Search This Blog

Wednesday, 30 November 2011

Mende la ni...........adoi

Lamanya ngko tak update blog...
Xda cerite mende nak story-mory kt sini...

Ada beberapa draft yg ada di dalam...
Tapi mcm dah xrelevan nak cite lagi...

Untuk kehidupan terkini...
Semua orang tau, sekarang cuti sekolah...
Makanya enSuami saya ada di sini, yehhhhhh
Tapi di Selangor je la, bukan sepanjang masa kami berdua..
Hujung2 minggu je tau dapat jupa....
Sedih takkkk, huuuuuuuu......

Satu lagi yang lagi sedih, enSuamiku kekal xdapat pindah ke semenanjung, tahuuuuu
Kejam takkkkkk, huuuuuuuuu.........

Surat rayuan ada juga dihantar, minta tlg2 org2 tgok2kan.....
Boleh la kan, pindah kan.........
Adoiiiiiiii..

Hujung2 minggu, balik Sekinchan.
Pagi Isnin bergegas balik ke Bangi.
yang sedih tu, terpaksa lagi susahkan enSuami, amek dan hantar saya.

Adoi, lemahnyalah pnIsteri ini......
Xboleh nak berdikari lagi.

Sedang usaha la ni, saya sedang usahaaaaaaaaa...
Banyak mende nak wat cuti sek ni, hujung tahun ni...

Masa ni la nak berdua berdating dengan enSuami..
Masa ni la nak balik umah mertua dan jalankan tanggungjawab sebagai menantu..[masa hari2 besa, xdpt balik]
Masa ni la nak pulun siapkan keja2 kat masa pada hari kerja.. [tapi keja opis mmg xpenah habis]
Masa ni la nak amek kursus jahitan.. [nape ni diorg buat kursus masa cuti sek, dah la kat Bangi, free lagi, rugi ngko klu xrembat]
Masa ni la dapat ofer untuk menunjukkan skil dan minat..
Masa ni la nak amek kursus mekap2 nak upgrade skil dan minat..
Masa ni la nak repet test lesen keta, sebelum tu nak kena belajar lagi.. [dah lupa kot, setahun dah fail test tu]
Masa ni la kawan2 kawen.. [bkn la mslh besar, tp kenduri banyak kat Bangi, dan hujung minggu, mestilah masalah bagiku, huhu]
Masa ni la nak kena pandai bahagi2kan masa..
Masa ni la gaduh2 ngan enSuami depan mata, hehe..
Masa ni la baru nak faham pasangan..
Masa ni la baru rasa menjadi isteri..
Masa ni la xleh lagi nak berfoya2 mcm org bujang, hahahaha..[padan muka hang]

Adoi.....
Kerap plak dok adoi la ni...

Istighfar banyak2 pnNabilah..
Ini la masa untuk belajar...
Mesti ini baru kecil2 cabaran dalam rumah tangga kan?
Orang lain mesti teruk lagi kan?

sambil dengar lagu Berdua Bersatu, rasa macam sesuai plak lirik tu,
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Mengharungi badai rumah tangga adalah lebih berbaloi2...
Sebab ianya HALAL
Sebab mendatangkan PAHALA
Sebab menjaga KEHARMONIAN
Sebab kasih sayang itu BAHAGIA

Hari ni dah hantar penyertaan pertandingan Puisi Bangi Bandar Ilmu.
Puisi yang dipertaruhkan Menggapai Cinta Ilahi, sampingan Selamat Hari Guru, dan Redhailah Aku.

***Masih dalam angin2 nak hasilkan puisi baru.
***Amek mood puitis bila bersama enSuami...
***Bahagia tak?????
***Sayang, SABAR banyak ya....muah!




2 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers