Search This Blog

Sunday 18 August 2013

Persiapan beg bersalin, 16 days to go....

Assalamualaikum...

Cerita tentang persediaan persalinan.
Sebenarnya dah lama mula membasuh CD dan pakaian baby.


Tapi disebabkan botol susu, nursing bra dan pam susu belum beli, saya pun tak kemas2 masuk dalam beg...
Lepas 31 Julai lepas, saya dah siapkan beg yang tertangguh tu... 

Beg yang saya gunakan untuk barang2 keperluan....
Beg berjasa saya untuk kesekian lamanya.....


Dari bujang masa belajar di UKM, sampai  dah kawen dan nak bersalin, beg ni la yang saya kendong ke mana2 sahaja.
Masa balik Kedah pun, bawa beg ni je balik kampung.
Cukup nak sumbat baju enSuami dan pakaian saya.
Saya selalu tak bawa balik baju2 pun, baju2 dah ada kat kampung.
Bawa balik pakaian 'kecik2' je, heeee


Jenama Polypac, beli kat Billion bangi kalau tak silap.
Harga dalam RM 60++ ke RM80++ ntah...
Memang berbaloi2 la...
Dah berapa tahun ni, dari 2006 kalau tak silap.
Hampir 7 tahun daaaa.

Masa awal2 tu, saya plan nak jahit sendiri tote beg untuk buat beg bersalin.
Nak buat, nak buat, tak terbuat lagi....
Dah tu enSuami tunjukkan beg ungu ni.
Katanya, guna beg tu je la, xyah nak jahit2, bila nak siap tu....
Jadinya saya pun setuju la....
Tapi saya basuh bersih2 dulu la..

Dah lama guna tu, tak ingat daa bila kali terakhir basuh, kekeke....
Dah basuh bersih, baru nampak cantik sikit, enSuami kata.....
Emm iyo lah........

Perkara pertama, saya sediakan keperluan saya dulu...

1. Kain Batik
3 helai kain batik termasuk kain batik yang saya sendiri jahit, cilok yang Mak punya masa balik kampung haritu, huhuhu....
Jahit tepi dulu, pastu lipat sket, baru jahit lurus...
Nak jahit cara orang2 tua jahit, xreti, takut senget benget.
Buat mana yang reti aje...mesin kan ada....

2. Blaus
Dua helai blaus lama potongan kimono...
1 helai yang bunga merah ni, saya buat sendiri, untuk pakai2 kat dapur di rumah mertua.
Baju ni je yang elok sket, ada 3 helai je....
Oh ye, baju nak pakai balik bila keluar hospital.
Kalau tak segan nak pakai kain batik n baju Kedah, OK ar...
Kalau tak boleh bawa baju kurung, jubah atau pakaian yang sesuai ikut keselesaan masing2...

3. Tudung
Bawa tudung awning la senang nak sarung kan..
Kalau ingat, tudung ni yang saya jahit masa kelas belajar jahit tudung awning lepas.

4. Seluar dalam
Ada kawan saya pesan beli seluar pakai buang.
Tak reti la saya nak pakai camtu...
Selalu lepas bersalin, mesti berdarah2 kan...
Takpe pad ada...

5. Pad bersalin
Kat pasaran ada maternity pad..
Tapi saya tak beli yang tu...
Saya pakai pad haid biasa...
Tapi yang berherba punya.
Pad berubat yang terbaik bagi saya.
Banyak lagi jenama lain, macam Anion kot, betul ke eja.
Saya penah cuba pad Anion tapi herbanya tak sekuat Avail Beauty.
AB lagi best...cewahhh

6. Nursing Cover
Saja ja bawa, kot2 nak guna kan...
Kalau tak guna pun tak pe, tak rugi bawak...

7. Nursing Bra
Dah beli hari tu, boleh la masuk sekali, mana la tau berlaku perubahan lepas bersalin kan..
Emm xtau la...
Sedia aja....

 8. Lain-lain
Barang mandian
Buku pink rekod mengandung (bagi yang checkup kat klinik kerajaan)
Ubat-ubat, macam minyak panas ke...ada orang bawa. Saya mungkin bawa ubat set Salindah tu, insyaAllah kalau sempat nak makan/pakai/sapu, huuuu.
Saya ada terjumpa, ada juga yang bawa bengkung. Tapi saya tak bawa kot. InsyaAllah tak lama dok hospital, pakai kat rumah je la nanti....

Untuk baby plak...
Mulanya nak bawa sabun mandian sekali...
Tapi bila tanya kawan, dia kata nanti nurseri hospital yang mandikan..
Masa kat hospital pun baby pakai baju hospital sediakan...

1. Baju dan seluar
Saya dah masukkan 4 pasang baju.
Tadi baru tau dari kawan, dia kata bawak untuk pakai masa nak balik je.
Takpelah, dah bubuh daaa....

2. Sarung tangan, sarung kaki
Ini ada 6 pasang yang saya beli untuk baby.
Tapi saya bawa 2 pasang kalau tak silap...

3. Pampers
Pampers la sangat penting.
Saya bawa 10 helai.
Hari tu beli 1 bundle ni, 80pcs.
Cukup tak, nak pakai masa dalam pantang ni..
Orang cakap baby kerap berak n kencing...
Saya tak beli langsung lampin yang kain tu...
Terus beli CD.
Pampers ni sedia untuk masa berpantang je.
Tengok keadaan la nanti lepas bersalin, xtau lagi camna kan....

4. Kain Tuala
Nampaknya kalau dah nurseri yang mandikan, kain tuala ni diorang minta ke...
Saya dah sumbat daa dalam beg, bawa je la...

5. Tisu basah
Kena la bawak nak cuci masa salin pampers kan.
Hari tu ada kawan terlupa nak bawak, susah gak la masa tu...
Tapi selalu ada kedai kat bawah hospital, boleh beli untuk kecemasan camni kan..
Tapi mahal sikit la dari harga biasa, kedai kat hospital la katakan....

6. Selimut / Kain Bedung
Selimut ni saya bawa 1 helai saja kot.
Kalau tak silap amek yang jalur2 ni...
Boleh buat selimut atau bedungkan baby...

7. Lain-lain
Patut ada barut.
Tapi setakat ni, saya belum siapkan sepenuhnya.
Ada dalam 3-4helai kot yang dah siap.
Lupa plak nak basuh.
Lepas update kat sini baru teringat.
Sebab ada yang tulis bawa barut...

Seterusnya saya ada bawak juga bantal baby..
Sebab hari tu, kawan saya bersalin, dia tak bawak, ingat hospital ada [hospital kerajaan].
Sekali, tak ada. Habis tu tidur tak berbantal. Kesian plak...
Macam pelik je situasi ni, tapi mungkin tak disediakan kan...
Semua first time, tak da pengalaman.

Kali ini, saya pun sedia juga la bantal...
Kot2 tak ada juga kat swasta kan.
Beg pun masih ada ruang nak sumbat, tak ada masalah pun nak bawak...

Semua barang2 di atas, saya letak dalam beg ni...haaaa

Pampers dalam bahagian yang kecik sket sebelah depan...

Selalunya berus gigi, ubat gigi, deodoran, buku pink, charger handset memang dah ada dalam beg tangan.
Kain telekung dah memang ada dalam paper beg dalam kereta untuk travel...
Jadi kalau ke hospital dengan kereta sendiri, insyaAllah tak ada barang yang tertinggal....

Ada satu lagi beg, saya asingkan dengan barang keperluan makanan minuman dan keperluan bayi.

1. Air zam zam dan kurma
2. Air selusuh [saya guna air zam zam juga, tapi belum wirid lagi, bila ye nak buat, adoi]
Orang kata, lebih afdhal enSuami yang buatkan, iskkkkk 

3. Botol susu 
Kosong tak berisi.
Kot2 perlu isi susu perahan ke, Wallahualam...

4. Pam susu
Saya bawa pam susu Tommee Tippee tu.
Sebab yang manual je, tak la banyak sangat part dia. Ada 3 bahagian je. Termasuk 2 bekas simpan susu, 1 botol susu TT...

4. Losyen, Baby Warming Oil dan Minyak Telon
Losyen, Baby Warming Oil, yang Anakku hari tu...
Untuk minyak telon, kakak kat kedai Anakku tu cakap jenama Mustika Ratu, bagus.
Dia kata yang Yu Yee tu panas sket.
Satu lagi jenama TYT kan...
Kadang2 saya jumpa ada orang kata xleh pakai la sebab tak halal.
Sekejap boleh, sekejap tak boleh, saya pun conpius.
Bila kakak tu bagitau jenama Mustika Ratu, saya pun terus pi cari.
OK jugak kalau pakai Mustika Ratu, tak da nak was-was daa, InsyaAllah.

Pastu semua barang2 tu saya letak dalam beg biru ni...
Beg biru ni kakak saya yang bagi.
Saya pun tak paham kenapa dia pos bagi kat saya.
Mungkin dia dah tak guna atau tau adik dia ni susah nak beli benda2 camni, huuu.

Berus basuh botol pun saya masuk sekali. [iye-iye je kan]
Masih lagi ada ruang, pastu saya tambah lagi tisu muka/kapas, kot2 nak lap luka2 kat pusat baby...
Beg ni orang panggil apa ye, beg orang letak botol susu, termos ape...
Oh ye, termos, ada juga yang bawa dalam senarai keperluan.
Hari tu enSuami ada sebut, penting untuk beli.
Tapi kami tak terbeli lagi setakat ni.

Perhatian kepada kawan-kawan yang nak bersalin kat swasta, hari tu masa sembang2 dengan sepupu, dia kata ada hospital swasta yang tak sediakan makanan dalam pakej bersalin yang ditawarkan.
Elok semak terperinci dulu ye...
Kalau tak ada, sama ada bawak makanan sendiri atau beli kat kedai luar.
Ikut kesesuaian masing2.
Kalau makanan ringan, kering macam biskut, minuman 3in1 ke mungkin boleh bawa untuk backup la kan...
Kot2 bosan tunggu masa nak bersalin, boleh la nak ngunyah2 dulu kan... ada ke camtu, phewwww

Ada apa2 lagi yang saya tertinggal?
Macam tak percaya je tinggal 16 hari lagi nak bersalin...
Camna la keadaan masa nak sakit tu, huuuu tatut.........

5 comments:

  1. alhamdulillah..dah sampai ke penghujung persiapan baby ye..
    semoga semuanya selamat..

    debar-debar x?/ hihi

    ReplyDelete
  2. Woit, mokcik!!!
    detail betul hang ni!
    Beg tu kami ingat. sejak kita kat UKM lagi. Ingatkan sekarang zaman pakai handbeg, dah xdak beg tu. muncul kembali. haha...
    pampers tu bawak 1 je cukup.
    kami xbeli pun pampers awal2. lepas bersalin, Odeng pi beli kat Manjaku. beli yg saiz newborn. 2,3 hari kemudian, beli saiz S (sama je saiz S dan new born). 2 minggu pastu beli saiz M. baby cepat besar.

    ReplyDelete
  3. Ya ka 1 ja dah cukup?
    km tgok kak sab, menyalin jgk pampers anak dia..

    pampers tu pun saiz S, xdak new born yg kakak tu jual..

    ReplyDelete
  4. Pampers bawak dlm 5,6 je.botol susu jgn lupa sterilkan.standby je walaupun tak guna.topi baby jgn lupa@selimut yg ada topi.penting juga utk bawa keluar baby masa ke kereta- hazZ

    ReplyDelete
  5. Hazz,

    Selimut yang ada topi tu la, tak ada lagi...
    Penting ye...
    Nanti la nak pi cari.
    Tq bagitau...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers