Monday, 9 February 2015

D.I.Y : Bulldog notice board untuk Sidang Redaksi Majalah


Assalamualaikum....

Tiap2 hari tengok blog..
sambil tergelak sendiri
tak terupdate pun blog ni..

entah la nak tulis ape kat sini..
hari-hari, sama je kehidupan di rumah..
celik mata, masuk dapur daa.
habis kat dapur, masuk bilik daa..
hukhukhuk.....

xpe la, suri rumah la katakan..
dok rumah ler apa lagi kennn...

banyak2 kerja yang dibuat, maksudnya projek DIY, banyak yang separuh jalan.
dari dulu saya dok bebel pasal ni, hakhakhak...
tak habis lagi.
kalau pun ada yang habis, tapi macam tak puas hati lagi.
rasa mcm nak tukar dulu.
sampai confirm puas hati, baru nak masuk blog.


Ok, ni projek untuk sekolah enSuami.
dia sebagai penyelaras majalah sekolah.
ada bilik khas untuk majalah sekolah.

enSuami ada sebut, bilik tu xkemas lagi.
teruk sangat.
nak duduk dalam tu pun tak boleh...
sesak nafas, hehehe...

enSuami bawa saya pergi tengok..
ya ampun, memang tak boleh duduk ni..
rumah tikus ke pe ni....
plastik makanan kat lantai..
majalah edisi sebelum ni, bertimbun2 tak habis bagi.

buat ape la simpan ni?
enSuami cakap nak hantar recycle je.
boleh dapat duit.

saya tengok dinding kotor, mula la nak cat bagai, heyy...
kenkonon nak makeover la sangat.
biar terbeliak mata tengok before n after tu...

tapi enSuami, emm
macam biasa la, mana dia mau cat2 ni..
tak payah nak susah2, dia cakap kat saya, hahahaha...
dia cakap nak tukar tikar getah je...
dan bersih2kan bilik ni.
baru manusia boleh masuk...
tau takpe....


sebelum pergi tengok bilik tu, saya dah tengok kat gambar dulu.
dan saya dah mula pun kerja DIY ni.
sebab hari pertama tu, enSuami beli printer baru untuk kegunaan sidang redaksi majalah.
balik tu, install software ke dalam kedua2 laptop.
esok tu baru cari2 template.
saya pasang cartridge, terus cetak...


Board tu, guna kertas kotak je...
saiz, ikut saiz frame A4.
sebab nanti notis dalam kertas A4, jadi board kena besar sikit.
biar ada lebih sikit bahagian board tu ala2 bingkai gitu...


kertas cetak ni, saya guna recycle jek, hakhak...
enSuami tak beli lagi kertas untuk majalah, so guna recycle je..
dah bahagian dalam tu tak nampak kan...sebab balut.

satu board ni, guna 2 helai kertas A4.
balut secara melintang.
sebelum balut tu, kena cantumkan dulu dua keping tu.
kena gunting sikit bahagian cantuman supaya tak ada kesan cantuman.

dulu saya balut fail 3inci, guna kertas sticker kan..
kali ni guna kertas biasa je.
sebab sticker dengan kertas kotak ni, mcm tak ngam je.
kali ni, guna gam je....
balut macam biasa, macam balut buku..


dan bulldog ni, adalah klip ni..
masa dok google cari idea ni, saya jumpa ada omputih tu guna klip ni.
panggil bulldog clip rupanya, ingat kan bulldog anjing tuh, kah kah kah....

tapi beli klip ni kat MRDIY, tak da la dia sebut bulldog clip plak.
round clip aje..
tak kisah ler.
asal fungsi sama.


Pagi tadi lepas Subuh, terus mula operasi nak gam klip ni.
mula ingat nak biar klip macam biasa je.
tapi ada juga omputih yang guna gam untuk kekalkan kedudukan tu.
sebab nanti di bilik majalah tu, saya ingat board ni sesuai tampal terus kat dinding.
tak ada chance nak gantung guna tali macam omputih buat tu..
sebab nak paku n dril, semestinya harus dielakkan.
jadi guna heavy-duty double tape je la nanti....


Notis ni dibuat untuk pembahagian tugas ajk sidang redaksi majalah.
dah 2 tahun enSuami saya sandang jawatan ni.
masih tak ada improvement, lagi teruk ada la...
balik rumah, dok membebel budak2 tak buat kerja.
bila tanya kerja apa yang Sayang suruh buat?
dah tak buat, awat tak marah kat depa?
isteri kat rumah plak kena tempias marahnya, heyyy...

berdasarkan 2 tahun tu, saya keluarkan semua kerja2 yang sesuai dan dibahagikan kepada individu.
kalau tak silap kali ini, 7 orang juga yang terpilih untuk sidang redak si ni..
jadi saya dah siap bahagikan kepada 7.
tahap beban kerja tu hampir sama adil.
dan ada due date.
MESTI!
baru kerja ada guide.

saya harap sangat notis ni berfungsi dengan baik.
bila bilik cantik, ada tugasan masing2, setiap orang berasa bertanggungjawab.
saya cakap, siapa tak buat kerja, xdapat sijil, muka xmasuk majalah.
Aci dokk????

2 comments:

  1. rajinnyerrr tolong incik somi...!! soo kreatif & btw corak chevron tu menggugat qalbu.. hikhik

    ReplyDelete
  2. syoknye dapat buat keje ni..senyum lebar encik suami..nanti boleh suruh dia blanja nabilah..hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)