Assalamualaikum.....
Jangan terbeliak mata tau..
atau terbosan dengan blog NabilaHasyim, hahahaha...
anda masih di blog yang betul, kahkahkah...
Minggu ni baru nak up2 mood blogging...
sementara tu, nak buat entri masak2 je....
Dalam 2,3 bulan ni tak ada share resepi lagi...
kalau dah tau pun tak pe, simpan sini sebagai rujukan dan kenang-kenangan masa depan..
jom la kita masak best2...
Saya suka masak yang complicated ke
atau kategori dessert ke
atau senang cakap yang guna mixer dengan oven, saya suka, saya suka...
ha gitu la kategori makanan yang saya suka nak cuba masak...
makan belum tentu lagi, hahaha...
Saya suka masak2...
saja nak try resepi2 baru..
kadang2 ada yang kena selera, kadang2 tak kena selera...
kalau tak kena selera, sekali je la cuba...
Kalau semalam, kita buat krim brulee guna kuning telur.
ini kawan sepadan dengan krim brulee.
sebab pavlova guna putih telur.
So, kalau buat krim brulee, boleh buat pavlova sekali.
tu kalau U kuat kental gagah perkasa lah, hahaha...
motivasi kena tinggi nak buat pavlova ni...
sabar kena panjang, hehehe...
tak nak membazir la katakan..
lagipun ada ramai orang yang menunggu untuk makan..
pavlova kan kegemaran ramai, yezza....
Tapi gambar pavlova untuk entri ni, gambar pavlova masa CNY yang lepas.
masa cuti CNY tu, kebetulan 2 orang adik ipar sambut besday bulan Februari.
so mak mertua order pavlova.
sebelum tu saya dah plan nak buat kek.
tapi dah mak mertua order pavlova, enSuami cakap buat dua2 la.
Jom tengok resepi Pavlova.
dari kali pertama sampai sekarang, saya tak pernah lagi tukar resepi lain...
memang ikut resepi ni je..
sebab first time saya kenal pavlova dari blog KakAnaSuzana.
macam OK je, tak ada cacat-celanya, so saya pun kekal dengan resepi ni...
Sumber resepi : KakAnaSuzana
4 biji putih telur150G gula aising
2 SB tepung jagung
1 SK cuka makan
1 penutup esen vanilla
** panaskan oven dulu dlm 150 celsius.. masa nak bakar meringue baru turunkan suhu 110 celsius.
Bakar selama 1jam15minit atau lebih ikut kesesuaian oven dan saiz meringue.
Putar putih telur sampai berbuih
Masukkan semua gula aising sikit demi sedikit sambil putar
Putar sampai adunan kental/bertanduk dan berkilat
Bila dah kental masukkan tepung jagung.. putar lagi..
Masukkan cuka.. putar lg sekejap je.. tutup mesin..
Letak dalam loyang yg di lapik atasnya dgn baking paper.. bentukkan la suka hati..
Tanda2 dah masak permukaan meringue tak lembab.. permukaan meringue kering dan crispy..
cara nak cek tunggu setelah sejam pembakaran..
Bukak oven dan try sentuh permukaan meringue..
kalau rasa2 dah ok bolehlah tutup oven..
Harus di ingat jangan kuarkan meringue terus dari oven ye..
biar meringue sejuk sendiri dalam keadaan pintu oven renggang/sedikit terbuka..
Walaupun banyak2 kali masak pavlova ni, kadang2 boleh juga tak jadi...
kali ni masa CNY ni, saya buat 2x pavlova dengan 3x adunan tadi.
Adunan pertama tu, saya habiskan telur yang ada dalam peti ais.
Dapat 2 biji pavlova, tapi tak sama saiz.
ingat yang kecil tu nak bagi ke Uncle jiran sebelah rumah yang sambut CNY, yang besar tu bawak balik.
nak dekat 3jam saya bakar, dia tak kering2...
huuuuuuuu...
Akhirnya yang bawah je jadi, yang atas tak jadi.
esoknya buat baru lagi untuk bawak balik umah mertua...
beberapa kali masak, macam selang-seli plak hasilnya.
sekejap jadi, pastu tak jadi, pastu dah lama tak buat jadi balik.
lepas tu buat lagi tak jadi pulak....
