Thursday, 4 July 2013

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2013

Hah, mesti semua terkejut, hehehe.
Tetiba je cerita pasal sekolah deh, kementerian pelajaran pulak tuh...

Ini kerja sekolah enSuami saya la ni...
Semalam je baru saya siapkan text ni..

Cari kat MOE bila download dalam PDF.
Bila convert, tengok2 dapat jpeg.
Apa punya pegawai la...

Dengki ke pemalas nih?
Apa la salahnya upload dalam PDF yang boleh diedit.
Cepat sikit kerja cikgu.

Nasib baik la enSuami saya ini ada pnIsteri yang serba boleh ni...
Hal2 typing, kacang je....
Saya pun taip balik la dari jpeg download tadi.

Masa dok taip2 tu, teringat pulak nak share.
Mana la tau kot2, ada lagi sekolah yang masih baru nak gerak buat majalah macam enSuami saya.
Saya tolong mudahkan kerja anda ya, InsyaAllah.

Tapi penggunaan bahasa tu, ada yang saya musykil.
Kepada cikgu BM sekolah menengah, ada ke perkataan KEMENJADIAN?
Ikut hati saya, nak je tukar kepada PEMBENTUKAN...
Tapi mana la nak tau kot2 saya dah ketinggalan.
Dah lama tinggal sekolah.
Tapi saya taip juga la bagi sama, kot memang wujud perkataan kemenjadian ni.

Cuma perkataan MURID saya dah tukar dengan PELAJAR.
Sebab enSuami sekolah menegah, rasa macam tak sesuai nak guna perkataan MURID.
Kalau ada yang cikgu sekolah rendah nak copy kat sini, nanti tukarlah ye, perkataan PELAJAR kepada MURID.

Harap entri ini dapat memudahkan kerja cikgu-cikgi sekalian ye.
Nanti kirim doa untuk saya dan enSuami ye, bahagia dunia akhirat sampai Syurga
TQ muah muah muah, hehehe....


KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Tahniah dan syabas saya rakamkan buat Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Sekolah atas kejayaan dalam menerbitkan Majalah Sekolah pada tahun ini. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, segala usaha dan sumbangan kalian dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, saya dan warga pendidik merupakan penggerak bagi meneruskan usaha dan semangat bagi memastikan PPPM ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Pelan ini mempunyai aspirasi bagi mentransformasikan pendidikan di negara kita. Sejak negara mencapai kemerdekaan, 1957, komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian pelajar secara menyeluruh. Terdapat lima aspirasi sistem yang perlu dicapai bagi membolehkan kita melihat kemenjadian pelajar. Kementerian berharap dengan terlaksananya kelima-lima aspirasi ini, keberhasilan pelajar akan menyerlah menjelang 2025. Pelajar merupakan aset yang sangat berharga kepada negara. Justeru, PPPM telah menetapkan enam aspirasi pelajar. Untuk mencapai lima aspirasi sistem dan enam aspirasi pelajar tersebut, 11 anjakan telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tiga peringkat atau gelombang bermula dari 2013 hinggalah 2025.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang jitu, nilai kerohanian yang mantap, literasi teknologi terkini, dan kemahiran komunikasi yang berkesan. Sesungguhnya, kejayaan transformasi pendidikan ini amat penting bagi memastikan hasrat negara maju tercapai menjelang 2020.

Akhir kata, marilah kita sama-sama meningkatkan kapasiti pendidikan dan kredibiliti warganegara Malaysia yang mampu menggalas cabaran untuk mengangkat martabat bangsa Malaysia yang berjaya.
Sekian, terima kasih.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


*Tandatangan copy sendiri la kat internet...huhu sory.

Kalau ada yang nak download dalam bentuk:

  • PDF sila klik sini [scribd.com]
  • Word sila klik sini [4shared.com]
  • Original dari MOE sila klik sini

* Untuk Kata Alu-aluan Menteri Pelajaran tahun 2013, saya tak jumpa2 lagi kat website MOE.
*Kalau ada sesiapa yang dah ada, boleh la share sama-sama.
*Sharing is Caring kan....love struck
TQ naaaaaaa


5 comments:

  1. terima kasih..tumpang copy sbb kes malas nak convert...

    utk pengetahuan.. istilah murid memang dikhususkan kepada orang yang belajar sehingga ke tingkatan lima, manakala istilah pelajar adalah untuk orang yang belajar pada peringkat seterusnya...tingkatan enam dan kolej..universiti

    ReplyDelete
  2. saya pun tengah cari kata aluan menteri pelajaran utk majalah sekolah tahun 2013. awak dah jumpa ke? boleh saya dapatkan sumber. saya lo ni tengah pening pasal majalah sekolah

    ReplyDelete
  3. Salam, enMuzaha.

    enSuami saya kata, pihak penerbit majalah sekolah ada teks tu.

    Jadi, enMuzaha, xperlu susah2 cari, teks tu sama utk seluruh malaysia.

    melainkan kalau penerbit majalah tersebut, hanya mencetak majalah untuk sekolah enMuzaha sahaja.

    kalau demikian, sila maklumkan supaya saya boleh dapatkan salinannya kepada enMuzaha.

    Mohon disertakan emel untuk saya hantar salinan tersebut.

    TQ

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya alif hafizi dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra, boleh tak kalau tolong beri saya salinan kata aluan menteri pelajaran untuk majalah sekolah 2013, dah cari dari semua sumber namun masih tak jumpa... email : AlifPiJie@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, boleh tak kalau saya nak salinan kata aluan menteri pelajaran .. email alifpijie@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete

Tak mau komen, meh??? ;P