Search This Blog

Thursday, 29 August 2013

Makanan semasa berpantang....


Assalamualaikum...

Belum mula berpantang lagi...
Bersalin pun belum, hehehe...

Tapi saya dah mula mencari menu2 untuk berpantang.
Dah orang cakap, akan makan menu yang sama je kan selama sebulan...

Ramai kawan2 kata leceh...
Makan tak sedap, itu tak boleh ini tak boleh...

Saya tengok syok ape..
Masa mak berpantang dulu, saya yang masak2 untuk mak.
Masa tu menu mak saya ikan talang masin goreng, lada hitam yang ditumbuk dengan nasi putih panas2...
Saya penah cuba makan macam ni, sedapnya...

Tak sabaq nak tunggu masa berpantang...
Saya memang peminat ikan masin.

Tapi rezeki saya, berpantang kat rumah mertua.
Orang Jawa plak kan...
Memang tak sama la caranya...

Bila saya cakap kat enSuami nak makan ikan masin, dia cakap mana boleh makan yang goreng2.. Sayang kena makan yang sup2 saja.
Oh tidak!
Saya tak boleh la benda lembik2 ni...
Hari tu masa berat tak naik, enSuami belikan ikan merah laut dalam.
Digemburnya masak sup ikan merah, resepi paling sedap macam mak dia masak.
Sekali bila buat, saya tak lalu, geli geleman bila telan isi ikan yang lembik2 tu...
Sampai sekarang saya dah tak makan menu tu.
Conpem masa pantang nanti ada kan...
Tapi enSuami dah tau dah yang saya tak lalu makan macam tu...
Jadinya camna ya.....

Kalau tengok dalam senarai di bawah, yang saya suka makan, tak boleh la plak....
Sumber senarai saya dapat dari sini dan asalnya dari sini
Terima kasih banyak2 kepada blogger tersebut, dia yang susun semua ni, kita copy paste dan amlkan...
TQ ye....

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


Tak kira ar.....
Untuk minggu awal nanti, saya nak juga makan ikan masin.
Saya dah siap import awal2 dari Kedah ikan haruan masin...
Simpan untuk berpantang nanti..
Nak makan ikan haruan masak sup, saya takut saya tak lalu, sebab lembik kan..
Ikan haruan buat kering je, saya makan..
Kalau goreng pun, kena goreng garing2, keras, rapuh2, baru saya lalu makan..
Ikan keli, lagi la tak makan, errrrrkkkkkkk.
Habis tu, mak saya makan dulu2, camna ya...
Nak tanya sape ni ek, kenapa ikan masin tak boleh dimakan...????

Ikan kembung feveret saya pun tak boleh.
Kalau tak, boleh makan rebus je, menu mak masa berpantang untuk turunkan kolesterol dia yang tinggi.

Kalau dapat makan singgang pun OK, sedap juga.
Tapi ikan apa ya...
Oh ada selar, OK la.
Ikan gelama pun ada, sedap tu...

Sayur, tak ada masalah.
Saya makan semua jenis ulam-ulaman...
Makan ulam, lebih sedap, fresh..
Daripada susah2 dok masak2 sayur tu.

Yes, nanti nak minta enSuami beli ulam banyak2...
Pegaga, feveret.
Daun cekur, feveret.
Ulam raja, jantung pisang pun boleh, cayalah!

Lepas ni nak cuba buat menu la
Mana tau boleh merancang dan memudahkan barang2 untuk enSuami beli.
Tapi terpaksa la menyusahkan mertua, sebab kena masak.
enSuami mana la ada masa nak buat semua tu.
Dia jadi tukang beli pun dah cukup bagus....

Kawan2 camna?
Ada menu best semasa berpantang?
Atau pengalaman makan makanan yang sama sepanjang berpantang?
Jom share dengan saya cara berpantang anda....
Tenkiu....


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers