleh nak sekali beli, gunanya untuk jangka masa lama....


Ooops, saya tak cerita lagi ekkk, apa benda kat dinding tu, hahaha...
saya guna banner..
saya ingat banner belakang tu boleh jadi whiteboard nak conteng2 dengan marker..
sekali try conteng, xleh padam plak...
hukhuk xboleh la guna buat tempat conteng Hafni.

Akhirnya saya buat jadi macam notice board je
semua bahan pelajaran tu, saya tampal kat situ.
asalnya chalkboard sticker tu tampal kat banner tu jugak.
tapi sebab licin, senang plak tertanggal
so korban je la, lekat kat dinding sebelah kiri.
selain tu tampal sikit, poster2 doa untuk dilihat setiap hari [diamalkan]
untuk mudah dihafal...


Nak cakap playroom pun tak juga
sebab berkongsi ruang dengan fungsi lain dalam bilik yang sama...
sebelah kanan yang nampak kerusi tu, meja kerja Umi [ada mesin jahit]
cadangan masa panjang, dinding sebelah kiri tu akan ada rak buku dan meja study untuk anak2 n enSuami...
memang kategori SOHO dan bilik study la..
palyroom ni sementara je masa kecik2 ni....
sebab tu saya kedekut sangat nak beli apa2 perabot yang kecik2/sementara je gunanya..
sebab mesti nak fikir lepas ni nak letak mana, lepas ni nak buat apa...
[takut tak laku nak let go pun, tu yang tak mau amek risiko tu]

Tak pe ye Hafni....
nanti Hafni ada meja study besar, cantik sama macam Abi.
duduk pun sebelah Abi..
Hafni kan suka sangat kat Abi, hahaha...

3 comments:

  1. idea yang bernas... saya pun tak suka beli perabut yang comel2. sekejap aje . bila anak2 dah besar tak sesuai dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee, ada jgk geng kite, ye..
      Sy igt, sy ni org yg rigid n kedekut sgt..
      Tp OK ape, fikir jangka masa pjg kan, hee..

      Delete
  2. Kreatif nye u sis. nanti kalau ada masa nak buat cenggini utk anak2 kat umah. mohon halal kan idea ni yea..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)