Search This Blog

Sunday, 4 August 2013

Sebulan yang berlalu...........

Ouchhhhhhhh...
Dah sebulan tak upadate blog..
macam tak percaya je dah sebulan berlalu..
Apa yang saya dah buat eh, sebulan ini?
Emmmmmmmmmmmmmm
Harap ada sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan keluarga...
InsyaAllah saya nak update beberapa perkara secara ringkas.
Kalau ada masa, kita cerita lanjut setiap satu2 cerita.........

Mahligai Bahagia
Alhamdulillah, untuk pemasangan tiles kat 2 bilik dah siap sempurna.
Perubahan pada ruang dapur juga selesai.
Cuma ada 2 bahagian yang tak berapa sempurna.
Pintu belakang tu, tak dipotong dengan baik. Jadi saiznya macam ketat sikit. Jadi susah sikit bila nak tutup.
Kedua, dinding atas dapur yang tak boleh diketuk buang, tidak dirapikan dengan baik. Macam kasar2 sikit simen dinding tu.. tak berselera nak langut tengok.....
Unntuk kabinet dapur, konkrit dah siap, puas hati. enSuami kembang semangkuk berbangga.
Tinggal pintu kabinet je lagi belum pasang.
Ada kekangan kewangan, tak dapat nak lamsam selesai sekaligus.
Mudahan ada rezeki secepat mungkin.
Rumah sekarang, masih keadaan sama.
Cuma untuk beberapa bahagian dalam rumah sahaja berubah wajah sebab dicat.
Ada yang OK, ada yang tak cantik..
Dugaan sungguh. Kali lepas cat kat rumah sewa, OK ja hasilnya...
Kat sini, ada beberapa kes, yang kelihatan tompok2, atau garis2 roller cat tu.
Pelik betul, kesan roller cat tu boleh kelihatan, jadi hasilnya macam tak sekata.
Apa yang tak kena pun, tak tau la... keciwa la jugak kali ni...

Kehamilan
Saya dah cerita ke, saya dapat diabetis semasa mengandung ni?
Kes bermula selepas kena minum air glukosa selama 2jam masa bulan ke-7.
Keputusannya, bacaan glukosa tercatat 8.3 mmol/L.
Sejak tu sebulan sekali perlu ke klinik untuk ambil bacaan glukosa dalam darah, 4x sehari.
Semasa bulan puasa ini, kita terpaksa untuk tidak berpuasa.
Saya dengar terkejut juga.
Mau ka tak posa?
Isk, cam tak syok pulak...
Time pregnen ni la nak dapat peluang nak puasa penuh kan....
Cakap kat enSuami pun, dia tak setuju jugak.
Saya pun tanya kakak, boleh tak kalau puasa jugak?
Kakak saya kata boleh kalau nak puasa juga, cumanya tak leh sahur la kol 5 pagi tu. Kena berhenti makan macam biasa pada pukul 10 atau 12 malam.
Bacaan tu untuk kali pertama dan kedua, 2kali amek dalam bulan puasa ini, jadi sama bacaannya. Kali ketiga amek, akan rendah sikit dari yang sebelum tu... Masa berbuka, saya minum air sahaja, sebab nak kontrol makanan masuk dalam badan. Sepatutnya 2jam sebelum amek darah, kita dah kena berhenti makan. Tapi dah hari berpuasa, mesti la kena berbuka segera, nak pengsan kalau tak makan pape sehari...huh. Kalau minum air sahaja, takda la bacaan jadi tinggi sangat lebih dari 6.5 mmol/L. So stil selamat. Jadi nurse takda la syak pape kan, hehehe....

Beg kelengkapan bersalin
Saya dah mula berkemas untuk pakaian siUmi dan siBaby.
Cuma 1 lagi beg untuk toileteries dan pam, botol susu belum siap lagi.
Baru je beli kat SALE ANAKKU pada hari terakhir 31 Julai lepas.
Tunggu nak basuh2 dulu barang2 ni, baru nak simpan dalam beg.
Setakat ni, tak buat2 lagi.
Bila 1 beg ni tak siap lagi, maknanya, beg kelengkapan ni belum ada dalam bonet kereta lagi, huhuhu...

Hospital Bersalin
Alhamdulillah 31 Julai lepas dah ke Hospital Azzahrah.
Dengan ditemani enSuami ke Bangi. Terpaksa la enSuami amek CRK.
Lega la bila dah jumpa pakar.
Sebelum bulan puasa, saya telah ditetapkan pertemuan dengan Pakar Hospital Kerajaan yang berdekatan (Hospital Tanjong Karang) untuk makluman keselamatan untuk saya dan bayi dalam kandungan. Doktor kata bila ada diabetis semasa mengandung, berisiko untuk bersalin secara normal. Bimbang sebab baby terlalu besar. Saya risau kalau Pakar yang kena jumpa nanti adalah lelaki. Nanti saya buat perangai la plak...
At least, bila dah jupa pakar kat Azzahrah, tak da la lagi nak risau kalau terjumpa dengan doktor lelaki. Saya boleh elak untuk nak buka perut kat dia kan...
Eeeeeeeee ngeri la dok pikir camni...
Selalunya yang kena kencing manis ni, berat badan naik mendadak, tak mengikut skala dalam buku pink tu.
Berat saya, tak da la naik sangat, normal secara konsisten.
Dari berat pertama 48.5kg dan setakat 31 Julai lepas, berat terkini 55.8kg
Semasa jumpa Pakar di Azzahrah, Dr Mashita, dia kata saya OK. Takda masalah. BSP saya tak da la tinggi, bacaan semasa amek darah, adalah normal.
Dia nasihatkan saya untuk jaga pemakanan semasa hari raya ni.
Takut terbabas kang, efek plak pada diri dan kandungan.
Setakat ni, baby dah berat 2.3kg, Alhamdulillah.
DIY Sarung Set Tilam Bayi
Selepas dah beli set tilam bayi, dalam seminggu juga dok cari kain nak buat sarung bantal untuk baby.
Mulanya nak kain flannel la, lembut sikit.
Cari kat kedai, corak2nya tak berapa sesuai.
Saya tak jadi beli dulu, ingat nak survey2 lagi kat tempat lain.
Kebetulan kami ke Nilai 3 kali kedua, sebab nak beli rel kayu langsir.
Kan cerita hari tu tak beli lagi, heeee
Pastu pi kedai Sri Maju tu jugak la sebab murah kan....
Borong lagi kayu.
Secara tak sedar, masa mata asyik mencari kain cotton untuk baby, dah terjumpa corak yang berkenan.
Rupanya dah masuk ke kedai Sri Maju tu jugak.
Jadi, beli kain cotton tu pun kat kedai Sri Maju tu juga.
Bidang 90", dia jual RM19.90 semeter. Tapi harga beli dapat RM15 semeter.
Saya beli 2meter, sebab tak reti nak agak, 90" macamana besaqnya....
Bila dah siap sarung bagi set tilam ni, kain masih berbaki banyak.
Kalau bidang 45", mungkin ukurannya 2m cukup2 untuk set ini.
Bidang 60", 1 1/2m mungkin.....
Alhamdulillah dah siap.
1 lagi baru saya teringat, barut bayi yang saya buat dulu, saya tak sambung2 lagi keja, so barut sahaja belum siap lagi....adeh.

DIY Sarung Kusyen
Hari tu saya ada cerita nak kena buat sarung kusyen untuk mak kat kampung kan?
Alhamdulillah sempat siap.
Tapi hasilnya, tak pasti la, belum pasang lagi kat kusyen.
Kita tengok lepas raya nanti ye...
Tu pun kalau ada sesape kirim gambaq kat saya dari kampung, huuuu....
Persiapan Hari Raya
Baju raya, masa balik Kedah haritu, dah beli sesiap. Mak pi tempah jahit kat kawan dia. Masa beli tema hijau pucuk pisang + kuning.
Pastu abang sulung beli lagi baju kat kilang. kali ni depa beli biru2 nak kehijauan...
Tapi dah raya tahun ini, saya beraya di Selangor, tak dapat la nak balik ke Kedah.
Semua baju ada kat sana....
Kat sini tema champagne... lama-lama jadi coklat sudaaa....
Saya nak beli bajum kurung yang dah siap memang susah sket la...
So, masa jalan2 cari baju raya, terjumpa jubah kain cotton yang tompok2 comel mcm stail Indon tu.
Selalu harga RM100 lebih. tapi kali ni dapat RM60 sehelai.
enSuami pilih 2 helai untuk saya. Paling besaq pun dapat beli saiz XL. Kalau ada sampai triple pun saya nak amek triple, walaupun XL dah muat elok. Tapi saiz Indon, paham2 je la.. Kecik sket.
Biskut raya, saya buat sikit je.
First buat chocolate chip cookies.
Second, Sante finger...
Pastu wat simpul kasih. tengah jalan, serunding habis daa. yang jadi simpul kasih, saya kirim balik Kedah. popia yang berbaki tu, ingat nak wat suci dalam debu, tengok la kalau sempat ke tak....
Hari ni last nak buat tat nenas.
6hb, adik saya dah nak balik Kedah.
Semua barang; sarung kusyen, biskut raya, saya kirim kat dia je la bawak balik ke Kedah....
Sekian saja celoteh saya. heee
Mood menulis belum berkembang ler... sebulan tinggal, nak cerita pun lambat... bila lagi nak update seterusnya nih?????

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers