Wednesday, 29 April 2015

Lawatan ke Ladang Fig Fiesta Al-Ridzuan [Pokok Tin Malaysia]


Assalamualaikum...

Sabtu lepas, ikut enSuami dalam program LADAP sekolah dia..
program ini anjuran Panitia Sains Pertanian sempena bulan Teknik dan Vokasional SMKST..
kira panitia kemahiran hidup la ni kan..


Pagi Sabtu tu, dalam 9.30 pagi, bergerak dari sekolah bagi yang berkumpul di sekolah..
ramai cikgu perempuan yang berkumpul untuk naik van..
yang bawak family macam enSuami saya ni, kami naik kereta sendiri je la..
keluar dari rumah sendiri, tunggu tepi jalan je..
masuk Highway LATAR menghala ke Sungai Buluh.
Ladang ni terletak di Merbau Sempak, Sungai Buluh, dekat dengan SK Merbau Sempak...


Sampai kat sana, terubah mindset sebelum ini..
ingat pokok tin ni, besar2 macam pokok kurma ke kan...
tekaan meleset sama sekali la..
saiz ladang ni, macam besar nurseri Jasmin gitu...
macam nurseri Jasmin besar lagi, kot...


Teruja tu, tak yah cakap la...
sampai je situ, semua kecoh tak tentu hala...
kedatangan kami disambut dengan secawan teh daun tin...
rasa, kelat2 macam teh jepun, teh cina...
tapi ada bau yang tersendiri la..


enSuami kata bila masuk ladang tu pun, dah ada bau dia yang tersendiri..
saya? tak perasan plak pasal bau tu...
sebab saya tak berapa nak sensitip sangat benda2 yang sikit je bezanya..
kecuali kalau bau semerbak macam masuk kedai bahan kek, yang tu tau la, hahaha...


Lepas minum, sembang merapu2, lama tu, kami dibawa masuk ke kabin.
untuk sesi taklimat.
baru la formal sikit program cikgu2 ni...
tapi mesti la kena taklimat dulu..
tak kenal, nanti tak cinta...
bila dah tau lanjut, baru la faham pasal pokok dan buah tin ni...


Pemilik ladang ni bernama En Ridzuan bin Abdullah [berbaju putih, sedang duduk tu]
asalnya dulu ada bisnes ID..
sekarang ni masih beroperasi bisnes tu, cuma dalam plan nak serahkan pada anaknya...
kalau nak diceritakan asal-usulnya memulakan bisnes ni, memang dia zero pasal penanaman pokok..
tak pernah tanam pokok pun, katanya...
tapi tetiba rasa nak buat benda baru...
nak keluar dari stress bisnes 'orang2 kaya'..
saja nak santai2 bercucuk tanam, bermesra dengan alam semula jadi.


Kalau perasan, enRidzuan ni pernah muncul di Majalah 3, surat khabar pun ada...
ladang ni mendapat liputan luas dalam media, seakan2 dia orang pertama yang tanam pokok tin..
menurut cerita enRidzuan, dia bukan la orang pertama yang tanam pokok tin di Malaysia ni, tapi dah ada orang lain sebelumnya.
cuma, orang lain tanam secara kecil-kecilan...
dan dia sendiri pun tak menjangkakan ladang dia boleh terjadi besar macam sekarang dalam tempoh setahun...
sebab tu, yang meletup kebamboom tu, hehehe...


Ladang tin ni pun asalnya milik orang lain.
pengusaha dulu tanam rockmelon, dia beli perniagaan dan semua peralatan dalam ladang ni dari pemilik asal.
tapi tanah lot tu masih dalam status sewa...
kalau ikutkan, 2 buah greenhouse yang besar tu, memang sedia ada..
yang bahagian depan sekali, itu yang baru dia buat...

Kalau ikutkan kenapa kita mesti terkejut pokok tin ada di Malaysia? pokok kurma ada di Malaysia?
sedangkan tumbuhan ni, memerlukan cahaya matahari/ cuaca panas untuk hidup..
dah tentu kelebihannya ada di Malaysia, sebab cuaca kita panas sepanjang tahun..
ni la kelebihan yang perlu kita manfaatkan..
kalau ikutkan benih pokok yang enRidzuan tanam bukan datang dari Mekah/ tanah arab pun..
benih2nya dari Jepun, Taiwan, China dan Eropah!
terkejut tak Jepun, China ada pokok tin?

Maknanya negara Jepun, China lebih cepat dan awal bertindak untuk menyimpan dan membiak benih dari pokok2 yang terbukti bermanfaat seperti disebut dalam AlQuran, "demi buah tin dan buah zaitun"..
kurma China kan ada.. kurma Jepun belum jumpa lagi..
kita negara Islam, tak ada buat?
negara luar, hanya sekali tuaian setahun kerana ada perubahan 4 musim.
sebab tu kita hanya jumpa buah tin kering.. [yang hitam dan rasa berpasir sebab biji]
tapi kalau di Malaysia, enRidzuan boleh tuai 3 kali setahun...
untung kan??? panas sepanjang tahun...


Di ladang enRidzuan ni, ada lebih kurang 20 jenis spesies tin.
tapi dia lebih fokus kepada tiga jenis benih dari Taiwan, Jepun dan Red Palestin [Red Israel].
sebab jenis2 ni menepati permintaan pasaran Malaysia, sebab buahnya besar, merah dan yang penting, orang nak manis2 kan...

Anak2 pokok banyak disemai untuk jualan dan permintaan pasaran.
sebab enRidzuan lebih berkeyakinan jual dalam keadaan anak pokok berbanding benih sebab dia risau kalau jual benih, tak naik anak pokok, nanti orang persoalkan pulak.
kalau tanam anak pokok, hanya perlu penjagaan rapi, siram dan baja.
tumbuh 6 bulan, inShaAllah dah boleh dapat hasil buahnya..


enRidzuan sangat menggalakkan kepada individu yang berminat untuk menanam secara besar-besaran, kalau nak buat ladang besar macam dia, lagi dia suka...
sebab penghasilan dari ladangnya pun tak mampu nak menampung permintaan yang ada.
kalau ada yang serius, enRidzuan sedia untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu dalam penanaman pokok tin.
setakat ni dia banyak fokus kepada penghasilan anak pokok melalui kaedah tut.
sebab buah tin ni, sekali dia berbuah pada satu dahan tu, dah tak ada buah dah pada dahan yang sama akan datang.
jadi dia akan guna dahan tersebut untuk proses tut atau dicantas sahaja.


Pokok tin ni dikhabarkan boleh hidup sehingga 400 tahun, dan dikatakan pokok tertua di Turki bersaiz sebesar pemeluk.
pokok tin ni tak ada bunga, dia keluar terus jadi buah, dari hijau kepada merah.
bila dah matang boleh petik dan boleh dimakan terus.
tapi kalau simpan 1 hari dalam peti ais, rasa manisnya lebih sedap dan berbeza rasanya dari makan segar dipetik dari pokok.

Pokok tin ni disarankan ditanam dalam pasu untuk lebih selamat dan terjamin.
kalau tanaman besar-besaran perlu extra care, seperti greenhouse...
kalau tanam biasa kat rumah untuk makan sendiri, boleh biar terdedah.
yang penting pokok tin suka cahaya matahari waktu pagi...
jadi letak pokok pada tempat, cahaya matahari naik...
baru pokok tumbuh sihat...
guna tanah 6in1, dan baja kopi 2minggu sekali waktu pagi.

Lepas habis taklimat, dah tau macam2 khasiat buah dan daun tin, masa melawat pokok pun tiba.
boleh masuk dalam greenhouse, tengok pokok, pegang buah, petik dan makan, hahaha...
saya ada tanya enSuami tak nak petik ke, huhuhu...
serba salah nak amek, sebab dia nak dapat buah pun susah, kita datang, masuk petik2 plak kan...
setahu enSuami saya, lawatan kami tak berbayar, so sangat la tak patut nak amek..
tapi siapa yang masuk awal dapat la merasa buah tin segar...
enSuami saya amek rasa sikit je, sebab kawan dia pelawa rasa buah yang dia petik [dengan serba salah tapi teringin nak rasa, huhuhu]
katanya memang sedap lah, walaupun sebenarnya bijinya banyak dan kecil2, tapi bila makan masa segar macam ni, memang tak terasa pun biji tu, rasa gebu, manis je...
aduhh, terliur saya, hukhukkkk
sedihnya tak dapat rasa buah dari syurga...


Dapat la satu kenangan bergambar dengan enRidzuan...
orang yang berjiwa besar, nak buka kilang plak lepas ni..
sebab tu dia nak sangat kalau ada yang sama2 boleh buka ladang pokok tin besar-besaran.
boleh la dia beli buah2 tu, untuk produce produk2 lain plak...

Setakat ni, dari pokok tin ni, pihak al-Ridzuan ni dah hasilkan teh, jem dan sos spageti, sos keropok, selain menjual anak pokok dan buah segar pokok tin.
Buah tin, sekilo RM 80 - RM100.
Anak pokok berharga RM100 - RM150.
Teh daun tin berharga RM38.
Jem buah tin berharga RM28.

Jualan dibuat di ladang ini atau di pejabat urusannya di Setiawangsa.

Kebaikan Buah dan Daun Pokok Tin
Makan buah

  • Boleh bantu pesakit buah pinggang yang telah sampai ke tahap dialisis.
  • Wanita yang sukar hamil, boleh bantu untuk dapatkan zuriat.
  • Buat jus buah tin, akan bekalkan tenaga luar biasa semasa berpuasa.

Minum teh daun Tin

  • Baik untuk wanita cegah kanser payudara.
  • Baik untuk lelaki cegah kanser prostat.
  • Pesakit kencing manis/diabetis boleh juga amalkan untuk turunkan kadar glukosa dalam darah [diamalkan sendiri oleh isteri enRidzuan].
  • Pesakit gout, demam denggi dan kolesterol juga dapat dikurangkan/disembuhkan.




3 comments:

  1. Terima kasih kerana 'share' komen anda. Saya juga sangat suka menanam buah tin. buat masa ini saya sudah mempunyai 10 pokok berbagai jenis pokok tin. Saya ingin meminta nasihat en Ridzuan cara2 penjagaan pokok tin. Bagaimana nak contact En. Ridzuan? boleh share nombor contact... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba no ni..
      019-4462200.

      Harap dapat membantu.

      Delete
  2. Atau boleh belajar dr grup2 penanam tin dlm fb, WA atau telegram.. search jer

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)