Search This Blog

Tuesday 21 April 2015

HOME BINDER : Jadual bulanan Keluarga NabilaHasyim

Assalamualaikum...

Cewahh, nama bukan main..
jadual bulanan?
keluarga NabilaHasyim...??

tapi, haaaa...
macam biasa la..
pnIsteri je yang pulun semua..
dah kite yang dok rumah..
enSuami dah keluar bekerja mencari nafkah..
kasi can la...
walaupun kadang2 kan, eh eh eh isk.. xpatut..xpatut...


Haa, ni kira dah rajin la ni..
timbul kesedaran nak buat jadual..
selama ni, saya main hentam je..
ikut dan saya...
rasa nak buat, buat...
kalau tak mau sudahhh...

Sebab enSuami cakap jangan paksa diri..
kalau nak buat, buat..
tak nak, xpe..
tak kisah pun... [katanya lah]


Saya bab memasak, tak banyak kompromi la..
sebab dah mesti kena masak..
nak hidup, kena makan..
nak membina tenaga untuk aktiviti seharian...
lagipun dah perut orang kampung macam saya ni, celik2 mata je, kena makan la...
kalau lambat makan je, mula la tak kena duduk...


Masa dapat imej ni kat WhatsApp, tersenyum sendiri..
emm, betul sangat la kan...
nak buat macam mana, sedikit sebanyak, kebanyakan kerja2 rumah, dah sebati dengan hati nurani dan lumrah seorang wanita...
tak suruh pun, tapi dengan sendirinya memang kita nak buat kan...

Jadual tadi lepas print
ingat nak letak dalam frame
letak kat dinding sebelah toilet
tapi banyak pulak kerenahnya
macam2 hal la frame yang ada kat umah ni..

Dah lama sangat dok pening kepala
tinggal la dulu
kot2 ada idea datang kemudian..

Tahun lepas, saya buat jadual cuci toilet je..
memang tampal kat pintu toilet.
tahun ni baru nak terfikir untuk himpunkan semua kerja dalam satu jadual
senang sikit nak tengok...

Dah habis sapu n mop lantai
masuk dapur untuk memasak...
dok tengok pintu peti sejuk bahagian freezer, macam sesuai je nak letak.

Letak kat sini je la..
sebab saya je yang nak tengok kan..
kalau letak kat pintu toilet tadi
macam terlebih glamor la plak kalau tetamu datang nak masuk toilet
tengok rumah ni ada jadual, kahkahkah...
macam sebelum ni, ada adik ipar kata fuyoo, siap ada jadual tu...

 

So, dah selamat jadual tu bermastautin di pintu freezer.
dah siap tanda2 dah...
banyak la yang pangkahnya, hahaha..
bulan 4 baru nak buat kan...
yang mana saya ingat, saya ada buat, saya tanda..
yang tak ingat tu, pangkah je la...
yang penting, akan datang harus tick-tick je
baru betul you ikut jadual ni kan, heee...

Dan dalam jadual ni, paling kerap pun, 4x sebulan..
maksudnya, seminggu sekali je la saya buat.
2x sebulan, 2minggu sekali la, untuk peti sejuk je..
1 kali tu, sebulan sekali je..paling lekeh, hohoho...
jimat kan...
saya tak ada buat kerja, yang setiap hari buat..
kecuali memasak, dan bersihkan dapur/sinki...

yang Hood tu baru 2x kot saya cuci...
tu pun kt luar2 je..
kalau ikutkan mekanik hari tu cakap kena cuci kipas kat dalam tu juga..
6 bulan sekali ke sebulan sekali entah, lupa dah...
kipas tu pun tak pernah cuci lagi...
dok harap enSuami nak buat, entah bila lah, huhu....


Tak pe la, kali ni dah masuk dalam jadual...
satu hari ada satu kerja khas untuk dilakukan...
so, tak ada lagi nak blur blur...
nak buat apa hari ni, nak buat apa...

Kawan2 ada jadual macam saya tak?
ke ini semua poyo, hahaha...

Saya buat jadual ni, sebagai panduan.
kalau ada baru saya buat dengan teratur..
kalau tak, main hentam je la...
dah teruk sangat, baru nak mengemas...
tak pun, bila tetamu tetiba terjah, baru macam ribut nak mengemas semua..
dah kata enSuami xkisah
tak payah la nak susah-susah..
rilek2 jek, hahaha....

Babai....

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers