Search This Blog

Wednesday, 21 August 2013

Cerita 3 hari keluar rumah...

*mende la tajuk entri ni, sory lar....

Assalamualaikum...

Isnin Selasa Rabu, saya tak ada di rumah...

Hari Isnin, ada BSP.
Seawal pagi dah keluar rumah ke klinik Kuala Selangor.
Lepas tu terus ke rumah sendiri untuk sarapan sebelum jam 9.

Jam 10, saya ada pertemuan dengan dietician..
Pegawai Sains Makanan untuk sesi kaunseling dalam diet harian bagi pesakit kencing manis semasa mengandung.
Masa sesi tu, saya tak berdua sahaja dengan enSuami, ada juga pasangan lain.
Yang sama dapat taklimat dengan saya, dia kurang darah. Bacaan HB dia tak pernah sampai 10.

Saya punya bacaan BSP, OK je...
Area 4-5.
Sekali bacaan untuk 2petang tu naik 6.1.
Hari tu pakar Hospital Tg Karang kata, nak elok, mesti bawah 6.
Nurse plak kata bawah 6.5 masih OK...
Pakar lebih bertegas dalam bacaan BSP ni..
Sebelah malam tu, dah trun balik kepada 4.3.
Balik dari klinik, baru singgah kedai, makan nasi goreng, lalalala....

Masa jumpa dietician ni, saya dengar je la...
Saya harap la, saya dapat tau sesuatu yang saya xtau lagi sebelum ini.....
Memandangkan kawan sebelah ni lebih kritikal, jadi dia lebih banyak cerita pasal nak tambah darah.
Saya pun kena dengaq jugak ni, sebab HB saya pun kadang2 rendah gak, takat 11.
Dia cerita setiap hari 4 senduk rata nasi maksimum.
Banyakkan makan ikan, untuk kandungan zat besi yang tinggi.
Elak minum atau makan sumber dari soya, macam air soya, tempe, kicap, taufufah. Sebab soya merupakan penyerap zat besi yang kuat.
Masa makan ubat, jangan minum dengan susu. Jarakkan waktu makan selepas makan ubat.
Elakkan kopi, teh, koko/milo dan minuman 3in1 dan minuman jus dalam kotak. Termasuk juga minuman bergas.
Lebihkan makan sayur berdaun hijau gelap, kurangkan yang berubi.
Yang saya tak boleh terima, dia suh makan hati ayam untuk tambahkan darah.
Ini semua ilmu Barat. Banyak benda yang bertentangan dengan cara Rasulullah SAW.
Saya memang anti habis la kalau orang cakap makan hati ayam, boleh tambah darah!
Dah terang2 Rasulullah kata jangan makan organ dalaman haiwan kerana boleh melemahkan daya tahan badan.
Agaknya dietician ni tak baca kot cerita iktibar kisah benar yang berlaku.
Habis je taklimat ni, saya rasa menyesal plak tak bagitau kat kawan tu, suh makan buah delima.
Kalau tak jumpa buah delima, minum air pati delima pun dah OK.
Nak tidur pun saya dok pikir lagi pasal kawan tu, sampai saya kata, harap2 kawan tu tak ikut la cakap dietician tu, makan hati banyak2...
Suami saya kata, mesti la dia ikut, bukan macam Sayang, suka bantah... Mesti dia pun xtau hati ayam tu tak bagus untuk kesihatan.
Ala, takkan xtau kot hati ayam tak elok dimakan, huuuu kesiannnn...
* Saya teringin sangat nak tau keputusan HB kawan tu minggu depan, kalau betul dia ikut cakap pegawai tu makan hati ayam dan kerang banyak2, dan tak boleh makan soya....Naikkah HB dia???

Hari Selasa, sarapan dulu kat rumah, buat nasi goreng kampung.
Petik kangkung kat belakang rumah, Mak Mertua tanam.
Syoknya perasaan bila nak masak pape, boleh petik kat kebun belakang je... [tak sabar nak buat kebun kat umah sendiri nanti]
Pastu 9.30 keluar ke klinik.
Hari ni pi klinik check up mingguan.
Lambatnya perjalanan proses hari ini..
Saya dapat yang sesi jam 10...
Orang yang datang jam 8, 9 pun tak masuk lagi jumpa Nurse..
Awat lambat sangat ni, selalu hari Selasa cepat je...
Saya sampai boleh lelap la, tak tahan sangat mengantuknya.
Macam kat klinik Bangi plak, ramai sangat orang...
Ada plak ramai sangat baby checkup hari ini.
Macam2 bunyi ada, jadi semak kepala.
Sambil pegang perut, berdoa, esok2 baby jangan macam ni ya, kat tempat orang ramai, jangan nak bising2, malu Umi kalau tak dapat pujuk, kang kena lompang kang, [ada ka Mak nak lempang baby dia, hohoho]
Baby tu nangis sampai Mak dia xtau nak pujuk camna, sehingga naik darah dia, termarah anak sendiri, Kenapa nih? dengan suara yang kuat.
Alamakkkkkk
Camna la saya nanti, saya pun jenis tak boleh sabar ni, dengan budak nangis2 ni...
Boleh ke tak ni, nak pujuk anak.. Kalau Abi ada sebelah boleh la kasi kat dia, sebab lelaki tahap kesabaran tinggi...
Ada satu ungkapan dari kawan saya, suamisteri, kawan saya yang pompuan tu, dah termarah anak2 dia bila anak2 dia bising kacau dia buat kerja, kebetulan dia tak berapa sihat. Si suami plak jawab sambil ambil pujuk anak2, "kesiannya ahli-ahli syurga ni kena marah".
Aduh, tersentap saya baca ayat ni... Anak2 yang kecil, xtau apa2, tak berdosa [ahli syurga] kena marah dengan kita yang '............', tentulah tidak selayaknya, Allahu Akbar....
Semoga kuat la sabar saya. Amin.
Untuk ujian makmal, HB saya plak turun 10.6. Pembantu makmal tu siap tulis pen merah lagi. Masa jumpa Sister baru saya perasan, bila dia tegur.
Aik, saya terkejuk bapak masa tu.... camna boleh turun ni...
Dari hari Jumaat, saya lupa nak makan vitamin yang klinik bagi.
Pastu ada juga makan tempe, sebab ni ke?
Habis jumpa Sister, dia tak cakap pun kena jumpa doktor. Eloklah, kebetulan hari ini saya nampak doktor Cina lelaki ja yang ada. Semalam Dr Aimi dah keja, mungkin hari ini dah tak ada.

Hari Rabu, saya kena jumpa Pakar di hospital bersalin di Bangi.
Jadi, enSuami amek cuti CRK lagi.
Sampai kat hospital, orang kaunter cakap, Dr Mashita tengah emergency operation, dalam sejam lebih lagi baru ada, kalau nak pergi sarapan dulu pun boleh.
Oh, elok juga, kami pun belum sarapan lagi tadi, dah keluar rumah awal.
Keluarga mertua plak dah stat puasa sunat minggu ini.
enSuami saya pun kata nak puasa stat Isnin lepas, kesian dia xdapat puasa, dah dok ikut saya ke klinik, hospital setiap hari.
Saya pun, apa lagi ajak la enSuami pi makan roti canai D' Bukit. Roti canai yang crunchy2 gitu.
Dah lama tak makan. First time makan dengan kawan2 bujang dulu.
Memang best la roti canai dia.
Saya nak lepas kempunan, order, 2 bijik roti kosong. enSuami pun ikut sama...
Kedai ni tiap2 hari ramai. Hari Isnin tutup. Sarapan pagi yang best.
Roti canai la meletop!
Makanan2 lain pun ada jugak...
Lepas tu jumpa doktor, scan macam biasa.
Doktor kata kepala baby tak turun lagi...
Saya terkejut, dalam hati, aik kakak kata, 36w dah turun, jangan dok wat pelik la baby. Saya tak mau songsang ni....
Doktor scan lagi, bagitau berat baby dah 3kg lebih, Oit, besaq jgk ni, takut plak saya...
Sekali lagi saya tanya, tadi Doktor cakap, kepala baby tak turun lagi? Maksudnya masih di atas kah?
Bukan, kepala baby dah pusing ke bawah, cuma dia belum turun ke pangkal rahim. Selalunya 38w dah masuk.
Habis tu, OK ke tak OK?
OK je, normal, xjadi masalah. Kadang2 ada yang bila sakit nak bersalin baru kepala masuk dalam pangkal, jadi tak perlu risau. OK je ni...
Oh macam tu, OK... Lega rasa dalam hati.
Doktor tunjuk badan baby, pipi baby, apa2 yang nampak la masa tu...
Air ketuban pun cukup, elok....
Lepas habis scan, doktor pesan pasal hal2 nak bersalin.
Dia pun tegur juga pasal HB turun bila dekat nak bersalin ni...
Dia suh saya teruskan makan ubat. Pastu ada sebut pasal Zincofer, dulu saya penah dapat, tapi makan tak habis, sambung dengan vitamin lain plak. Doktor suh makan semula Zincofer tu, kalau dah bersalin pun terus makan juga.
Memandangkan saya ada kencing manis, paling lewat saya boleh tunggu sakit untuk bersalin pada 2.9.2013.
Kalau tak sakit juga, 3hb pagi kena masuk hospital. Besar kemungkinan kena paksa bersalin la, selalunya kena induce...
InsyaAllah saya bersalin 1hb, Amin.

Lepas jumpa doktor, kami terus ke misi yang seterusnya.
Hari ini, tercapai la enSuami nak bawa saya pi IKEA.
Tapi saya la yang nak pergi sangat2...
Sebab nak beli laci untuk letak pakaian baby..
Kat perabot Bahagia ada laci kaler putih, tapi bila pi tengok dan pegang sendiri, rasa cam xsyok plak...
Harga RM199, kalau kat IKEA, RM239, tambah 40hinggit ja lagi, boleh dapat yang kualiti, ye tak?

Mulanya nak amek yang 5 laci, tapi tak da yang putih.
Bila cakap kat enSuami, dia suh amek kaler putih la lawa.
Tu yang nak amek yang RM239 tu...
Tapi bila dah tengok kat showroom, enSuami kata rendah plak...
Dah banyak pilihan, mata pun jadi rambang.
Lama dok pusing2 tengok, nak yang ni ka, nak yng tu ka, banding2kan, akhirnya enSuami suh amek yang 4 laci, putih. Harga RM 339. Huh, tmbah 1 laci, 100hinggit...
MALM Chest of 4 drawers IKEA Extra roomy drawers; more space for storage. Smooth running drawers with pull-out stop.
Barang kedua, rak kayu untuk penstoran.
Masa dok pk2, tgok kat website, nak yang RM59 saja.
Tapi rak kayu mcm ni ada lagi 2 pilihan dgn kuantiti simpanan yang berbeza..
Buat masa ni, saya memang nak guna, untuk letak periuk dan makanan kering kat dapur.
Boleh letak sebelah ruang kosong kabinet dapur.
Tapi nanti bila dah ada tall unit [rak untuk oven dan microwave], tempat tu dah tak muat lagi.
Ruang alternatifnya adalah satu sudut di depan toilet berukuran 110cm X 57cm.
Jadi sangatlah muat nak letak kat situ.
Bila tempat bertukar, fungsi jugak bertukar.
Sebabkan rumah kami tak ada bilik atau ruang untuk dibuat sebagai stor, jadi rak ni la stok kami.
Seharusnya saya amek yang loading paling besaq, iaitu 50kg, RM129.00.
GORM Shelving unit IKEA Untreated wood; can be treated with oil or glazing paint for a personal touch and a more durable surface.
Ketiga, enSuami suh amek wire basket ni..
RM 10 satu...
OBSERVATĂ–R Clip-on basket IKEA If you need more storage space, you can hang several baskets vertically from a shelf or stack them on a flat surface.
Bila balik umah, pasang, dia kata cam tak lengkap lak ada 1 ja, suh amek 2, Sayang xmau...
Saya pun xleh fikir la, berguna ke tak... nanti2lah, kalau nak beli lagi, boleh pi lagi....

Keempat, kami beli cermin dinding.
Haritu enSuami kata dia berkenan masa tengok kat rumah contoh fasa kedua tu.
Saya pun ingatkan dia, nak beli tak?
Bukan leh caya sangat ni, mesti dah lupa tu...
Masa awal2 nak, nak, nak...
Bila nak membeli, lupa plak ye....
KRABB Mirror IKEA Can be added on to, to give any shape or size. Can be used in high humidity areas.
Nyaris nak terambil yang ini.
Dia nampak yang ni plak cantik...
Emmmmmmmmmmmm
KRABB Mirror IKEA Full-length mirror. Can be hung horizontally or vertically. Can be used in high humidity areas.
Yang macam ni sesuai kalau saja2 nak wat hiasan.
Saya nak beli cermin, sebab saya nak guna, suluh badan.
Sebab dalam bilik tidur kami, saya tak beli dressing table, xminat...

Kelima, pembuka tin.
Yang beli haritu tak tahan lama, saya dok tekan, mata dia xnak pusing2. Dah loose agaknya...
Jom try yang jenama IKEA la plak...
IKEA 365+ VĂ„RDEFULL Can opener   Can also be used as a bottle opener.   .
enSuami ada tanya gak, kualiti ke tuh?
RM25.90, kalau tak kualiti jugak, memang nak kena ar.....

Balik dari IKEA singgah umah dulu, letak barang2, laci putih tu je bawa balik Tanjung.
Tapi bukan letak je, saya terus minta enSuami pasangkan rak tu...
Tak sabar kot nak susun-susun barang kat atas tu, heeee...
Minta tolong dengan penuh sopan n manja gitu, OK...
Sebab saya tau, dia penat, hahaha.
Tapi pnIsteri ni memang la, semua nak cepat siap, lala tu jugak nak buat sampai habis lengkap.
Sabor je lah dengan bini dia ni, kekeke....

Kerja-kerja mengemas dah nak habis, tinggal barang2 yang mungkin tak guna pakai lagi, saya biar dalam kotak dulu...
Tak buka semua barang, tak cukup muat nak letak, kabinet tak siap lagi.
Kat dapur tu, walau sebanyak mana saya mengemas, masih nampak tak siap2 lagi...
Aduh, xtau dah nak wat camna kat dapur tu...
Macam ada yang tak kena je, xbest sungguh...
Xtau lah, emmmmmm

1 comment:

  1. Salam. Yg rak ikea tu kalau nak let go, sy nak urgent. Blh cntct sy 0132543354. Thanks!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers