Assalamualaikum...
Hai, hari ni 13 Mac ye?
hahaha....
hari ulangtahun perkahwinan rupanya...
tak ingat satu hapa pun...
sebelum nak buat sarapan pagi tadi, ingat nak cas bateri laptop dulu.
nak pi amek laptop enSuami kat sebelah dia..
pastu dia panggil datang dekat dengannya...
saya tanya la, awat???
mai la sini, nak peluk pun tak boleh??
ok peluk dulu...
macam biasa je...
sampai la dia cakap, betul ke hari ni anniversary?
Anniversary [dengan muka blur, berkerut]
hah, kalau sebut anniversary dah tentu anniversary kawen kan?
pastu baru teringat selasa lepas bawak Hafni ke klinik, 10 Mac.
Ohh, anniversary kita? hari ni dah 13?
Mak ai, tak penah2 saya lupa tarikh2 macam ni..
first time kot, hahaha...
ala, sebab memang tak penah celebrate pun, sebab tu tak ingat, hahaha...
mcmana Sayang ingat? ada org wish kt FB ke?
tak la, ni ada reminder kat handset ni, Sayang buat eh?
Haaaa la, baru saya ingat.
masa awal2 enSuami beli handset tu, terus saya buat reminder.
besday saya, Hafni, enSuami, dan anniversary...
sekali, saya sendiri yang tak ingat, hahahaha...
Alaa, tak celebrate apa pun...
Sarapan macam biasa je, masak bihun goreng Singapore..
saya lebih persediaan nak celebrate GST bulan depan, haaaaa....
walaupun gaji Feb dah over bajet sebab kos laptop tu..
tapi saya spend juga untuk perbelanjaan nak buat stok sebelum GST...
Kawan saya la mula up kan isu GST ni..
apa persediaan kawan2?
Persediaan?
Terpaksa la tak ada pilihan, ada kawan jawab, kena banyak saving.
terpaksa berjimat, ikat perut n bla bla bla...
kemudian kawan yang tanya tu, bagitau dia buat stok makanan.
beli barang2 semasa harga murah/sale dengan banyak..
so boleh la berjimat dalam +-RM100.
ni cerita dalam group kawan rumah bujang masa U.
Bila buka cerita dengan kawan sek men, ada sorang kawan bagitau, ada kawan dia buat stok makanan satu stor.
habis dalam RM2K beli barang2 tu...
katanya anggaran stok untuk 6-8 bulan...
perghh lagi banyakkk...
Saya tak mampu sampai KKKK, mampu 00 je...
kebetulan area rumah ada Tesco, ada Giant, Speedmart, MyMydin..
semua ada...
dalam setahun dua tinggal kat sini, membeli barang2 rumah..
lama2 dah boleh la ingat serba sikit, harga barang2 paling murah antara 4 pilihan tu
atau ada kedai2 lain sepanjang tanjong karang hingga ke Sg Besar yang super murahhh
besar kan daerah kuasa membeli di sini, hahaha....
Baru2 ni, ada pasaraya Bin Dawood baru buka kat Sg Besar.
Masa cuti before CNY tu, memang sesak la orang serbu pasaraya tu.
kitorang pun pi serbu juga...
baru dapat gaji 12hb tu, saja nak tengok apa yang murah...
banyak la BD tu offer..
yang saya ingat, kalau bawang besar tu, kat kedai biasa 1KG RM3, kat BD RM1.59/KG.
so kalau nak beli bawang, telur gred B, memang simpan nak beli kat BD la...
ada juga barang2 lain yang mahal..
jadi kena banding2kan dulu sebelum membeli...
xda la semua benda murah.
kira OK la boleh ganti Econsave, kat sini tak ada...
Hari Selasa lepas pi Tesco.
dah ada katalog baru, terus amek nak tengok ada offer apa..
padahal hari tu, baru 10hb.
nasib baik saya tak berebut lagi sabun labour tu.
tarikh belum masuk lagi.
so, semalam lepas sarapan terus semangat nak pi Tesco.
nak beli beras n sabun pinggan tu...
Sehari sebelum tu, dah share kat kawan2 dalam WhatsApp tentang offer ni
sape nak pi serang, sila kan...
kalau tak mau, tak pa la...
just info2, kot la ada yang menunggu masa nak membeli....
Lepas amek beras 2kampit, lalu nak pergi ke sabun pinggan.
tapi teringat pasal sabun mandi Hafni.
saja la pergi tengok, sebab sabun dia dah nak habis.
dalam katalog, tak ada offer.
jadi kalau terpaksa, amek je la harga biasa pun...
Dok usha2, ada RM10.90.
sebelum ni pernah beli RM12++.
saya beli cap Tesco sebab 1L, kalau brand lain tak sampai 1L..
nak kuantiti lebih, hehehe...
dah pernah cuba 1 botol, Hafni OK je...
kali ni try wangian lain plak...
tapi stil amek top to toe, jimat sikit....
amek 2 botol terus, ada 2 rumah, ada 2 bilik air...
banyak tu nak pakai, hahaha....
Lepas balik shopping, report kat kawan2.
barang2 camtu pun dah habis RM100.
stok2 lain, dah settle.....
Lepas dok sembang2 lagi, baru kawan2 share pasal jadual barang2 yang kena GST.
pastu macam mana bil bayaran dikira dengan cas GST.
pasal isu hot cas ATM bila nak amek duit....
Oooo, baru tau....
macam ni rupanya penangan GST pada rakyat.
saya mula terdedah dengan GST tahun 2010..
masa tu saya bekerja dengan PAS.
yang paling aktif masa tu golongan India, tak ingat nama NGO nya..
diorang ni paling banyak bergerak kerja, menyampaikan info tentang GST ni.
gerakan bantahan GST la kiranya...
Masa tu xtau GST tu apa..
saya pun tanya YB saya.
dia cakap GST tu, Goods services tax.
maknanya semua barang dan perkhidmatan, ada tax.
kalau sekarang kan ada tax jalan, cukai pintu, cukai tanah.
kalau GST, semua barang kena la...
pendek kata, semua barang jadi mahal lah...
Masa tu mana la nak faham sangat.
bujang, tak ada tanggungan...
kalau cukai pintu, cukai jalan, boleh la lagi nak hadap.
setahun sekali atau 2x nak kena bayar..
tu pun rasa macam nak cekik darah...
tambah la GST yang hari2 kita kena hadap...
la ni faham la sangat, sebab kita yang nak kena hadapnya sampai bila2....
sampai bila2 pun xtau....
kalau Abang Ipar saya siap cakap lagi,
Terima kasih la kepada pengundi yang undi BN. Saham akhirat untuk anda kerana buat semua orang merana....
perghh makan dalam tu...
nak buat macam mana lagi...
nak tak nak, kita akan hadapinya bulan depan.
melainkan kiamat hujung bulan ni...
Sampai bila ni ya, saya pun tak dapat nak bayang macam mana...
sampaikan dalam sujud pun boleh teringat lagi...
Ya Allah, kami rakyat Malaysia yang lemah, dah tak mampu lagi nak bertahan dengan penganiayaan ini...
kerana pemimpin kami zalim, Ya Allah....
Selamatkan kami dari kemurkaanMu kerana adanya pemimpin negara yang jahil ni...
Tok guru pun dah tak ada, sape lagi nak doakan kesejahteraan kita?
hukhukhuk.........
Kat bawah ni ada contoh, pengiraan resit pembelian/servis bila GST dah mula...
Bila perati, macam 2x kena bayaq tax.
betul tak?
Dan poster2 printscreen yang orang share kat FB n WhatsApp...
kena simpan kat handset tu...
senang nak refer, masa membeli...
tapi tak syok je nak membeli lepas ni...
macam2 nak kena pedo...
kalau kita rakyat merdeka, dah tentu tak perlu risau apa2..
dah hutang luar negara pun dah 3x ganda...
lama2, negara Malaysia pun tergadai...
lepas ni kena jadi jajahan Amerika plak apa.....
Nauzubillahi min zalik...
Harga Before and After
Nak tukaq untuk 5 tahun SAHAJA, kita xmau...
Rasakan azabnya sampai anak cucu-cicit kita, ya.........