Assalamualaikum!
Heeeeee....
Apa gelak-gelak plak Nabilah ni, hehe....
Ala, xda pape pun.
Saja nak buat catatan kat sini.
Hari tu ada terbaca blogger mana ntah cerita dia beli satu set kelengkapan rumah di Bahagia Furniture ni..
Katanya boleh tahan juga kualitinya....
Saya, untuk rumah ni, memang tak ada nak beli apa2 perabot awal2 ni...
Sebab dah banyak belanja untuk pengubahsuaian yang lepas.
Cuma satu ja saya nak, set bilik tidur kami, nak set baru sebab nak set kaler putih.
Set bilik tidur yang enSuami beli masa nak kawen dulu, masih di rumah mertua.
Kalau rajin nak mengangkut cari lori nanti, boleh letak set tu kat bilik kedua.
Sekarang ni, setiap bilik dah siap bercat baru.
Memang saya dah plan dari awal sebelum beli cat lagi.
Set bilik tidur lama memang sesuai untuk bilik kedua ni.
Buat masa ni, enSuami memang jatuh cinta kat bilik kedua ni..
Sebab kaler catnya memang menenangkan...
Sampaikan dia ajak saya guna bilik ini sebagai bilik tidur kami nanti...
Erkkkkk???
Bilik tidur utama, dapat sentuhan deko lebih sikit...
Pastu kaler catnya tak berapa nak menyerlah kata enSuami.
Macam tak berapa nak gempaq la...agak mengecewakan, emmm
Tu yang enSuami tak syok tu...
Amboi......
Semua bilik, saya yang cat, OK.
Terasa kottttttttttt.......
Petang semalam, orang kilang telefon nak hantar barang dalam jam antara 12 hingga 5 petang.
Saya pun ikut la enSuami ke rumah kami.
Waktu macam tu, dia pergi sekolah.
Jadi saya sahaja la yang ada masa set ni sampai...
Tapi tak la set mana pun...
Mulanya nak beli katil je...katil sahaja
Tilam dah ada masa kat rumah sewa dulu.
Saya tak mungkin nak beli satu set, sebab saya tak minat sliding door wardrobe dan dressing table...
Bagi saya, ada benda ni, jadi menyemak je...
Macam set kawen haritu, saya tak guna pun rak2 yang ada kat dressing table tu...
Sebab cermin dia sliding, bilik plak tak muat, takdanya nak guna sliding tu.
Sudahnya berhabuk macam tu la...
Saya pun bukan bermekap sangat.
Kadang2 pakai tudung pun tak tengok cermin...
Jadi daripada membazir dan menyemak, eloklah saya beli apa yang penting sahaja...
Tapi, bila nak amek katil sahaja, harga dalam RM500++, penghantaran dengan lori, kena cas plak...
Saya pun tanya la, berapa minimum belian, boleh dapat free pengangkutan?
Mulanya dia kata RM1000, tu dia ahh, banyak ar...
Pastu dia kata RM800.
Cas pengangkutan mahal jgk la, RM100++.
Daripada bayar saja2 untuk pengangkutan, baik saya beli barang, ye tak???
Pastu kami cari la apa2 barang yang perlu...
Saya bincang dengan enSuami amek meja study satu...
Boleh muat2 dekat sudut yang berlekuk tu dalam bilik ketiga.
Memang plan kat situ nak buat meja study.
Harga yang promote dalam pamplet RM99.
Tapi saya tak amek yang tu, sebab dia panjang tapi tak berapa lebar.
Tengok kaki meja, macam tak berapa stabil ja..
Saya amek yang satu lagi, panjang sama, tapi lebar sikit.
Tapi harga meja ni lebih murah dari yang tadi.
Kalau tak silap saya RM89.
Masih tak cukup RM800.
Ikutkan saya, saya nak amek side table, 2 bijik, boleh letak kiri kanan.
Tapi, fikir2, rasa macam tak perlu kot.
Sebab sebelah lagi, saya nak letak cermin dinding, jadi mungkin ruang tu, dah digunakan bila cermin dipasang.
Masa sampai ni, apesal kaler hitam ni...
Saya pelik ar...
Katil saya pun tak nampak kaler putih2....
Diorang ni salah bawak barang saya ke...
Dah tu, saya pun cepat2 selak sket kotak yang terbuka tu..
Oh, ada kaler putih.
Jadi side table ni, saya beli 1 ja...
Kalau perlu nak satu lagi, pi beli lagi, sebab yang ni kecik je, boleh angkut dengan kereta sendiri...
Lori yang dah sampai.
Ini salah satu lapik katil.
Kali ini saya pilih design divan.
Dah lama teringin nak katil macam ni...
Tapi tak semahal katil divan yang abang saya beli la...
Yang dia punya lagi tebal gila...
Macam letak 2 biji tilam...
Saya mampu yang ala-ala divan je le....
Driver lori perabot.
Tengah bawa masuk lapik katil divan...
Inilah rupanya header katil tu...
Alhamdulillah, inilah yang paling elok dan mampu dimiliki...
Tercapailah hasrat nak berkatil putih macam omputih...
Terpengaruh english style punya pasai...
Tapak divan ni ada dua ketul rupanya...
Tak bersambung.
Rasanya yang abang saya punya sekeping je...
Emm, boleh la mana2 pun....
Ini side table yang saya pilih..
Ada kaca hitam plak kat atas.
Rasanya haritu diorang ada bagitau..
Saya ya ya ya saja...
Nak cepat, hat ni je yang OK sket...
Sebab pakai katil divan, tinggi.
Jadi side table yang lain rendah sket...
Yang ni ja yang matching katanya...
Lekat cap jari tapak tangan pekerja2 perabot ni...
Dah tangan diorang berhabuk sebab mengangkat barang2 macam ni...
Ni lekat masa nak pasang katil ni la....
Sensitip sungguh katil putih ni ye...
Apa ja barang yang putih2 ni, kena perhatian lebih la kan...
Terpaksa la kan, dah hati yang mau tema putih sangat, huuuuuu
enSuami kata, esok2 ada budak2, haa siap la....
Siap la ape, siap la kerja lebih, huuuuuu
Lepas siap pasang tu, saya minta dia angkatkan sekali tilam letak atas katil.
Ingat petang tu jugak nak pasang cadar.
Tapi tak terkejar nak buat.
Saya dok kemas2 kat dapur yang tak siap2 lagi...
Petang tadi, baru saya pasang cadar.
Tadaaaaa....
Cadar yang baru dibeli di Nilai 3 kat MK Curtain.
Cadar lelong2 ja, RM19 untuk queen.
Nak ada banyak2 cadar, boleh beli yang murah2 je la, OK?
Saya pun dah rasmi tadi.
Tengah dok menaip, rasa mengantuk plak...
Bangun ke bilik pasang cadar. Pastu terus rasmi.
Huhuhu, saya mengalami kecederaan pagi tadi.
Aduh, jatuh depan bank sebab terpelecok pijak lubang bekas tiang isyarat jalan.
Nasib baik enSuami sedar saya jatuh..
Kalau la dia melulu je masuk bank, tak sedar saya jatuh, huhuhu malu la saya...
Nasib baik la saya pregnant kan...
Tak da la malu sangat, sebab orang lebih risau dan kasihankan saya sebab saya pregnant.
Dah la ada sorang pakcik dok atas motor, sorang Aunty India tengah berdiri kat depan tu.
Masa saya jatuh tu, saya rasa la, Aunty tu datang nak tolong angkat, tapi dah enSuami saya ada, xda la saya nak capai tangan dia...
Nampak bayang2 dia ja kat belakang saya, huhuhu...
Masa bangun tu, saya dah rasa pedih kat lutut..
Aii, takkan luka kot kat kulit saya ni...
Dah la kulit jenis tak tahan.
Xleh silap sikit mesti luka, berdarah.
Kalau garu2 sebab gatal kena ketit nyamuk pun boleh berbalaq, paling teruk berdarah, emm.
Bila selesai deposit cek enSuami, masuk keta ja saya terus selak tengok lutut.
Eeeee, luka doh, merah berdarah.
Cuma darah tak meleleh ja...
enSuami saya mengeluh, tak tahannya kulit Sayang ni...
Memang la macam ni, memang tak leh silap sikit, mesti luka punya.
Jubah tak terkoyak, tapi seluar kat dalam yang merekah/terkoyak sket.
Pakai dua lapis pun boleh luka lagi, emmm
Sampai kat rumah terus sapu ubat.
Nasib baik la ada lagi minyak but-but HPA tu, ingat dah habis dah.
Minyak gamat memang dah lama tak beli.
Dok pakai minyak but-but je..
Tisu muka yang saya beli untuk kegunaan baby nanti, saya dah buka guna.
Umi dah rasmikan dulu, huhuhu...
Hari ini pergerakan tak aktif sangat.
Lutut sakit.
Tapi, saya dah mula memasak kat dapur rumah kami hari ini.
enSuami kat luar potong rumput.
Dah naik semak tinggi daaa...
Sempat juga dia habiskan satu halaman rumah.
Tapi tak puas hati lagi katanya.
Rumputnya tebal...
Nak kena cangkul korek buang akar rumput tu.
Nak sembur racun, Uncle sebelah dah lama bercucuk tanam, macam2 sayur ada.
Serba salah lah pulak, kang tak pasal2 pokok dia mati.
Nak bakar, lagi la tak boleh, duduk taman kot.
Tak pasai2 satni, terbakaq umah orang, mampuih kita, heee...
enSuami saya plan nak tanam rumput karpet.
Tu yang bersungguh2 tu.
Pasir lebihan kerja binaan haritu ada lagi, boleh la guna untuk plan ni.
Susah tu nak tanam rumput karpet.
Ada langkah-langkahnya.
Saya tak ada la nak sangat2 rumput karpet tu.
Xkisah pun..
Tanam rumput murah2 pun tak pe...
Rumput paip macam kat padang sekolah tu, senang tak tinggi, kekeke
Tapi enSuami yang nak sangat2, ikut dia la...
Laman belakang, saya mau..
Tak yah nak tanam rumput karpet.
Saya cadang nak wat kebun, tanam sayur2, ulam2, apa yang boleh.
InsyaAllah, mudah-mudahan tercapai la hasrat ni..
Kalau tangan saya panas, pokok tak hidup, import mak mertua la mai tanam kat rumah saya.
Boleh camtu, hehehe?
cik hani suka perabot putih..tapi satu pun tak terbeli lagi..
ReplyDeletehuhu
Hehe, saya dah berumah ni, baru reti nak bercantik2...
ReplyDeletetengok blogger2 lain, suka sangat beli putih2...
saya pun jadi terpikat sama..
Xpe Cik Hani, kumpul duit byk2 dlu, nanti boleh beli yang mahal terus, berbaloi2...
TQ
santek n simple....Pn Supik suka
ReplyDelete