Search This Blog

Wednesday 11 March 2015

Suka duka bulan Februari

Assalamualaikum..

Cakk..
Lama dak nabilahasyim menghilangkan diri???

Ceh, baru nak 2 minggu..
Tp rasa mcm dah 2 bulan xupdate, hahaha..
Perasanggg...

Ok la, OK la..
Mood dah ke laut orang kata..
Saya, klu dpt pi ke laut syokkk arr..
Alamaks, tetiba teringin nak pi ke laut.
Tu la, bukan boleh dok sebut2 laut ni, rinduuu...

Yaks, peristiwa suka, ada satu je kot..
Suka pun, kena duit jugak, huahua..
Ok kat taman kami dah pasang tiang telefon.
So boleh la pasang streamyx.
Tu pun kena cas sampai rm200.
Xkena gaya, plug telefon tu dah rosak.
Terpaksa diorang buat wiring baru.
Dan terpaksa tebuk lubang kat siling ruang tamu, hukhuk...

Selepas seminggu pasang streamyx, baru nak up speed nak online dengan laju sampai lebam, hahaha...
laptop enSuami rosak!!
bila on laptop, asyik dok loading je tak habis-habis..
sampai 2 hari, on off on off, still macam tu jugak.
kemudian bawak le pi klinik komputer...

Ha, jgn confuse lak, dengan klinik ni
kat kuala selangor ni, memang ada kedai baiki komputer nama Klinik Komputer.
memang sesuai la sangat nama klinik.
laptop, sistem unit, printer yang sakit, yang rosak, yang tak berfungsi, semua boleh pi.
nak install antivirus pun ada.
nak beli apa2 yang baru tentang komputer pun ada, kalau kedai tu ada stok la..
tapi majornya, memang membaiki.

nak dipendekkan cerita, selepas berulang-alik antara 2 kedai, 1 lg kedai OneTech [kedai asal laptop dibeli]
HDD laptop enSuami rosak..
2,3 hari enSuami saya makan tak kenyang, tidur tak lena, susah hati fikir pasal laptop dia..
ye la, banyak maklumat/bahan2 pembelajaran yang dia dah download bertahun2 tu...
takkan nak lesap gitu aje, huhuhu...

Sampaikan saya pun dipertikaikan..
sebab saya no komen apa2 bila dia meluahkan perasaan susah hatinya..
katanya saya tak memahami perasaan sedih dia, hahaha...
rasa nak menangis je..., berat di dada...
dia la kata, tapi tak nampak nangis pun...
[xtau la kalau dia sendu2 kat belakang saya kenn]

Kalau tukar HDD, faham2 je la, huhhh.
disebabkan HDD lama rosak, tapi, bahan dalam tu, masih boleh diselamatkan.
enSuami rasa lega la sangat...
tapi enSuami kena transform kepada external HDD.
so beli casing baru, RM30.
pastu dia beli lagi adaptor [power supply - ACER], RM 50
yang lama dah rosak, saya dah buang ke mana dah, hehehe...

Lepas enSuami dah dapat pegang laptopnya...
jeng jeng jeng....
saya yang sedang online dengan enaknya....
tiba2 pluppp, hitam!!!!

Mak aii, awat pulak laptop ni?
Hafni kacau plug ke..
bila bangun tengok, OK je...
tak ada yang tercabut...
tengok suis, ON.
try on semula laptop...
xmenyala jugak!
huhuhuhuhuhuhuhuhu....
laptop saya plak buat hal....

Dah tu, masuk klinik juga la laptop ni..
sampai sana, bos cakap motherboard terbakar ni...
motherboard???
Allahuakbar, melayang lagi RMRMRMRMRM...

Sama kot harga kos motherboard baru dengan HDD baru...
RM250 sama untuk laptop kitorang melayang...
RM250 + RM250 + RM30 + RM50 = RM580
ni la kosnya selepas 3 tahun guna laptop ni, hahahaha...

+ dengan streamyx RM200 = RM780...
hahhh, ini perbelanjaan luar biasa ni...
dah le gaji Februari awal hari tu kan...
masak la, nak tunggu 41 hari, hukhukhuk....

Ini pun kan, laptop saya boleh guna bateri je, sejak tukar motherboard baru ni.
entah la kenapa, bahagian lubang ni, cucuk adaptor tu, tak masuk power...
ni yang malas nak on laptop ni...
mood yang hilang....
2,3 hari ni terpaksa ON sebab ada kawan bagi tugasan.
habis bateri je, terpaksa tutup dulu.
tukar bateri ke laptop enSuami, kemudian cas kat situ.
nak guna laptop enSuami, photoshop plak tak ada.
try nak download, tapi tak reti, hahaha
malas nak godek lama2, asyik jumpa yang trial je...
boleh ke ek, download dari internet je, kalau nak install...

Hahaha, macam buta IT je makcik ni, kekeke...
bukan zamanku lagi.
dulu rajin la nak explore..
skg tak da masa nak hadam benda2 tu...
banyak lagi kerja lain nak kena buat, hukhukhuk...

Emm, mood nak buat baju raya habaq hang, kekeke....
awai dak ceq buat baju raya????
acaner orang dok tayang baju cantik2 kat FB, mata ceq berpinau dah tengok...
jadi tak sabaq nak buat baju raya, nak try fesyen baru la katakan....
seminggu ni dok hadap mesin, tu yang tak dan nak On laptop tu, kahkah...

bila kena on laptop, terpaksa la, tutup dulu kedai jahit, hehehe...
esok ceq buka kedai kek plak naaa...
tungguuuuuuuu...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers