Search This Blog

Monday, 26 July 2010

10 Kamera Digital Kompak Terbaik + Tips Membeli | 2010

Soalan yang biasa kedengaran dari seseorang yang berhasrat membeli kamera digital di kedai-kedai berhampiran. Sebagai tips mudah untuk anda di rumah, banyakkan membuat penyelidikan samada di internet mahupun dengan bertanyakan kawan-kawan sebelum membeli kamera.
Ini kerana jurujual di kedai mungkin / tidak mungkin mengetahui kamera jenis apa yang sesuai untuk anda kerana tugas mereka hanya MENJUAL. Duit masuk adalah tanda kejayaan mereka. Tapi tetap tidak dinafikan masih ada jurujual yang ikhlas menunjukkan model-model yang bagus dan menjimatkan wang anda, namun tidak seramai golongan yang pertama tadi.
Kamera yang bagus adalah bukan semata-mata kerana ‘pixel’ yang tinggi sahaja. Antara lain ialah:

  1. Pengawalan ISO yang bagus

  2. Lensa luas (wide lens)

  3. Julat zoom optikal yang besar (membolehkan untuk zoom optikal yang lebih jauh)

  4. Teknologi flash yang baru

  5. Lagging time (Masa perantaraan yang diambil untuk mengambil gambar pertama kepada gambar kedua)

  6. Jenis kad memori (samada mudah didapati atau tidak)

  7. Pilihan mode yang banyak

  8. Ketahanan bateri

  9. Tahan lasak atau tahan air
dan bermacam-macam lagi yang perlu kita lihat pada sesebuah kamera sebelum kita membeli. Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com telah pun menyenaraikan beberapa kamera digital kompak (compact digital kamera) yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk dibeli. Al-maklumlah, Ramadhan dah dekat dan maknanya raya pun dah dekat, mungkin ramai yang mahukan sebuah kamera untuk merekod detik-detik manis ketika 2 bulan ini.
Bagi yang tidak berminat dengan kamera DSLR, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki kamera digital kompak kerana ia jauh lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan bagi pengguna yang mahukan gambar yang cepat dan tidak perlu susah payah bermain dengan tetapan (setting) yang mungkin mengelirukan.

Panasonic Lumix DMC-FT2
lumix-dmc-FT2

Anda sering terjatuhkan barang dari kocek anda? Kamera yang merupakan abang kepada FT1 ini adalah yang jawapan terbaik untuk anda. Kamera Panasonic Lumix DMC-FT2 beresolusi 14.1 Megapiksel dengan lensa luas (wide angle lens) yakni 28mm adalah antara kamera tahan lasak yang terbaik pernah dicipta oleh Panasonic (tahan jatuh sehingga 2m tinggi), juga mempunyai ketahanan terhadap air sehingga 10m dalam dan tahan beku sehingga –10 darjah celsius. Selain daripada kebolehan untuk merekod video dalam format HD, Panasonic juga menawarkan beberapa warna yang menarik dan trendy bagi kamera ini seperti kelabu, oren dan biru laut. Leica juga adalah pengeluar lensa terbaik di dunia yang mampu menghasilkan gambar yang cantik. 2.7” skrin LCD. Harga sekitar RM1300-RM1400.

Sony Cyber-shot DSC-HX5V

Sony Cyber-shot DSC-HX5V
Kamera Sony Cyber-shot DSC-HX5V yang beresolusi 10.2 Megapiksel dan Skrin LCD 3” merupakan kamera yang bagus dalam menangkap gambar dalam keadaan cahaya yang kurang. Dengan fungsi ‘sweeping panaromic’, anda kini mampu mengambil gambar panaroma tanpa perlu bersusah payah menangkap satu persatu gambar dan mencamtumkan di dalam komputer, kini semua boleh dilakukan dengan kamera ini. Dengan wide angle sebanyak 25mm dan zoom optikal sebanyak 10x membolehkan anda memiliki julat zoom yang lebih besar berbanding kamera biasa. Video juga mampu direkod dalam format HD. Harga sekitar RM1500-RM1600.

Canon PowerShot S90

Canon PowerShot S90

Dengan prosessor DIGIC 4, maksimum aperture f/2.0, Canon's Dual Anti-Noise System dan High-Sensitivity System kini anda mampu mengambil gambar dengan Canon PowerShot S90 di waktu malam dengan lebih mudah dan gambar yang dihasilkan lebih memuaskan. Resolusi 10.4 Megapiksel, skrin LCD bersaiz 3”, zoom optikal 4x dan mempunyai wide angle lens pada 28mm adalah antara kelebihan kamera ini. Selain dari Image Stabilizer untuk mengurangkan gegaran pada gambar, anda juga boleh mengambil gambar dalam mode RAW untuk penguasaan gambar yang lebih banyak dalam proses pengolahan kemudian hari. Harga sekitar RM1500-RM1600.

Samsung DualView ST550

Samsung DualView TL225
Samsung ST550, adalah kamera ultra-nipis dan kamera yang bergaya, mempunyai 2 LCD skrin di bahagian belakang dan bahagian depan(1.5”) untuk memudahkan anda mengambil gambar sendiri. Ia juga menawarkan 3..5” skrin sesentuh secara keseluruhan. Video yang diambil boleh disetkan kepada format HD. Zoom optikal sehingga 4.6x dan mempunyai resolusi maksimum sehingga 12.2 Megapiksel. Harga anggaran sekitar RM1000-RM1100. yang ini kan enti minat tu em ye, tp harganya, xla sampai ribu..hari2 survey kat Lowyad, RM730 camtu. Harapnya, time nak beli nanti harganya mcm2 jugak, atau lebih murah lg. Kalau naik harga camtu, kna pk semula kot nak beli ke x...

Sony Cyber-shot DSC-WX1

Sony Cyber-shot DSC-WX1
Sony Cyber-shot DSC-WX1 adalah kamera digital pertama yang menggunakan ‘Sony illuminated CMOS sensor technology’ yang mampu mengambil gambar di waktu suasana cahaya kurang atau malam tanpa sebarang masalah, meningkatkan kejelasan gambar dan mengurangkan noise. Didatangkan dengan skrin bersaiz 2.7" Clear Photo LCD dengan skrin sesentuh serta beresolusi 10.2 Megapiksel camera dan lensa luas (wide lens) pada 24mm dengan 5x zoom optikal. Video juga boleh diambil dalam format HD (720p). Harga dianggarkan dalam RM950-RM1050.

Panasonic Lumix DMC-ZR1

Panasonic Lumix DMC-ZR1 (silver)
Percaya atau tidak, kamera kompak ini mempunyai zoom optikal sejauh 8x, beresolusi maksimum sehingga 12.1 Megapiksel, dan mempunyai LEICA DC VARIO-ELMAR wide angle lens sehingga 25mm. Anti gegar atau lebih dikenali sebagai POWER O.I.S membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih mudah dan tidak mencacatkan gambar dengan sebarang gegaran. Saiz skrin LCD sebesar 2.7” dan mempunyai Intelligent Auto untuk pengguna yang sukakan mode auto tanpa perlu bersusah payah menukar mode secara manual. Harga anggaran RM850 – RM950.

Sony Cyber-shot DSC-TX7

Sony Cyber-shot DSC-TX7 (blue)
Sony Cyber-Shot DSC-TX7 adalah salah satu kamera yang trendy dan agak nipis. Dilengkapkan dengan Lensa Carl Zeiss Vario-Tessar dan 25mm wide lens serta 4x Zoom Optikal. Ia juga didatangkan dengan skrin LCD 3.5" Xtra Fine LCD dengan keupayaan skrin sesentuh. 10.2 megapixel "Exmor R" CMOS untuk membolehkan tangkapan di waktu malam serta iSweep Panorama mode untuk membolehkan anda mengambil gambar panorama secara mudah. Video juga boleh direkod dalam format HD 1080i dan dilengkapkan dengan Image Stabilization untuk anti gegar. Harga sekitar RM1400 – RM1500.

Sony Cyber-shot DSC-TX1

Sony Cyber-shot DSC-TX1 (blue)
Sony Cyber-shot DSC-TX1 adalah kamera digital pertama yang menggunakan ‘Sony illuminated CMOS sensor technology’ yang mampu mengambil gambar di waktu suasana cahaya kurang atau malam tanpa sebarang masalah, meningkatkan kejelasan gambar dan mengurangkan noise. Didatangkan dengan skrin bersaiz 3.0" Clear Photo LCD dengan skrin sesentuh serta beresolusi 10.2 Megapiksel camera dan lensa luas (wide lens) pada 24mm dengan 4x zoom optikal. Memori dalaman sebanyak 11MB. Mempunyai 5 warna pilihan. Harga dianggarkan dalam RM1100-RM1200.

Samsung WB1000

Samsung TL320 (black)
The WB1000 mempunyai lensa luas (wide lens) sehingga 24mm, 5x zoom optikal, dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 3.0” hVGA AMOLED. Beresolusi maksimum sehingga 12.2 Megapiksel dan Video boleh direkodkan dalam format HD menggunakan teknologi Schneider untuk pemprosesan warna yang lebih menarik dan kaya. Harga anggara RM1100 – RM1200.

Panasonic Lumix DMC-TZ8 / ZS5

Panasonic Lumix DMC-ZS5 (black)
Dengan teknologi LEICA DC Lens, Panasonic Lumix sekali lagi telah mengeluarkan satu kamera yang bagus dengan wide lens sehingga 25mm serta 12x zoom optikal. Mempunyai Intelligent Auto bagi sesiapa yang sukakan mode auto tanpa perlu bersusah payah menukar mode secara manual. Juga terdapat POWER O.I.S atau optical image stabilizer untuk mengurangkan kesan gegar terhadap gambar yang diambil. Format video juga boleh disetkan kepada HD dan mempunyai HDMI Compatibility Featuring VIERA Link membolehkan anda melihat secara terus gambar yang diambil ke TV anda menggunakan kabel HDMI. Harga sekitar RM1200-RM1300.

SELAMAT MEMBUAT PILIHAN! ^_^

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers