Search This Blog

Thursday, 15 August 2013

Progres Mahligai Bahagia.. Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, akhirnya...
Rumah dah jadi rumah, hehehe....

Emmm, sebelum ini kan asyik dok progres pengubahsuaian je kan..
Lepas sebulan berlalu, dalam bualan puasa ada juga ke rumah untuk mengecat.
Dan beberapa kerja wiring yang belum siap.

Bila dah sampai minggu kedua berpuasa, saya dah mula wat kerja untuk raya pulak.
Jadi progres rumah tak da apa2 perubahan.
Walaupun ada beberapa kerja yang dilakukan, saya belum cerita lagi.

Mungkin saya akan kongsikan kemudian.
Hari ini adalah kemuncak.
Kalau ada cerita apa2 yang berkaitan, mungkin saya boleh selit sikit2..
Lama2 habis lah kan..
InsyaAllah.

Hari ini, saya dan enSuami dengan bantuan 2 orang adik ipar, matlamat nak cuci rumah.
Sebelum ini, saya sangat risau nak cuci rumah ni.
Dengan barang2 semua dah ada dalam rumah.
Camna nak cuci lantai.
Kadang2 rasa macam nak upah orang..

Tapi bila fikirkan fulus yang tak berapa, kena usaha dengan 4 kerat yang ada sahaja la nampaknya...
Mulanya saya dan adik ipar perempuan, Nasiha mula mencuci skirting tiles yang penuh dengan cat.
Guna macam2 la, berus sabut, sabun CIF, dan scrapper untuk senang nak kikis.
Lepas habis skirting, cuci lantai plak.
Cuci dengan kaedah yang sama juga.
Kena jadi cinderella tradisional la, cuci lantai pakai tangan.

Saya yang tengah sarat ni, tak leh nak bangun duduk, bangun duduk dengan aktif.
Kalau dah mula duduk, nak duduk je la....
Kalau wat kerja berdiri, stay dengan berdiri je...
enSuami dengan adik ipar lelaki, Bang Chik, diorang drill dinding untuk pasang rel kayu langsir.



Lepas habis kikis bilik pertama, saya pergi bilik kedua pula.
Yang pertama tadi saya cuba lap guna mop.
Tapi serpihan cat yang terkikis tadi, melekat pula kat mop tu.
Jadi sisa cat tu sentiasa ada.
Saya dah keciwa dah tu, sebab tu tinggal, pi wat kerja lain.
Dalam bilik kedua, saya buat kerja yang sama juga.
Pastu Nasiha yang habiskan dengan mengemop.

Kebetulan enSuami dan BangChik dah selesai tebuk dinding.
Alang2 dah ada orang tolong, saya tanyakan sama ada boleh pasangkan sekali flexibel hanger kat belakang dapur luar rumah...
Untuk ampaian luar rumah.

Lepas dah selesai dril semua, enSuami pun keluarkan water jet untuk nak bersihkan lantai dari habuk sampah,cat yang masih berbaki.
Pakai water jet, membantu la jugak.
Boleh sembur kat bahagian yang tak dicapai oleh tangan.
Sekali dengan mengikis sekali...
Boleh terkeluar jugak cat2 yang belum terkikis.

Masa ni dah sampai kat dapur dah.
Sebelum tu, maknanya dah siap dua bilik tidur tadi.


Diorang plak yang cuci2 bahagian dapur ni..
Baru tau susah nak kikis satu2 cat, simen yang tumpah kat lantai, emmm
Masa ni dah waktu Zohor 3 petang dah.
Saya dan Nasiha mula nak bersolat.
Bilik tidur tadi dah mula kering.
Boleh la solat dalam tu...


Pemandangan dapur setelah barang2 dah mula masuk ke bahagian masing2.
Muat2 je letak mesin basuh, peti sejuk kat tepi dinding sana.
Meja makan pun terlebih besar.
Bang Chik kata tak sesuai mesin basuh sebelah peti ais sebab sesuatu yang kotor sebelah makanan.
Meja makan pun besar, kena saiz separuh je.

Saya kata mesin basuh mana kotor.
Semua proses berlaku dalam mesin, heee.
Salah ke saya punya plan? saya tengok orang lain ada juga yang letak mesin basuh kat area dapur.
Cuma mungkin tak obvious macam saya la, letak sebelah peti sejuk.
Ruang itu sahaja yang saya ada.

Ruang belakang tak tertutup, takleh la nak letak kat luar, nanti cepat berkarat lak kena hujan panas ke kan...
Xpa la, nanti beli mesin hat buka depan punya, OK?
Nampak versatile sket la kan, huuuuuu


Lantai yang dah mula kering.
Dah takda lagi kesan cat.
Sukaaaaa...
Sudah bersih, boleh duduk-duduk rehat...
Walau ada sedikit kesan debu2.
Saya fikir, lama2 nanti bila dah mula tinggal sini, kita akan mop lagi hari2 [tak bleh blah hari2, macam la rajin], lama2 debu2 tu habis la hilang kannnn....

Dalam bilik pertama yang dah siap dril rel kayu dan lantai yang dah bersih.

Selepas solat Zohor, saya mula mengangkut sikit2 barang keperluan ke dalam bilik tidur ni.
Macam tilam, almari baju, pasu bunga, frame, karpet dan lain2.
Sebab, nak kosongkan ruang tamu...
Lepas ni nak basuh ruang tamu pulak kan...

Lepas selesai di dapur, enSuami tak sabar2 suh pasang langsir.
Baru jadi rumah sket ada langsir, katanya.
Saya pun minta la dia amekkan langsir dalam bilik stor.
Kami pun pasang selepas dia turunkan rel kayu tu...

Langsir dalam bilik bila pasang, OK Cantik!
Tapi bila mai pasang kat sliding door....

Singkat bapak!
Memang asalnya saya naikkan 3inci dari lantai.
Sebab tu la tinggi.
Tapi lupa plak, sliding door, xleh la nak buat singkat.
Nampak bawah doh....
Bahaya tu...

enSuami bebel kat saya, kuikui...
Nak kena tebuk lagi, tu yang tak syok tu.
Bukan pe, nanti ada kesan kat dinding kan...
Rosak, rosak.....


Masa ni, dah selesai ukur semula.
Nak tebuk plak kali kedua, hehehe...

Buat kerja hari ini punya la lama.
Sampai ke Maghrib kami kat sini..
Siap solat jemaah daa kat ruang tamu.
Gembira di hati, bersyukur.

Ingat sampai bersalin habis pantang pun, tak siap2 lagi rumah ni...
Kalau saya tak gesa, enSuami dok wat rilekkkk je...
Saya memang nak cepat kemas.
Elok2 habis pantang, boleh masuk rumah dengan selesa untuk tidur saja...kan?

Almaklumlah lepas bersalin...
Banyak nak kena kurangkan aktiviti.
Xleh selasak seperti sebelum bersalin.

Hari ini saya sangat lasak la.
Nak habiskan kerja punya pasal.
Minta maaf awal2 kat baby, Umi terpaksa lasak hari ini.
Nak kejan Abi siapkan rumah.
Harap baby baik2 aja...
Walaupun sekarang masih rasa keras kat perut.
Tapi alhamdulillah baby gerak2 OK je...

Nanti baby pun kena jadi lasak macam Umi, rajin buat kerja rumah ekkkk...
Boleh Umi rehat plak, Amin...heeee


Hasil kerja keras hari ini!
Terima kasih kepada adik2 ipar yang tolong.
Kalau tak, xtau la terdaya ke tak nak buat sampai habis.
Nak pindah barang yang berat2 lagi.
Tentulah enSuami saya yang teruk.

Perasan tak langsir yang saya singkatkan.
Saja pasang bagi tinggi sket.
Sebab tak mau langsir meleret kat lantai.
Nanti macam2 sampah melekat, tu yang malas tu, huuuuu.
Singkat macam ni, senang nak sapu sampah.

Lepas ni kalau ada sofa pun, boleh melindungi kesingkatan itu, haaaa...
Tak pelik pun, saya yang nak kan....

Bila dah pasang langsir ni, rasa langsir bilik ni lawa lagi dari yang ruang tamu punya.
Rugi tak amek langsir ni untuk semua tingkap.

Pengajaran yang saya dapat hari ini dari langsir, pertama jangan pilih corak yang bergaris melintang macam kat ruang tamu tadi.
Sebab, bila senget je jahitannya, nampak plak sengetnya.

Langsir kat tingkap depan tu, nampak sangat sengetnya.
Lepas pasang tu, enSuami la perasan.
Apesal corak dia turun ke bawah sebelah sini?
Saya pun perati la apa yang tak kena...
Emm dia makan kain la tu masa jahit...
Jadi senget plak.

Kat langsir sliding pun camtu jugak...
Pastu ada berlubang la plak kat langsir tu, sedeynya...
Mesti terkena benda tajam, macam tertarik sket, tapi luas la jugak lubangnya...

Keduanya, bahagian ruang tamu, saya pasang eyelet kan.
Untuk semua bilik tidur, saya guna cerut je..
Memang asal nak guna cerut semua, sebab saya taknak eyelet, nanti terkoyak atau berbulu kat bahagian lubang eyelet tu.
Konon nak berenglish style la, nak pakai cerut.

Sekali, kain tak cukup, dan terpaksa amek yang display punya, jadi dah alang2 display tu ada eyelet, takkan kat sliding nak pakai cerut?
Saya pun minta buat eyelet sekali untuk sliding door.

Tapi cara tebuk lubang eyelet tu sangat berjarak...
Jadi, lekuk langsir tu terlalu besar.
Bila besar, jadi langsir tu berjarak, tak rapat2 tak cun arr....

Dah la langsir saya sekeping je untuk satu tingkap.
Malas nak buat dua, nak cepat senang pasang, huhuhu....

Emmm saya tak suka eyelet.
Langsir rumah sewa dulu, lepas ni nak alter jadi jenis lain plak....
InsyaAllah nak cuba jenis langsir idaman plak...
Jadi ke tak, huhuhu.
Tahun bila la tu nak siap ye Nabilah Ahmad, kekeke.....
Tungguuuuuuu


2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    cantek dah rumah lepas siap..

    xpe.. tang langsir tu next time bolah improve lagi..

    comel..
    cik hani punya langsir rumah sewa jahit sendiri pun singkat gak kat sliding door

    ReplyDelete
  2. Ye, alhamdulillah rumah dah siap dan sedia diduduki..

    tapi belum tau bila nak rasmikan rumah ni, hee.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers