Assalamualaikum...
Di sini saya akan kongsikan maklumat dan tips yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Selangor (JPS) untuk Kempen Laman Dapur yang dilancarkan.
Dalam pamplet Laman Dapur, disediakan beberapa tips menanam 3 jenis tanaman yang mudah ditanam di halaman rumah..
Antaranya ialah sayuran daun, sayuran buah dan ulam-ulaman..
1. Cara Menanam Sayur Daun
Sayur Sawi (Brassica sp)
Terdapat beberapa jenis sawi yang boleh ditanam seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Pahit, Sawi Jepun dan Sawi Kerinting.
Cara Menanam:
Biji benih sawi boleh terus ditanam ke atas batas.
Gaulkan biji dengan pasir atau tanah peroi, kemudian taburkan sama rata dalam alur-alur pada batas.
Selepas 10-14 hari anak benih bercambah, jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 15cm antara pokok dan 20cm antara baris.
Catatan NabilaHasyim : tak pernah lagi tanam sawi, huhu.. pernah tanam salad je, tapi masa tu mungkin medium tanah tak sesuai, macam terbantut je saladnya, hahaha...
Kangkung (Ipomoea aquatica)
Jenis yang popular ialah kangkung darat.
Cara Menanam:
Penanaman dibuat dengan biji benih. Biji benih boleh ditanam terus dalam alur atas batas. Sebanyak 45g biji benih diperlukan untuk sebatas.
Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.
Catatan NabilaHasyim : selalu tanam guna keratan batang je.. kali pertama beli kangkung dari kedai, amek bahagian daun/pucuk je, buat masak. Batang yang lembut2, boleh cucuk terus dalam tanah atau rendam dulu dalam air, sehingga ada tunas baru atau berakar, boleh tanam dalam tanah.. senang je kan..
2. Cara Menanam Sayur Buah
Bendi (Malvaceace)
Biji benih bendi boleh ditanam terus ke atas batas. Masukkan 2 biji benih selubang sedalam 2.5cm.
Jarak tanaman disyorkan ialah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris.
Selepas 2 minggu, cabut pokok yang kurang subur.
Anggaran sebanyak 11g biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2m lebar dan 7.5m panjang.
Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya tanam bendi. Lepas beli bendi, kalau tak habis dimasak, bendi tu pun dah tua, biar je bendi tu kering di tepi tingkap dapur. Dah kering kontang, buka kacang bendi tu, kumpulkan seberapa banyak biji bendi yang ada.. Guna biji yang dah kering tu untuk ditanam. Bila dah keluar tunas, dan berdaun sebanyak 2 lapis, baru mula alihkan ke tempat yang sesuai atau sepokok untuk satu pasu.
Cili (Capsicum annum)
Anak benih perlu disemai di bawah jaring kalis serangga sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam.
Batas berukuran 1 meter lebar, 15cm tinggi dan panjangnya mengikut ukuran yang dikehendaki perlu disediakan. Tanah yang digunakan untuk menyediakan batas, sebaiknya tanah campuran 7:3:2 (tanah : bahan organan: pasir).
Cara menanam dalam pasu atau bekas lain:
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5cm (1inci). Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas ditanam.
Catatan NabilaHasyim : Cili pun sama juga. Pilih cili mana yang kita suka. Keringkan dulu cili tu, ambil bijinya dan tanam di tanah.. InShaAllah tumbuh lah ia.. tapi setakat yang saya tanam ni, tak de la meriah sangat buahnya.. Sekarang baru semai benih yang baru. Cili padi dari rumah kawan enSuami. Dia bela ikan talapia merah, air dari kolam ikan tu, dia buat siram pokok2 yang ditanam.. Memang sihat2 pokoknya. Cili2nya berkilat2 warna hijaunya.. Pedasnya pun boleh tahan. Macam cili padi Cameron yang merah menyala tu.. Saya suka cili padi yang saiz sedang, tak kecik sangat macam cili burung, walaupun tahap kepedasannya hampir sama sebab senang nak pegang kalau besar, hahaha.
Betik (Carica papaya)
Betik adalah buah-buahan yang tidak bermusim dan lazimnya berbuah sepanjang tahun. Betik biasanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di Malaysia. Betik digemari sebagai pencuci mulut selepas makan.
Cara menanam:
Semai biji di dalam tapak semaian.
Semai biji terus ke dalam kotak/polibag.
Catatan NabilaHasyim : Betik ni pun senang juga. Beli betik dari kedai, kalau buahnya manis elok, simpan bijinya, dijemur kering.. tak nak kering, tabur je semua biji2 tu.. bijinya memang senang bertunas. Campak2 je pun, naik juga.. tapi bila banyak2 yang tumbuh, tak termampu nak tanam semua.. Cari yang betul2 sihat membesar. Setakat pokok betik saya belum lagi ada buah.. Putik bunga pun tak pernah ada lagi.. Baru2 ni pokok betik diserang monyet2. Monyet kan suka makan putik betik dan daun2 muda, buat ulam agaknya. Mana2 daun yang dah tua, habis terkoyak, kesan ragutan monyet, isk.... bila la pokok ni selamat nak berbuah.. timbunan tanah yang dibeli selori tu pun, agak mengganggu wilayah pokok betik tu.. tak sempat lagi nak touch-up kawasan pokok tu. kesian dia..
Serai (Cymbopogon citratus)
Sediakan 2 hingga 3 batang serai untuk ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman adalah bergantung kepada kesuburan tanah.
|
Serai dan daun pandan yang direndam dalam air, boleh tahan seminggu untuk daun pandan. Serai sampai habis digunakan pun tahan.. |
Catatan NabilaHasyim : kalau beli serai tu, biarkan serai tu terendam dalam bekas berair. baru la serai tu tahan lama, tak de la mati kering sebelum digunakan. kalau tak ada tanam lagi serai di rumah, boleh rendam dulu serai tu untuk beberapa hari, sehingga berakar. Baru boleh pergi tanam. Lagi senang pokok nak hidup kalau dah mula berakar. Alhamdulillah sejak tanam dulu, dah tak perlu beli lagi serai dari kedai..
Halia (Zingiber officinale)
Galikan lubang sedalam 10cm.
Kemudian masukkan satu keratan rizom atau umbi halia ke dalam lubang yang telah digali. Pastikan mata tunas menghadap ke atas. Akhir sekali, sediakan naungan untuk melindungi tunas-tunas yang baru disemai dari cahaya matahari.
|
Lengkuas yang direndam dalam air, tahan hampir setahun |
Catatan NabilaHasyim : Halia ni berbaloi ke nak tanam? enSuami ada jugak sebut, tanam la halia. Saya jawab macam tak padan je nak tanam, baik beli je, seketul boleh tahan sebulan. Bukan banyak sangat nak guna. Lagi pun halia boleh tahan lama, so tak yah la tanam. Kalau kunyit, OK la nak tanam, sebab boleh guna daunnya untuk masakan. Nanti lama2, boleh dapat ubinya. Baru berbaloi sikit 2in1, tak gitu? Lengkuas pun tahan lama, asalkan biar terendam dalam bekas, 1-2 bulan sekali, tukar air rendaman. Saya pernah simpan tahan setahun, hahaha.. Kiranya setahun sekali je la saya beli lengkuas, kekeke...
3. Cara Menanam Ulam-ulaman
Pegaga (Hydrocotyle asiatica)
Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20cm X 20cm. Ia mudah dibiakkan menggunakan rizom atau batang rayap. Walaupun ia boleh tumbuh di bawah cahaya matahari, kebanyakan jenis pegaga memerlukan kawasan yang redup dan tanah lembap. Pegaga juga boleh ditanam di dalam pasu dan memerlukan tanah yang sentiasa lembap.
Catatan NabilaHasyim : Kali pertama dulu tanam pegaga, amek pokok dari rumah mertua, balik tanam dalam pasu kat rumah. Masa awal2 tu meriah lebat. Dah ada pokoknya, tak ingat pulak nak makan. Lama2 terpupus begitu sahaja. Baru2 ni terperasan ada tumbuh baru pokok pegaga. Mungkin sisa benih dari pokok lama kot.. Sekarang dah tanam balik dah. Tapi belum nampak macam nak melebat, walau dah kerap disiram air beras. Kalau tak menjadi juga, kena beli baru kot, tanam baru.
Selom (Oenanthe javanica)
Selom selalunya ditanam dengan menggunakan keratan. Panjang keratan biasanya lebih kurang 20cm. Tanam 2 atau 3 keratan selubang dan padatkan tanah disekeliling keratan selepas menanam. Keratan-keratan ini boleh juga disemai dulu di dalam bekas berpasir. Ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran akar. Selepas itu, keratan sedia diubah ke batas.
Catatan NabilaHasyim : Selom ni belum beli lagi, asyik lupa je nak beli ulam ni. Tapi saya dah cuba untuk ulam raja, memang menjadi. Masa kali pertama baca pamplet ni, baru saya tau betapa senangnya nak tanam selom. Kebetulan hari tu, enSuami ada beli ulam raja, saya perasan ada bahagian pucuknya. Yang pucuk tu yang saya amek tanam. Alhamdulillah, jadi. Sihat, kuat je batangnya.. Gitu punya senang tanam ulam raja!!!! Dulu beli RM3 kat nurseri.. Mati kelayuan, tuannya malas nak siram, adeh...
Selain dari tu, yang penting untuk kegunaan dapur:
Daun kesum :
Yang ni pun senang, beli daun kesum kat kedai. Balik masak, amek daun je.. Batangnya rendam dalam air separuh dari ketinggian batang tu.. biar sampai ada keluar daun/tunas baru. Bila ada tu, baru boleh tanam ke tanah. Masa rendam batang tu, jangan terbalik pulak batangnya.. yang pucuknya di atas.. Lagi bagus kalau amek batang2 yang muda lagi atau maksudnya bahagian pucuk/ yang hujung sekali.. Rajin siram dengan air beras. Membesar sihat lah dia.. Kalau nak bagus lagi, cari kesum yang daunnya rapat2, bau dia lebih kuat.
Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya beli kesum dari MyMydin. Dari dulu sampai sekarang, benih tu la masih bertahan sampai sekarang. Walaupun dah banyak kali tukar pasu/tempat tanam, mati kering, akar diserang semut buat sarang, kalau ada batang yang sihat tu, cepat2 gunting dan tanam tempat lain. Hidup balik sampai sekarang. Raya haji lepas, balik buat laksa di rumah mertua, enSuami beli daun kesum dari pasar [sebab sangka rumah mertua ada pokok kesum, sekali tak boleh amek sebab tak berapa nak ada] terpaksa beli. Daun jenis ni lain sikit dari pokok yang saya tanam. Daunnya jarak jauh2, dan baunya tak berapa kuat. Banyak mana, enSuami beli, semua tu saya masuk periuk, tapi tak bau wangi sangat kesumnya. macam tak ada daun kesum je...
Daun kari:
Saya amek anak pokok dari rumah mertua je, hehehe.. Pokok kari ni, kalau dah besar tu, mesti akan tumbuh anak pokok baru.. Kalau diperhati asal-usulnya, kalau tak silap saya dari akar pokok induk atau dari keratan batang gitu.. Oo baru jumpa satu sumber sahih,
cara nak tanam pokok kari. Tapi kalau beli dari kedai, dia bagi pelepah je kan, macam mana nak tanam. Kalau dapat batang pokok, boleh la buang semua pelepahnya, rendam dalam air dulu.. Sampai keluar akar putih, baru tanam ye..
Daun limau purut:
Saya beli dari nurseri. Pokok berbuah, paling senang, kena tut dari pokok induk. Tak boleh dari keratan batang. Kalau ada biji benih, macam limau kasturi tu, saya tanam, tak pernah tumbuh pun, huhuhu, salah tanam kot.. Limau kasturi tu balik kutip 2 minggu sekali di rumah mertua. Bertuah sgt menantu ni, kekeke...
Bunga Kantan:
Bunga kantan mahal gila sekarang ni.. Dulu sehinggit satu. Sekarang 3hinggit kat pasir penambang. Minggu lepas, pergi kenduri singgah rumah atuk saudara enSuami, dia ada pokok bunga kantan. Bunga kantan, yang saya tanam belakang rumah ni, amek anak pokok dari rumah atuk ni la.. tapi sampai sekarang tak ada bunga lagi.. tanah tak sesuai kot.
Orang bagi petua, kena rajin tebang batangnya, supaya rajin tumbuh tunas baru. tapi tak ada juga. Sebab jarang belai dia.. tu yang merajuk dia nak membesar. Pergi rumah atuk ni, x lupa la nak tengok pokok kantannya, lagi2 bunga kantan tengah mahai gila ni..
Bila pi tengok, boleh histeria tengok, banyak gila bunganya.. Kira2, lebih sepuluh kuntum tu. Kalau ikut tamak tu, semua bunga tu saya nak cantas. Ye la kalau tak amek, lama2 dia kembang2, habis layu kat situ juga. Sama juga kalau saya amek semua, layu dalam peti sejuk kan..hehehe tanduk hijau sat.
Tapi enSuami suh amek 3 je, xyah nak lebih2.. Adoi seronok kot tengok bunga kantan tu, cantik sangat. Yang bunga ni lain dari yang dijual. Kaler pink lembut, dan bertanduk/berduri di hujung kelopak. Kalau dok beli kat pasar tu, tak ada macam ni.. Selamat dah buat laksa, nasi goreng kerabu, sedapnyaaa...
Pokok kantan tak semua orang boleh tanam. Yang ada laman besaqq ja, boleh tanam. Sebab pokok ni lama2 dia akan membesarkan wilayahnya, baru la nak dapat banyak hasilnya. Ye la, pokok bunga kantan kan unik sikit. Keluar tunas batangnya tu, sama ada nak jadi daun atau bunga je.. dia tak akan jadi kedua2nya.. Jadi kalau besar lamannya, barulah besar kebarangkalian nak dapat bunga tu..
Susah kan, sebab tu la mahal. Kat Mydin murah sebab bunga kantannya merah, bukan pink, hehehe.
Lagi pokok apa lagi yang penting kat dapur, kalau ada boleh tambah lagi ye...
Selamat bercucuk tanam, jimat kos perbelanjaan dapur..
#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382