Lepas tu baru google tentang penyediaan meringue ni...
Meringue ni rumit la jugak nak sedia...
dengan penuh hati2...
Tips yang saya dapat:
* guna telur dari peti ais untuk mudah nak asingkan kuning telur dengan putih telur.
* masa asingkan tu, tak boleh langsung ada sikit kuning telur yang termasuk [kadang2 saya abaikan, sikit jer, hahaha]
* semua peralatan mangkuk semasa mengasingkan telur, mangkuk mixer, mata mixer, semua dalam keadaan kering, xleh ada kesan air.
* untuk nak mula buat meringue, keadaan putih telur mesti dalam suhu bilik. maknanya masa asingkan tu, dalam keadaan sejuk. kemudian biarkan dulu menjadi suhu bilik sebelum diputar.
* mula2 dengan medium speed, bila dah mula berbuih, baru masuk gula.
* bila dah mula masuk gula, baru high speed.
* pukul lagi sampai gebu, putih berkilat, dan kembang 2-3 kali ganda....
* bakar, guna api bawah sahaja. suhu tak boleh terlalu kuat. konsep meringue perlu dibakar perlahan supaya luarnya rapuh, dalamnya gebu.
Meringue yang sempurna, bila angkat, dia akan tajam2, bertanduk seperti dalam gambar...
Mixer kena laju, pukul non-stop la jugak...
kalau buat pavlova, mula la enSuami geleng2...
makan letrik sungguh, hahahaha....
dah nak makan sedap kan, terpaksa arrr....
Lepas dah siap ni, boleh sediakan loyang bersama baking paper.
saya tak ada baking paper, guna aluminium foil je...
kalau orang buat jual, disarankan menandakan bentuk bekas/loyang untuk hidangannya nanti.
kalau nak buat kecil masuk dalam cup, boleh guna piping bag.
setakat ni, saya belum rajin lagi nak buat kecik2 tu, hihihi...
Bentukkan meringue ikut saiz tu.
ramai yang sarankan, bahagian tepi kena tebal dari bahagian tengah.
guna spatula, senang untuk kaup dan bentukkan meringue ni, sebab dia kental gitu...
rupa memang comot, tabikla kat sape yang boleh buat licin je....
Lepas dah sejuk dalam oven, boleh sediakan krim putar plak..
beli whipping cream non-dairy.
sebab rasanya macam ais krim gitu, dan tak mudah cair.
putar dalam keadaan sejuk.
selalunya akan naik 3 kali ganda.
untuk sebiji pavlova ni, cukup satu cawan krim.
putar sampai kembang dan gebu juga.
rupa gebunya macam meringue tadi, tapi tak bertanduk la...
Pastu, boleh la trus hias dengan buah-buahan masam.
setakat ni guna strawberry dengan kiwi je la..
buah2 lain belum berani nak cuba.
Lepas siap hias, simpan dalam peti ais dulu, bagi sejuk dalam sejam kalau nak cepat makan.
Pavlova siap untuk jiran rumah.
Aci dok bagi pavlova sambut CNY?
saya bagi petang tu, sebelum malam diorang makan besar.
tengok anak2 dia dah balik, segan plak rasa nak bagi.
tu pun Uncle ckp, waaa banyak cantikk ar..
saya sangat berbesar hati, kalau Uncle suka, rasanya xtau la sedap ke tak, huhuhu....
Sedpye.kak.nak cubaa laa.krim tu mcmna nk buat
ReplyDeleteKrim yg nak letak buah tu ke?
Deletebeli kat kedai bakery Jue, kedai Makcik belakang Yummie tu ada jual jenama Pride, RM9.60.
balik tu, sukat 250ML, just pukul dgn mixer smpi naik 3x ganda.
baru sapu kat pavlova n hias dgn buah2an..
ya ampun pandainya awak buat pavlova!saya tgk bhn2 tu mcm senang,sekali tgk tips tu terus surrender.haha!klu sy teringin nk mkn beli je la,sbb takut tak jadi.haha
ReplyDelete