Assalamualaikum...
Minggu ini macam minggu lepas juga.
Hari Isnin saya ada BSP.
Hari Selasa check-up biasa, buat kali terakhir.
Masa BSP yang 9 malam tu, Nurse bagi tarikh BSP yang seterusnya.
Saya tanya, bila tu??
9.9.2013.
Ehhh, dah bersalin dah tu, sambil tersenyum kat dia.
Oh ya, hehe, dia tak tanya dah berapa minggu kandungan saya.
So dah tak ada lagi untuk BSP, merdeka!
Hari Selasa check-up, jumpa sampai kat nurse je..
Tak da jumpa doktor pun..
Nurse cerita pasal nak bersalin, dan penyusuan.
Dia tanya, berdebar-debar tak, nak bersalin?
Saya tersenyum je, xtau nak jawab apa.
Dia sendiri jawab, mesti la berdebarkan, sakit oo nak bersalin.
Sakit yang tak tertahan lagi, tu tandanya nak bersalin...
OK, saya take note.
Menunggu masa ni memang mendebarkan...
Apa la rezeki saya sakit nak bersalin, saya pun xtau..
Hanya mampu berdoa, agar sakit tak lama, dan proses bersalin normal dengan lancar.
Harap nurse dan doktor dapat membantu saya yang first time ni.
Walaupun kita dah baca macam2, ilmu2 cara nak meneran, tapi nak aplikasikannya masa sakit tu, ramai yang kata dah tak ingat apa2...
Tunggu nurse doktor suruh push, kita push, cerita dari kawan...
Saya ada terbaca pengalaman seorang kakak ni...
Boleh baca bagi yang nak ambil tahu juga.
Cerita real ni, sini
Saya pun dah banyak kali baca, tapi tu la...
Bukan nak ingat semua.
Rasa nak kena salin, n praktis ni...
Ya Allah mudahkanlah urusan persalinan ini.
Semoga anak n ibu sihat dan selamat amin.
Tiga hari ini saya lepak kat rumah kami.
enSuami pergi sekolah, saya stay kat rumah.
Kerja saya sekarang, tengah siapkan lagi kerja typing saya yang masih belum selesai.
Cuma kali ini, boleh laju sikit dari sebelum2 ini.
Sebab saya berseorangan di rumah, saya boleh fokus sehingga selesai.
Satu hari, alhamdulillah satu bab boleh habis.
Nak kejar masa sebelum bersalin ni.
Kalau boleh siapkan 1 buku lagi la bagus, tapi nampak gayanya, macam tak mampu je.
Sebab banyak lagi bab yang belum ditaip.
Harap2 masa pantang nanti, boleh la fokus menghadap laptop je.
Ok tak...
Tak ada kot pantang larang, tak boleh tengok internet atau berkomputer semasa berpantang.
Tadi masa google cari menu, jumpa plak pantang larang tak boleh menjahit semasa berpantang.
Nak menjahit pun tak boleh?
Apa kaitan mesin jahit dengan pantang bersalin?
Agaknya sebab dolu2, pakai mesin jahit kaki kot...
Sekarang dah elektrik, tekan sekali je jalan, tak perlu nak hencot2 banyak kali.
Tak pun sebab nak ukur, n gunting2 kain masa berpantang..
Ye la nak gunting kain kan susah sikit.
Lagi2 kalau buat kat lantai je, kalau ada meja tak pe..
Kot2 orang2 tua, takut rahim terkoyak, luka sebab baru bersalin kan...
Sebab dok mencangkung ke sana sini nak gunting kain..
Ye tak?
OK, saya dah siap gunting, tunggu nak jahit je lagi..
Kenapa tak jahit sekarang?
Sebab tak ada nama untuk anak yang bakal lahir ni..
Ada la plan, tapi belum confirm, enSuami belum bersetuju sepenuhnya...
Jadi tunggu dah cukup seminggu, ada nama, baru nak buat.
Tu yang kena buat masa berpantang tu.
Tu pun kalau saya rajin la....
Nampak macam tak berapa nak rajin je...
Barut pun saya tak jahit habis.
Yang sempat buat masa kat Bangi dulu, 3 helai je...
Cukup ke nak pakai tu, adeh...
Xdapek la nak nolongnya, tengah malas ni...
Hujung2 ni, saya dah tak mau buat kerja pape lg..
Menghadap laptop je la, habiskan kerja.
Kalau saya asyik dok wat kerja sambil berdiri, saya tak sedar baby bergerak ke tak...
Di hujung2 ni, tetap banyak kes baby meninggal dalam perut.
Kalau rasa tak bergerak tu, terpaksa la saya tampar2 perut ni...
Minta maaf la baby, Ummi terpaksa...
Untuk pastikan baby selamat.
Kalau tak, Ummi rasa bersalah tak sudah.
Kalau enSuami ada, telinga dia la jadi steteskop..
Mencari denyutan jantung baby...
Kalau ada tu, lega alhamdulillah.
Ada satu malam tu, masa tidur, sakit bukan main.
Saya tersedar, dah tak boleh tidur balik.
Aik, takkan nak bersalin dah kot...
Sabar lagi, sabar lagi.
Sakit sebab baby bergerak ke, perut mengeras ke, macam tu la..
Bukan nak bersalin lagi tu...
Malam seterusnya, sakit tulang belakang pulak.
Rasa tilam ni macam melengkung ke dalam plak..
Jadi buat saya rasa kat bahagian belakang tu lompong, permukaan tak rata.
Alek2, tilam baby yang saya beli tu, saya buat lapik tidur.
Maaf baby, Ummi dah rasmikan dulu daaa, tilam baby tu.
Lepas tu baru boleh tidur sehingga subuh.
Pagi tadi, bila celik sedar dari tidur, saya rasa nikmatnya...
Rasa macam saya nyenyak la tidur, puas rasa.
Bila cakap kat enSuami, ye lah, dah dua malam tak lena tidur, elok la kalau dah rasa puas lena.
Emm, bersyukur Alhamdulillah [malam tadi boleh plak tidur atas katil macam selalu, aihh macam2 ragam]
Ada kawan bagitau, tidur puas2 sebelum bersalin, nanti dah ada baby, tak cukup tidur, sebab waktu terganggu, hehehe...
OK, baik.
Memandangkan siang2 ada kat rumah sendiri, malam2 baru balik ke Tanjong.
Pasal cerita kami tak tidur lagi di sana...
1. Sebab langsir jarang nampak dalam masa malam
Sedih, terkejut, blur...
Tak tau nak cakap camna.
Ingat dah beli kain guni, tebal, tak jarang.
Rupanya takkkk...
Macamana waktu siang, saya nampak luar dari dalam rumah.
Macam tu la sebijik2, orang luar nampak kami kat dalam masa malam, buka lampu.
Aduh, apa yang tak kena.
Perlu pasang day curtain?
Perlu pasang tinted cermin?
Saya pilih untuk pasang tinted.
Nak wat day curtain, saya malas, sebab kos berganda bila nak tukar langsir nanti.
Kalau pakai tinted kan sekali je pasang terus tahan sampai ke sudah...
2. Sebab tak ada internet
enSuami saya, tak ada internet macam xleh hidup...
Dia memang la macam tu.
Dari Sarawak, pindah Bangi, internet perkara pertama yang dia usahakan.
Dah tu bila pindah ke Kuala Selangor, kami dah ke TM Point untuk tukar alamat.
Sekali, staf tu bagitau, kat taman kami tak ada kabel.
Tiang telefon TM pun tak ada doh!
Apa barang Kuala Selangor tak ada tiang telefon? Kat Sarawak pun ada internet!
Jadi takkan bermimpi la nak pakai Streamyx.
Sekarang ni enSuami tengah dok survey broadband yang terbaik.
Yang ada di kawasan kami, Porta Celcom, YES, P1Max.
enSuami pilih untuk pakai Porta Celcom la kot, sebab Celcom lebih stabil di mana2.
Kalau ada porta ni, dalam keta pun boleh ada internet.
Handset saya je tak ada wireless..
Bila ya nak guna handset baru ni, terpaksa ketepikan dulu hasrat ni..
Ada hal lain yang lebih penting.
Yang peliknya, kawasan perumahan kami adalah pusat pejabat pentadbiran...
Macam2 pejabat kerajaan ada kat sini
Tapi taman kat belakang tak ada tiang telefon...
Entah bila la TM ni nak pasang, taman sebelah2 tu, dah penuh daa penduduk, cuma taman kami ja yang baru.
Dah minta ada request dari penduduk, tapi TM tak juga pasang.
Katanya alasan penduduk tak ramai, walaupun ada demand, supplier tak mau untung sikit kot...
Orang lain, saya tak tahulah pakai internet macam mana...
Patut la CC pun tak ada kat sini.
Dah tu, balik rumah mertua, baru la boleh buka internet, tengok astro.
Malam2 je la.
Saya kadang2 tak larat mengantuk, tak sempat la nak buka internet.
Sempat tengok My Kitchen Rules je, best.
Hari ini tak jadi plak nak pergi rumah melepak kat sana.
Cadangnya nak keluar awal, sekali hujan lebat, enSuami bermalas-malasan plak...
Dah tu tertangguh sampai ke waktu nak ke sekolah.
Macam tak relevan plak saya nak ikut sekali. [dah tu, boleh la berinternet hari ini]
Esok je la, nak beli barang2 mentah untuk persiapan berpantang.
InsyaAllah, jom misi nak buat menu sepanjang sebulan berpantang!
Harap dapat maintain ke sudah...
Doakan saya nak bersalin nanti.
Oh ye, minta maaf kepada semua pembaca, andai ada coretan saya mengguris hati kawan2.
Semua yang saya bebel2 ni, adalah cerita peribadi dan pengalaman saya, mungkin ada yang terkena sama macam yang saya cerita, itu adalah secara tak sengaja...
Saya minta maaf ya...
Babai.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)