Sunday, 15 March 2015

RESEPI : Krim Brulee


Assalamualaikum...

Krim brulee..
mesti ramai yang dah pernah makan sedap2 kat bakery...

Saya penah jumpa/baca kat blog mana entah...
pastu adik2 ipar balik dari Kuantan bercerita pasal krim brulee...
diorang makan satu cup tu harga RM9
macam penah dengar je, tapi dah lupa rupanya macam mana...

Saya pun google je..
oh gini rupanya..
mcm ni resepinya...
macam boleh je nak try, hehehe...

First time saya cuba masak ni, di rumah mertua.
masa tu mertua saya tak ada, pergi Indon...
macam dapur tu, aku yang punya la...hahaha..

Masa tu cuba, xtau nak guna cup apa..
kebetulan ada cup kertas, hentam je guna.
nasib baik saya susun dalam tray muffin.
kalau tak habis krim brulee saya hilang terserap air.
sebab nak bakar krim brulee ni, guna kaedah water bath juge...


Ini wajah krim brulee yang dah siap dibakar.
sedang dibiarkan untuk sejuk sebelum disimpan dalam peti ais.
yang ni masak kat rumah sendiri, kali kedua percubaan.
masa ni, adik2 ipar semua balik kampung.
tu yang seronok nak masak...
diorang la tester setia saya...
masak apa pun mesti habis..
saya suka, saya suka....


Masa beli whipping cream kat kedai bahan kek, ada juga ushar2 mangkuk ramekin tu..
mangkuk yang orang guna untuk masuk oven, microwave, n kukus.
macam buat apam nasi dalam entri lepas tu, kalau makan sendiri, boleh la buat dalam ramekin.
oh ya, tapi apam orang buat dalam acuan plastik mcm kuih lompang tu la kan
eh eh eh, confuse sudah...

Sebiji ramekin, RM 4.50 gitu... ada lagi harga lain.
ikut saiz, ikut warna, ada hiasan bunga english roses tu yang buat saya tak berapa nak berkenan tu, hahaha...
kalau sekali-sekala nak masak, emmm mcm tak berbaloi plak nak beli.
lagi pun, tak boleh nak masak selalu krim brulee ni, xda orang nak makan.
manisssss sangat...

enSuami, manis2 dia xberapa nak makan.
kalau nak makan, eh bukan makan la, dia rasa je..
satu sudu je...
saya pun makan gitu2 je, terpaksa gak habiskan satu cawan...
menggedik satu badan, manisnya...
macam mana orang suka sangat ni...

tak leh makan selalu ni, nanti gemukss lak..
sebab bahan telur kuning dan whipping cream kot..
banyak tu....
dan dan dan satu lago yang costing tentang krim brulee ni ialah penembak apinya tuh..
blow torch orang panggil....
tak dak blow torch tu tak berapa nak menjadi la, sebab xboleh bunyi crack...

Jom tengok dulu resepi, macam berkobar je nak tau ek....
membebel plak panjang2, hahahaha....

Sumber resepi KakShahriahMasterchef

Bahan-bahan
6 biji kuning telur
100gm gula castor
500ml whipping cream-WC (non-dairy)
1 sudu teh vanilla

Cara-cara
Mula-mula sekali... masukkan WC ke dalam periuk kecil dan panaskan, keadaan cream cukup sekadar panas, tutup api. ketepikan.
Putar kuning telur dan gula sehingga bertukar warna pucat *pale
Masukkan WC yang panas sedikit dulu ke dalam adunan kuning telur tadi.
Kacau dan kemudian masukkan baki WC itu...*tempering*
Masukkan pula esen vanilla. kacau rata
Tapis dan kemudian masukkan adunan ke dalam acuan ramekin.

Bakar dengan kaedah water bath (tuang air panas dalam loyang) kemudian susun ramekin dalam loyang tersebut selama 45min - 1jam pada suhu 140C.
Kalau dah siap bakar dan sempurna krim brulee ni bergetar macam puding di bahagian tengahnya apabila digoyangkan sedikit (ni ujian untuk pastikan dia masak sempurna)
Pastu biar sejuk sebentar.

Kalau dah bersedia nak makan, taburkan 1 ST gula kastor atas krim.
Kalau ada blow torch, senang la nak sembur je...
Confirm boleh cracked!


Resepi pertama dan hasil video dari omputih masak, krim brulee ni dibiarkan semalaman dalam peti ais.
Pastu baru boleh buat blow torch.
tapi resepi kak Shahriah ni, dia biar sejuk je, terus blow torch mungkin nak makan cepat kot.
Krim brulee ni, bila nak makan baru blow torch dia.
tanpa karamel di atas, boleh simpan 2-3 hari dalam peti ais.
kalau dah ada karamel, elok dimakan segera.


Haaaa, macam mana kalau tak ada blow torch???
hihihi, saya pun google2 cari idea...
sebab kalau sekali sekala nak makan, memang tak mampu la nak beli.
kak Shahriah pun cerita, suami dia suh guna lilin ja, hahaha...
kelakar....
kalau nak berbisnes, haruslah beli blow-torch, berbaloi sangat.

Saya ingat blow torch tu boleh ganti dengan penembak api yang kat dapur tu..
try buat, tak jadi doh...
ada 2 cara yang saya jumpa.

1. dia bakar semula, guna api atas je... tengok sampai gula cair dan hangus keperangan, dah boleh keluarkan.
2. layurkan sudu/ senduk kecil yang besi atas api sampai panas. kepanasan sudu tersebut digunakan untuk menghanguskan topping gula tu...


Cara kedua, saya cuba untuk kali pertama saya masak krim brulee ni. xtau la camna nak cakap, gula selalu melekat kat belakang senduk tu, bila kita layurkan gula tu.
bila dah ada kesan gula kat sudu/senduk tu, bila kita nak panaskan semula, mula la bau hangit/hangus/gersang kat senduk tu.
sedikit sebanyak memberi kesan pada krim brulee kita yang dah cantik mulus tu, hehehe...
Dah ada jawapan dalam video di bawah, nanti korang tengok ye...

Kali ni, saya cuba kaedah 1 plak...
Hasilnya, tetap tak boleh cracked!
dan kaedah 1 ni, dia tak bagitau pun masa bakar gula, guna kaedah water bath ke tak...
huhuhuhu....
Dah ada jawapan dalam video di bawah, nanti korang tengok ye...


Ni saya bakar dalam oven, guna api atas saja...
ehh berapa darjah celcius nih? dah lupa daa...
main hentam je kot, hahaha...
blog mana pun saya dah tak ingat....


Masa ni, saya letak juga kot sikit air, tak berapa nampak ler..
jap nak try upload video saya...
kalau tak nampak sangat sory ek...
video gula menjadi hangus je...
dah lama xupload video, saja nak try...


OK, terjawab sudaaa...
masa dok tulis ni, teringat nak cari video step by step tu.
sekali ada yang no blow torch.
so sambil uploading video, tengok youtube sat.
dah jumpa la apa yang dicari.

Kaedah no.1 tadi buat macam ni...



Kaedah no.2 tu, buat macam ni...



Diorang buat semua cracked la...
apesal saya buat tak jadi ni...
huahuahua..

Ni dah tahap mencabar diri saya ni...
saya ada terfikir satu lagi kaedah.
kalau akan datang, saya buat krim brulee ni lg, 3 kaedah ni saya nak cuba serentak.
jadi ke tidak cracked nanti, huhuhu....

Sape penah masak, jom share tips!!!

2 comments:

  1. wah sedapnya..tetibe tekak rasa mkn krim brulee

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)