Search This Blog

Sunday 11 July 2010

idea barang hantaran

Nuffnang Ads

Barang yang sesuai sebagai hantaran


perfume adalah di antara barang yang selalu dibuat hantaran
perfume adalah di antara barang yang selalu dibuat hantaran
Agak-agaknya apa aje barangan yang sesuai untuk dibuat hantaran ye? Sekarang ni macam-macam barangan yang dapat dibuat barang hantaran samada untuk pertunangan ataupun perkahwinan. Dari yang murah seperti kain pelekat sampai la ke mahal-mahal seperti handycam la, handphone la..dan sebagainya.Apa-apa pon barang hantaran ni depend la on our budget pulak. Nanti karang dah berhabis dengan barang hantaran persediaan lain pulak ntah ke mana.
Bagi yang sudah mempunyai list barangan yang nak dibuat hantaran tentu sudah tiada masalah lagi, tapi bagi yang masih tertanya-tanya dan pening-pening kepala tu boleh la gunakan post ini sebagai rujukan. :D Saya bahagikan barang hantaran ni kepada 3 bahagian iaitu; Hantaran Mesti Ada, Hantaran Biasa-biasa, Hantaran High-Budget.
Hantaran Mesti Ada ( ikut adat kita orang melayu)
  • untuk sebelah perempuan rasanya tak ada yang wajib bagi pon.
  • untuk sebelah lelaki :
    • mas kahwin
    • cincin/ barang kemas
  • untuk 2-2 belah:
    • sirih junjung/ tepak sirih
Hantaran Biasa-Biasa
  • untuk sebelah perempuan :
    • kain ela (untuk buat baju) / baju kurung @ kebaya siap
    • purse / handbag ( nak dua-dua pon boleh )
    • make up set
    • telekung
  • untuk sebelah lelaki :
    • sampin dan baju melayu
    • songkok dan butang baju melayu
    • wallet & belt set
    • shirt and throuser
    • kain pelekat ( tak pasti kalau sekarang orang bagi lagi as hantaran )
  • untuk 2-2 belah:
    • sejadah
    • al-quran (sekarang ni yang digital pon dah ada)
    • perfume and toileteries
    • jam tangan
    • kek
    • muffin/biskut etc.
    • potpouri
    • kasut/sandal
    • strawberry bersalut coklat ( glamour dulu masa datuk K dengan Siti kahwin..:p )
    • towel
    • bakul buah-buahan
    • manisan i.e : halwa, wajik, coklat, gula-gula
    • buku
    • pulut kuning
Hantaran High-Budget
  • digital camera (nak lagi gempak DSLR )
  • handycam
  • handphone
  • ipod
itu saja yang dapat saya listkan di sini. Kalau sekira ada yang tertinggal ataupon yang anda mahu tambah bolehkan nyatakan di ruangan komen. Untuk hantaran yang high-budget ni memang bergantung pada individu tu la, yang saya letakkan di dalam list tu antara yang saya pernah saya lihat. Rasanya tak salah pon kalau seseorang itu hendak bagi apa pon sebagai barang hantaran. Saya sarankan agar barang yang selain dari makanan tu biarlah sesuatu yang boleh dan akan digunakan selepas berkahwin.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers