Search This Blog

Thursday 12 March 2015

RESEPI : Kek Marble Karamel

Assalamualaikum....

Nak kongsi resepi la plak..
Saya baru je reti buat.
hari Isnin lepas, teringin nak buat kek.
tapi xtau nak buat kek apa..

Whatsapp kawan2 suh bagi idea, kek apa yang sedap.
jangan la ada org cadang kek coklat, hahaha...
sekali ada kawan sebut kek marble karamel
nampak karamel je, dok bayang gula hangus dah...
tapi tak teringat pula pasal basah n lembab.
dan kena simpan dalam peti ais, ehhh....

Dok google2 cari resepi.
sekejap orang kata Puding.
sekejap kek.
mana satu ni...

Bila baca2, hadam betul2, ooooo...
atas tu sikit ada puding.
yang bawah tu baru kek...

perghhh complicated jugak ni..
banyak step tuh...
tapi, saya suka! saya suka!
mencabar diri, hehehe....

Kalau nak bagi faham n cuci mata, pi terjah blog KakItaMasamManis dan AkuBukanMasterchef
fuhhhh tengok gambar diorang, memang rasa tergedik2 nak buat lah, hahaha...
tengok gebu cantik je....
saya ingat keras elok...
tapi, ngeh ngeh....

kek ni basah2 lembab2 gitu.
macam tak berapa nak kena dengan selera.
enSuami pun cakap, kalau tak buat yang gula tu, tak boleh ke....

saya pun tak fikir habis.
masa kawan sebut marble tu, teruja la jugak nak buat.
sebab tak pernah lagi cuba masak kek marble...
sebab ia bercorak2 kan, rasa macam susah je nak buat.

enSuami suka kek padat.
macam hari tu saya buat kek cranberry, first time dia puji sedap.
dia jarang nak suka makanan manis2 ni....

Jom la tengok resepi...
nak cabar korang buat...
nanti tayang kat blog ek....


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan .
Biar gula sejuk.
Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan.

Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 ST baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna
Ketepikan

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 ST krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku
Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna
Kacau perlahan sahaja

Saya tak amek gambar yang sebelum.
sampai tahap ni, baru ready dengan kamera [handphone]
masa ni baru stabil n tenang.
sebelum tu kacau bilau..

Mixer ada 1 je..
terpaksa bergilir guna.
basuh n lap kering2 untuk meringue tu...
kalau tak naik kembang gebu, macam awan tu, gagal la jawabnye...
huhuhuhu, tang meringue tu risiko.
sensitip.....


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karamel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan ungu, kemudian 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan ungu.
Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C terlebih dahulu
Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Tak ada lidi, cucuk dengan garfu je la, nak cek masak elok tak...
Masa ni, lepas bakar, saya biar lama sangat dalam oven.
dah merenggang banyak.
gula pun dah cair basah.
terhuyung-hayang kek ni masa keluar dari oven.


Nak terbalikkan pun takut, sebab basah kan...
dah la bekas kek tak ada.
hentam tiarap atas pinggan makan nasi je..
bulat plak tu, adoi.
loyang kek petak, hehehe.....


Kalau pandang luar, xnampak sangat corak jalurnya.
bila dah potong sampai separuh, baru nampak yang cantik sikit.
saya potong kek ni pun guna spatula jek, tu la berkerutu jek...
kalau guna pisau tajam, baru licin elok...
ala, janji boleh makan, lalalala....

Tapi masa awal2, hari pertama...
kek basah sangat, nak makan pun kena guna sudu.
bila dah sampai 2 hari, baru keras OK.
masa ni baru syok nak makan.

Lepas ni nak cuba kek marble biasa jek...
senang nak makan.

Selamat mencuba....nyum nyummmm

3 comments:

  1. makan dengan karamel tu memang sedap.. alise selalu order jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok la boleh order, mesti sedap kan..

      akak buat ala kadar je, nak merasa xpenah mkn, hahaha..
      boleyy la..

      Delete
  2. sangat terliur..gabungan kek marble dengan caramel tu mmg mengliurkan

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers