Assalamualaikum.
31 Julai lepas, saya berkesempatan membeli barang2 keperluan bayi.
Harap ini dah yang terakhir.
Sebelum ni fikir, tak nak pakai apa2 losyen kat baby.
Tapi bila tengok kawan guna losyen pakaikan kat anak dia, saya pun tanya.
Perlu ke?
Dia jawab dia pakai losyen sebab nak ganti bedak..
Dengarnya pakai bedak tak sesuai untuk baby.
Boleh buat ruam ke pe ntah dia kata...
Saya pun, terfikir lagi.
OK la pi cari losyen la nanti.
Memandangkan botol susu pun tak beli lagi.
Nanti beli sekali harung.
Entah kenapa, saya dok teringin sangat nak pi Anakku.
Nak cari botol susu Anakku.
Boleh beli losyen sekali.
Johnson & Johnson saya tak mau beli, Boikot!
Sebelum ini, dah lama dok lalu depan kedai Anakku, dok tengok banner SALE dengan siap pasang khemah lagi.
Ada juga terbaca, orang kata Anakku dah tak buat SALE besar-besaran dah.
Jadi bila tengok ada banner SALE je nak pergi la.
Orang kata berbaloi beli masa SALE.
Memang boleh dapat harga murah.
Baju Anakku, paham2 je la harganya.
Masa ni otw balik rumah dari Bangi.
Saya bagitau kat enSuami, singgah Anakku kat Kapar je la..
Sebab Anakku kat Kuala Selangor dah tak da banner.
Mana tau dah habis daa SALE dia kan....
Kat Anakku Kapar masih ada khemah pameran di depan kedai.
Kami pun masuk.
Tujuan saya, botol susu, berus botol, losyen.
Masuk2 depan pintu, ada rak botol susu sebelah kanan.
Saya pun belek2 la kualiti botol.
Yang penting nak beli satu kecik, satu besar.
1oz dengan 3oz ke atas la kot kan....
Dah amek apa yang berkenan, saya ke tempat losyen plak...
lepas pegang losyen, saya ternampak baby oil plak...
Pastu tertanya la kat adik yang kerja tu...
Untuk apa baby oil ni, apa beza dengan losyen...
Dah tu, kakak sorang tu yang tgh mengemas stor yang cerita detail....
Peramah benar kakak ni...
Semua dia cerita, cara nak pakai.
Apa lagi barang yang belum beli....
Siap tanya due saya bila..
Katanya tarikh due kira period tu lebih tepat dari tarikh due yang doktor ubah sebab scan.
Owh camtu plak...
Xtau la rezeki masing2...
Susah nak cakap hal2 bersalin ni kan...
hal yang tak terduga.
Kalau macam tu, stat 23hb 8, saya dah mula kena berjaga2 la....
Tapi target saya 1 September bersalinn, insyaAllah.
Amin, doakan ye....
Dekat bahagian losyen, saya amek 3 barang.
Kakak tu kata kena pakai baby warming oil dulu, baru pakai losyen.
Nappy cream ni, persediaan kalau kulit baby sensitif dengan lampin.
Dia cadangkan kat saya, untuk permulaan pakai lampin kain tu, sebab baby akan kerap berak dan kencing.
Jadi bila kotor basah, kita akan cepat tukar.
Bila cepat tukar, kulit bayi takda la nak kena jangkitan sakit pape kan...
tapi terbalik plak dengan plan saya.
masa awal2 pantang ni la saya plan nak pakai DD, sebab senang.
Kotor buang je.
Tak sampai hati lak nak menyusahkan orang2 yang jaga kita masa pantang nanti.
Kalau kita larat nak basuh sendiri tak pe lah kan.
Masa berpantang, mana la boleh nak buat keja2...
Kena rehat je...
Pastu dah beli botol susu, kena la beli berusnya..
Nanti kang kotor berkulat lak..
Kat situ pun ada banyak pilihan.
Tengok kualiti dan bajet kita.
Saya pilih yang macam ni...
Pernah tengok kakak ipar pakai..
Jenis melentik macam ni...
Berus boleh sampai ke lantai dan penjuru botol susu.
Jadi takda la kesan susu terlekat kat situ kan...
Pastu siap ada untuk pencuci puting sekali..
Sebut pasal puting, masa kami nak bayar tu..
Kakak tu cerita pasal produk baru dari Anakku.
Tapi guna nama Lovi.
Ciptaan bentuk puting tu hampir menyerupai puting asal ibu2.
Tahap kualiti, kandungan bahan binaan juga selamat dan tip top la katanya.
Boleh setanding dengan botol n puting Avent.
Kalau nak beli puting ni, ada kat kedai Anakku, RM 18++/2pcs, lebih kurang RM 9 jugak la sebijik puting ni, mahal gila....
Tapi puting ni, dia bagi free.
Pek percubaan.
Tapi kat pek ni, ada kupon diskaun 31% kalau beli botol susu Lovi, yang sepadan dengan puting ni...
Dah promote2 camni, sape la yang tak mau beli kan..
Botol dia macam best je..
Besaq macam Tommee Tippee...
Dapat diskaun 31%, banyak jugak tu....
Harga asal RM 26.90
Dapat jimat dalam RM 8.30++.
Jadi, terjadi jugak la beli.
Botol susunya...
Botol susu ni boleh tahan 6 bln.
50% lebih lama dari botol biasa.
enSuami saya terkejut, bila tau botol susu boleh pakai 3bulan je.
Lepas tu kena tukar, sebab bimbang memberi kesan kepada bayi.
Walaupun ada BPA Free..
Bukan boleh tahan bertahun2, Sayang....
Kopak macam ni, jenuh nak beli botol, hee
Beli botol ni untuk persediaan je.
In case nak kena pam susu masuk botol kalau baby tak nak menyusu ke, nak simpan stok ke, kita tak larat nak direct BF ke, macam2 kena fikir.
Semuanya persediaan awal.
Untuk mengatasi masalah2 yang kemungkinan berlaku mengikut pengalaman kawan2.
Dulu pun saya tak nak beli pam susu.
Dah kata nak direct BF, suri rumah je kan...
Tapi kawan cakap kena prepare kot2, susu tak nak keluar, tersumbat ke kan...
Baby tak nak menyusu ke, dok tidur je, sedangkan kita ni dok tunggu nak susukan dia sampai nak bengkak.
Pam la penting, nak tolong perahkan susu yang membanyak tu...
Untuk permulaan ni, saya beli manual je la.
Jenama Tommee Tippee.
Kalau perlu dan rezeki susu melimpah2, boleh la buat stok.
Tapi nak kena sedia barang2 nak buat EBM plak.
Setakat ni saya belum lagi beli lagi botol EBM.
Tengok keadaan la nanti.
Sebenarnya hari ini, saya ke Bangi untuk apoinment dengan Dr Pakar O&G Hospital Az-zahrah.
Dah kate nak bersalin kat sana sangat2, huuuu..
Walaupun ada hospital swasta lain yang mungkin lebih dekat dengan daerah Kuala Selangor seperti Shah Alam atau Klang, saya berat hati kat Bangi jugak!!!!
Dah hospital ni pun Islamik kan.
First time nak bersalin, saya tak da pengalaman harap sangat, pilihan ini tepat, insyaAllah.
Sebab kawan yang penah bersalin kat An-Nur n Az-Zahrah, kata suka Az-Zahrah lagi...
Sebab dia ada hospital panel opis suami dia, lega la kan opis bayar.
Saya enSuami keja kerajaan, walaupun boleh dapat first class, tapi xleh request doktor perempuan.
Ya Allah, satu je niat saya, nak bersalin dengan doktor, nurse perempuan semua.
Sebab tu nak sgt bersalin di hospital islamik, bukan sbb nk layanan lebih baik dr kerajaan, ye..
Harap Allah permudahkan urusan persalinan saya nanti.
Masa jumpa pakar ni, Doktor cakap saya takda masalah pape.
Walaupun ada kencing manis, insyaAllah boleh bersalin normal.
Anak takda sumbing, sihat normal semua.
Pergerakan baby saya pun aktif dan kuat.
Kalau cek degup jantung pun kuat, dalam 130-150bp.
Lepas jumpa ni, kali kedua apoinment disetkan pada 19hb ni...
Tapi 19hb ni ada masalah di klinik kesihatan, saya perlu jumpa Dietician dan ujian BSP pada hari yang sama.
Jadi dah tukar apoinment pada 21hb.
InsyaAllah enSuami boleh amek CRK lagi.
Kalau tarikh Isnin tu, memang tak boleh la nak cuti, sebab dah cuti 2minggu kan cuti sekolah...
Risau gak saya, takkan nak drive sorang pi Bangi.
Sedey ar camni, enSuami tak teman kan....
Lepas keluar bilik Dr, buat bayaran, nurse tu tanya minum susu tak?
Saya dengan separuh terkejut, jawab minum...
Saya ingat dia nak soal siasat saya, ibu mengandung ni minum susu ke tak untuk kebaikan kandungan saya.
Rupanya dia nak bagi sampel susu, kekeke.
Yeyeye je saya jawab macam tipu2 gitu.
Tapi betullah, saya memang boleh minum susu.
Cuma waktu terdekat tu, saya lupa nak minum susu untuk beberapa hari...
Tu yang rasa macam tipu nurse tu je, huuu....
Dapat 2 kotak.
1 kotak ada 2 bungkus...
Saya dah habis dah minum kesemuanya.
Rasa sedap le...
Nak kata rasa macam ape ye, susu baby ka?
Ataupun macam Anmum Materna.
Dolu2, saya penah minum Anmum Materna untuk wat persediaan rahim untuk mengandung masa PJJ dengan enSuami dulu.
Punya la semangat konon nak pregnen...
Siap minum susu mahai lagi...
Lepas dua kali beli, saya tak teruskan dah.
Putus asa ke, xtau la apa keadaan masa tu.
Mungkin nak berjimat gak kot, untuk hal lain.
Bila nak dekat pregnen, terbaca lak kat komen2 FB dari senior kata kalau minum susu Anmum ke susu ibu ke, boleh buat baby besar, sampai susah nak bersalin, sebab 'sihat' sangat.
Camtu plak...
Tapi masa pregnen ni, saya tak minum pun susu ibu mengandung kecuali bila dah dapat sampel free camni..
Saya minum susu biasa ja, kadang2 Fernleaf, kdg2 susu kotak Dutch Lady.
Masa bulan ke-4 dan ke-5, saya minum susu kambing fresh dari ladang.
Masa tu, banyak membantu saya atasi lemah2 badan, letih masa pregnen.
Lepas tu saya berhenti minum sebab dah jemu.
Ingat nak sambung minum semula bila bulan ke7, 8, 9...
Tapi dah pindah Tanjong Karang la plak....
Stok tu ada kat Bangi.
Hari tu ada juga cari kat area sini, tapi tak sedap macam susu kambing yang PakCik Zuhri jual la....
Pastu dah lama sangat tak minum susu, saya terjumpa susu kambing instant, keluaran Hira'.
Instant pun instant la, janji susu kambing, dapat juga sunnahnya.
Dalam bulan puasa lepas, saya cuba buat jus kurma.
Sebelum ini, terbaca untuk milk booster, guna kurma yang dikisar dengan susu segar + kismis + badam.
Masa saya buat kat Bangi tu, rasa tak sedap.
Sekali buat kat sini, sedapnya...
Saya dah dapat detect, kurma yang saya guna tu beri efek rasa dia.
Senang kata kurma tu tak sedap la...
Kurma yang jenis kering bertangkai tu sedap kalau buat jus.
Sekarang ni, tiap2 pagi sarapan jus kurma milk booster...
Harap2, kaedah ni membantu untuk penghasilan susu kelak.
Kalau tak da stok susu segar dalam peti sejuk, saya boleh guna susu kambing segera tu.
Tapi setakat ini, enSuami beli aje, susu segar untuk saya.
Jadi saya pun kena rajin la untuk kebaikan diri dan kandungan.
Lepas jumpa pakar tu, kami terus ke Mydin Putrajaya sebab Abah pesan belikan kain pelikat untuk hadiah kat orang2 yang berjaya khatam Quran sepanjang Ramadan tu.
Nak beli banyak dalam 15helai.
Yang saya tau, kat Mydin la ada.
Kami pun pi la tengok....
Dah belek macam2 jenis kain pelikat yang ada, Gajah Duduk, Mangga, Ayam Serama, cap 1 Malaysia pun ada...
Dengan bajet yang ada, kami pilih Mangga Fiesta.
Harga sekotak RM130, maknanya sehelai RM13.
Kain Mangga memang la elok.
Nak kualiti lagi, Gajah Duduk la kan.......
Ni ha Gajah Duduk, enSuami saya dapat, Dr Shafie bagi.
Nape saya tak dapat kain batik sekali?
Tak aci arr, bos saya, enSuami yang dapat.
Yang ni 4000 benang, enSuami tak sudah2 puji, sedap sejuk je kain dia....
Ye lah tu, ayat orang tak puas ahti!
Heeeeeeeeeeeee..
Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.
ReplyDelete